Bab 45 🌷🖤

931 40 3
                                    

"Nuha pergi mana sayang! Lama abang tunggu, risau tahu tak!" Tanya Qayish panik. Risau dia apabila tidak melihat kelibat isterinya tadi.

Qaseh hanya tersengih.

"Sorry, tadi ada seorang mak cik tegur Nuha. Ada lah berbual sikit. Kesian dia abang, datang sini seorang-seorang." Qaseh buat wajah simpati. Dahi Qayish berkerut.

"Suami dia mana?"

"Dah meninggal... Kesian dia kan abang? Seorang-seorang je datang sini."

"Dia orang mana?"

"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dia orang mana?" Tanya Qayish ingin tahu.

"Emm orang Malaysia juga, dia duduk selangor." Qayish mengangguk kecil. Qaseh main jarinya seperti anak kecil. Qayish jongketkan sebelah keningnya.

"Ni kenapa ni?"

"Abang... Nuha nak aiskrim." Qaseh mengelipkan matanya beberapa kali. Qayish merapatkan wajah mereka.

"Kiss dulu."

"Ish abang ni! Ramai orang ni.. Tak malu tau!" Qaseh menjeling tajam suaminya. Suami siapa ni? Tolong ambil bawa balik!

"Okaylah okaylah, dalam bilik ya?" Qayish tersenyum nakal. Qaseh terus mencubit lengan suaminya. Gatal! Dia punya miang tu dari dulu tak hilang-hilang!

Qayish terus meringis sakit. Cubitan isterinya bukan cubitan biasa-biasa ya!

"Abang, lepas kita beli aiskrim kita pergi ke kaabah nak? Nuha nak berdoa depan kaabah. Boleh?" Qaseh ubah topik. Tiba-tiba teringat tentang kaabah. Inilah kesempatan yang paling berharga untuknya! Dia mahu berdoa supaya hati umi lembut, menerima dia dan Qayish.

Qayish senyum tipis sebelum memegang kedua-dua bahu Qaseh.

"Mestilah boleh sayang. Kita ke sana sama-sama ya sekejap lagi. Kita minum dulu lepastu beli aiskrim." Ujar Qayish lembut. Qaseh turut senyum. Mereka berdua berjalan ke tempat makan untuk meminum air. Saja mahu basahkan tekak lepas solat.









Qaseh menghirup jus mangga dengan tenang. Rasa segar tekaknya apabila jus mangga lalu di tekak. Jus mangga di sini sedap!

Qayish senyum melihat Qaseh yang menikmati jus mangga yang dibelinya. Minum jus mangga macam tengah minum air Starbucks.

"Qaseh?" Qayish dan Qaseh serentak menoleh ke punca suara. Qayish berkerut dahi, berbeza dengan Qaseh yang sudah tersenyum.

"Makcik Biha! Eh, duduklah." Qaseh tarik kerusi di sebelahnya. Cik Biha senyum tipis sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Qaseh. Cik Biha memandang Qayish sebelum memandang Qaseh semula.

"Ni suami Qaseh ya? Kacak. Memang serasi kamu berdua ni." Ujar Cik Biha. Qaseh senyum malu.

"Mak cik ni, segan saya. Oh abang! Inilah mak cik yang Nuha cakap tadi." Ujar Qaseh pada Qayish yang masih terkebil-kebil. Qayish lambat-lambat senyum kekok.

"Assalamualaikum mak cik. Saya Qayish, suami Qaseh." Qayish tundukkan kepala tanda hormat. Cik Biha senyum tipis. Sopan sahaja suami Qaseh ini! Untung Qaseh.

"Waalaikummusalam. Seronok dapat jumpa kamu berdua. Sejuk mata mak cik tengok kamu berdua dari jauh tadi." Qayish dan Qaseh senyum. Makcik ni.... Blushing kami berdua...

"Mak cik dah berapa hari dekat sini? Balik Malaysia bila?" Saja Qayish bertanya. Mana tahu mereka balik ke Malaysia pada hari yang sama.

"Mak cik dah tiga hari. Balik lusa rasanya. Kamu berdua?"

"Oh! Kami balik minggu depan. Saja nak stay lama dekat sini. Nak pergi Madinah pula nanti." Ujar Qayish mesra. Cik Biha mengangguk kecil, faham.

"Mak cik pesan lah air. Boleh kita minum sama-sama. Jangan risau suami saya belanja. Kan abang?" Qaseh pandang Qayish dan mengelipkan matanya beberapa kali. Qayish mengangguk kecil.

Bidadari Qayish Ilyaz Där berättelser lever. Upptäck nu