Bab 8 🌷🖤

1.3K 52 2
                                    

Qaseh tidak sedap hati apabila direnung Harraz. Hampir sepuluh minit di tenung mana nak senang.

"E-encik Harraz ada apa panggil saya?"

"Awak rasa?"

"K-kenapa? Saya ada buat salah apa-apa ke?" Aduhh takkan dia panggil ni sebab nak sound aku? Yelah aku dah buat member dia nangis semalam. Tapi....Bukan salah aku! Member dia tu ha memaksa!

"Awak pergi mana semalam? Ponteng? Makan gaji buta?"

"O-oh pasal tu. Saya minta maaf kalau keluar waktu bekerja. S-saya.."

"Harraz"

Harraz dan Qaseh serentak menoleh pada punca suara. Qaseh berdecit sebelum memandang Harraz semula. Qayish dibiarkan seperti tidak wujud.

"What's bring you here, Mr.Qayish?"

"Pinjam staff kau sekejap"

Harraz menarik muka sebelum mengangguk kecil.

"Qaseh jom"

Qaseh buat bodoh. Panggilan Qayish tidak disahut.

"Qaseh.."

Sekali lagi Qaseh memulaukan Qayish. Geram jejaka itu dibuatnya, pantas dia melangkah dekat ke arah Qaseh dan membisikkan sesuatu.

"Baik awak ikut saya kalau tak saya cium. Nak? Saya ok je cium awak depan Harraz, biar dia tahu hubungan kita"Bisik Qayish. Qaseh memandang tajam Qayish.

Dia main ugut-ugut pulak..

"Fine!"

Qaseh berjalan keluar dengan muka tidak puas hati. Qayish menahan senyum melihat bibir Qaseh yang memuncung. Dia mengatur langkah mengekori Qaseh.

"Haih budak dua orang ni macam ada sesuatu..."












Qaseh menyilangkan tangannya di dada. Wajah Qayish langsung tidak dipandang. Sakit hati.

"Encik Qayish nak apa?"

"Nak isteri saya. Kembalikan Qaseh yang lemah lembut dulu"

"Lepas tu? Bagi awak ambil kesempatan lagi? Sorry saya takkan jadi lemah macam dulu"

"Tulip.."

"Stop calling me tulip! Saya tak suka dengan panggilan tu!"

"Tulip"

"Ish nak apa!"

"Nak minta maaf"

"Urghh saya dah bosan lah dengan perkataan maaf awak tu. Beribu kali dah saya cakap saya tak boleh terima awak. Kalau awak rasa status suami tu yang buat awak terikat dengan saya. Then ceraikan saya."

"No! Selagi saya tak dapat maaf dari awak. Saya akan terus menghantui awak siang dan malam sampailah awak boleh terima saya semula. Tolong tulip. Beri saya peluang kali ini untuk jadi suami yang terbaik untuk awak. Saya sayangkan awak"

"Tipu. Kalau awak sayang saya kenapa baru sekarang awak datang pada saya? Dua tahun yang lalu? Apa? awak nak cakap dulu awak tak sedar yang awak sayangkan saya sebab tu awak tak cari saya"

"Tak. Bukan macam tu. Saya-"

"Eh dah lah saya tak nak dengar apa-apa. Saya dah muak. Saya harap sangat awak jangan ganggu saya lagi. Sekarang saya dah hidup bahagia, saya tak perlukan awak." Qaseh berlalu pergi tanpa melihat wajah Qayish. Dia takut.

Qaseh takut dia akan berubah hati melihat Qayish. Dia wanita yang lemah. Mudah terpedaya dengan kata-kata tapi kali ini, dia tidak akan benarkan perkara itu berlaku lagi.






Bunyi pasu kaca yang berlaga dengan dinding memenuhi ruang bilik Qayish. Biliknya sudah tidak terurus. Semua barang sudah tidak berada di tempat asal.

"Arghhhhh!!"

"Sakit? Huh itulah yang dia rasa selama ni. Baru kau dapat laluinya kan"

"Diam! Along ingat angah tak terseksa ke selama ni?! Dua tahun! Dua tahun angah hilang dia. Bila angah minta maaf secara baik dia buat tak endah. Dia ingat angah tak ada hati? Tak ada perasaan. Hati angah lagi sakitlah!"

