Bab 54 🌷🖤

1K 39 2
                                    

Alhamdullilah, kalau tiada apa-apa mungkin esok dia boleh keluar. Qayish tidak sabar! Bosan sudah hampir tiga minggu duduk di sini. Dia mahu lihat dunia luar.

Dia sedang berseorang diri di dalam wad ini. Qaseh pulang ke rumah sebentar untuk membersihkan badan. Manakala umi perlu pulang ke butik kerana ada kerja. Qayish agak bosan sekarang kerana tiada peneman.

Tiba-tiba terasa ingin buang air kecil. Qayish terus jatuhkan kaki ke lantai dan berjalan ke tandas sambil menyeret IV drip stand bersamanya.

Selesai itu dia keluar dari tandas berjalan ke katilnya semula. Baru saja ingin rebahkan tubuh tetapi pintu wad yang terbuka menarik perhatian Qayish. Qayish menoleh melihat gerangan itu.

Terus berubah wajah Qayish melihat wajah cantik itu. Qayish menahan rasa apabila wanita itu mendekatinya.

"Qay..."

"You nak apa Raina?"

"Nothing! Just nak tengok keadaan dua pupu I ni. Are you feel better now?"

"Yeah... Tapi I rasa sakit semula bila tengok muka tak tahu malu you." Ujar Qayish selamba. Raina buat riak wajah sedih.

"Auch! Did you hate me that much hmm? Orang tua-tua kata jangan benci sangat! Takut nanti benci tu bertukar jadi sayang..." Raina senyum lebar. Qayish berdecit.

"Cakaplah apa yang you nak cakap Raina. I dah tak kuasa nak layan perangai you ni. You dah terlalu berubah Raina! Raina yang I kenal dulu entah dah pergi ke mana!"

"You yang buat I macam ni Qayish ilyaz! Pilihan you yang buat I berubah! You pilih perempuan lain untuk jadi isteri you berbanding I! Perempuan yang entah tak tahu asal usulnya!"

"You jangan berani nak hina isteri I! Jangan rasa diri tu bagus sangat boleh tak?! Apa yang you tak faham sangat ni?! Macam mana I nak pilih you sedangkan I tak pernah cintakan you! I cuma anggap you tak lebih dari saudara I.... Please faham I. Tolong.... Putri raina."

"But you can try to love me. At least once!"

"I tak boleh! Dan I tak akan cuba! Hati I cuma tertulis nama Qaseh arnuha... Bukan Putri raina."

Dang!

Dada Raina bagai dihempap batu besar. Amat sakit! Qayish langsung tidak cuba dan mahu mencintainya. Susah untuk dia telan semua itu! Kenapa? Dia tak layak ke dapat cinta dari Qayish?

Sedang menahan sakit di dada mata Raina tertangkap satu sosok yang tampaknya baru tiba dihadapan wad. Wanita itu berdiri tegak di pintu wad seperti mencuri dengar perbualannya dengan Qayish. Raina kenal sosok itu! Terus dia memandang Qayish dengan wajah sayu.

"Qay please.... I sanggup jadi isteri kedua you! Asalkan kita kahwin sayang..." Tubuh tegap Qayish dipeluk erat. Sejurus itu matanya berlaga dengan wanita yang berada di luar pintu wad itu.

"Raina!" Qayish menolak kuat tubuh Raina menjauhinya. Raina terundur beberapa langkah.

"Don't you dare to touch me! Tolong jangan paksa I kahwin dengan you! I would never!"

"Tapi umi you yang nak kita kahwin. Bukan ke pilihan ibu lebih tepat? Perkahwinan you dengan perempuan tu pula umi you tak restu kan? Jadi you yakin ke kau orang boleh hidup bahagia tanpa restu umi you?" Raina tersenyum sinis. Qayish mengetap kuat rahangnya. Kalau bukan sebab Raina adalah perempuan dah lama habis wanita ini dikerjakan.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now