"Jangan fikir sakit sendiri je fikir pasal orang lain juga. Masa kau orang kahwin pun angah tak layan dia dengan baik kan? Angah layan dia sama macam angah layan girlfriend-girlfriend kan?" Qalish keluh berat.

"Dia ada cakap apa-apa pada angah?"

"Dia suruh angah ceraikan dia"

"Then ceraikan dia. Set her free. Jangan seksa dia. Orang dah tak nak jangan paksa"

"Along ni nak sangat ke tengok Qay menduda" Qayish menjeling tajam Qalish.

"Dah lah Qay nak keluar. Kemas bilik ni" Qayish keluar dari biliknya setelah mengambil kunci motornya. Healing...

Qalish memandang sekeliling bilik itu. Sangat bersepah. Eh eh dia yang sepahkan suruh orang lain pula kemas.







Qaseh tersenyum kecil melihat fotonya bersama Ayyish. Tak sampai berapa hari Ayyish dan ibunya terbang ke Italy, Qaseh sudah rindu akan dua beranak itu. Berseorangan la Qaseh sekarang di dalam rumah ini.

"Comel sayang mama ni"

Pin pin pin!!

"Tulipp!!! Open the door please! Suami awak nak jumpa awak!"Jerit satu suara lantang di luar rumah.

Qaseh berkerut dahi mendengar suara itu. Tulip? Suami? Jangan cakap itu adalah Qayish! Bagaimana dia tahu rumah Qaseh?!

"Tulip! Keluarlah! Kalau tak saya panjat pagar ni!"

"Ya Allah! Apa lagi dia nak!" Qaseh menepuk dahi sendiri sebelum melompat dari katil keluar dari biliknya,ingin memberhentikan suara dari luar itu.

Qaseh membuka pintu luar dan menyarungkan selipar di kakinya. Dia berlari anak pada Qayish yang berdiri di hadapan pagar rumahnya.

"Hey! Tak malu ke terjerit-jerit depan rumah orang?!" Hilang sabar Qaseh dibuatnya. Sikap Qayish sangatlah kebudak-budakkan.

"Saya cuma nak jumpa awak."

"Petang tadi dah kan? Semuanya dah jelas saya takkan terima awak sebagai suami saya. Tolonglah ceraikan saya! Ceraikan sekarang pun tak apa!"

"T-takkan tak ada langsung rasa sayang awak pada saya? Bukan awak pernah cakap yang awak dah jatuh cinta pada saya?"

"No! Mana ada!"

"Dua tahun yang lalu. Selepas selesai awak solat tahajud. Awak baring di sebelah saya, awak cakap 'salah ke kalau saya dah jatuh cinta pada suami saya sendiri?'. Masa tu saya tersedar, saya dengar semuanya Qaseh. S-saya cuba nak balas kata-kata tu tapi s-saya ego. Dan sekarang saya menyesal"

"Dulu mungkin ya. Tapi sekarang tak. Tolonglah balik, jangan buat kecoh di sini. I beg you Encik Qayish ilyaz" Rayu Qaseh.

"Saya cuma mahukan isteri saya semula"

"I'm not your wife anymore. Qaseh arnuha yang awak kenal dah lama mati. Awak yang bunuh dia" Qaseh tanpa rasa belas kasihan masuk semula ke dalam rumahnya. Qayish yang terdiam di situ dibiarkan.

Lutut Qayish lemah. Lututnya rebah ke tanah.





Sudah pukul dua belas malam. Qaseh masih tidak dapat tidur dengan nyenyak. Hujan petir di luar membuatnya tidak tenang kerana dia mendapati motor milik Qayish masih berada di depan pagar rumahnya.

Qaseh bimbang kalau terjadi apa-apa pada Qayish. Dia masih ingat jejaka itu takut akan ribut dan petir. Bagaimana keadaan jejaka itu di luar sana? Patutkah dia melihat keadaan Qayish. Tetapi matanya tidak dapat menangkap sosok Qayish. Hanya motor sahaja yang terlihat. Mana jejaka itu pergi?

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now