Bab 29 🌷🖤

1K 49 1
                                    

"Boleh saya tanya sesuatu?" Qaseh mula buka suara. Qayish hanya jatuhkan kepala, matanya fokus memandang skrin tab nya.

"Bila awak nak bawa saya jumpa keluarga awak?"

"Err kenapa awak tanya tiba-tiba?" Qayish terus tolak tepi tab nya. Dia memberi perhatian seratus peratus pada Qaseh.

"N-nothing. Cuma saya rasa saya ni macam perempuan simpanan yang awak rahsiakan dari semua orang."

"Saya tak pernah anggap awak perempuan simpanan. You're my tulip. My wife. My only wife. Saya cuma belum bersedia untuk beritahu keluarga saya. Kalau awak tak kisah, bolehkan awak beri saya masa?"

"O-okay" Qaseh senyum segaris. Dia terus berlalu keluar dari bilik. Qayish mengeluh kecil. Huh! Dia memang lelaki yang pengecut!









Qaseh menitiskan air matanya melihat pregnancy test di tangannya. Ya Allah! Dia tidak bersedia lagi! Dia takut mahu kandungkan zuriat Qayish!

Tangan Qaseh bergerak menyentuh perut ratanya. Ya, ada zuriat Qayish di dalam rahimnya sekarang.

"Ya Allah! Aku tak kuat! Bagaimana kalau aku gagal lagi Ya Allah!" Terhinjut-hinjut bahu Qaseh mengenang nasibnya. Tangannya menggenggam erat alat ujian kehamilan itu.

Sungguh Qaseh buntu sekarang ini. Bagaimana kalau Qayish tahu? Ah itu tidak penting! Dia tak mahu kandung zuriat ini. Dia takut sejarah berulang. Dia tak sanggup kehilangan buat kali kedua.

Alat ujian kehamilan itu dipandang lama sebelum dia membuang alat ujian kehamilan itu ke dalam tong sampah. Qaseh bersiap-siap untuk keluar dari rumah. Mahu pergi ke klinik.

Qaseh memandang kosong tasek di hadapannya. Fikirannya teringat kata-kata doktor tadi.

"Tahniah Puan Qaseh, puan hamil enam minggu. Dalam usia kandungan yang masih muda, saya nak ingatkan Puan Qaseh janganlah buat kerja yang berat-berat ya. Makan pun elakkan makanan ringan, banyakkan makan makanan yang berprotein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan minum air yang bergas, kalau boleh jangan minum langsung lah ya? Buat masa sekarang ini Puan Qaseh ada alah pada apa-apa? Banyak muntah-muntah tak?" Tanya Doktor Zalina lembut.

"Muntah-muntah tu tak sangat. Saya rasa tak ada alah apa-apa." Jawab Qaseh perlahan. Tangannya menyentuh perut ratanya. Perutnya dipandang sekilas.

"Oh baguslah macam tu. Nanti jangan lupa untuk datang lagi buat check up ya." Qaseh hanya mengangguk kecil dan tersenyum nipis.

Qaseh menyentuh perutnya. Matanya sudah sayu memandang tasek di hadapannya.

"Baby, kenapa baby datang waktu mama belum bersedia? Mama takut... Mama takut mama gagal jaga baby macam mana mama gagal jaga Abang Muhammad." Tidak sedar air mata Qaseh sudah menitis. Dia rindu pada Muhammad.

Lama Qaseh mendiamkan diri. Mungkin mulutnya tidak bicara tetapi hatinya? Hatinya sudah tidak keruan, dia risau tentang semua perkara.

Telinga Qaseh dapat mendengar suara orang tercungap-cungap. Langkah itu makin mendekatinya.

"Tulip!" Qaseh terus menoleh ke samping. Qayish yang sedang tercungap-cungap menghampirinya. Qaseh terus menghapuskan air matanya.

"Macam mana awak tahu saya ada di sini?" Qayish diam sebentar masih mengatur nafas. Dia longgarkan tali lehernya dan melabuhkan punggungnya di sebelah Qaseh.

"Awak tu. Kenapa keluar tak minta izin saya? Saya risau tahu tak! Balik-balik tengok awak dah tak ada dekat rumah!"

"Then? Kenapa cari saya sampai ke sini?" Tanya Qaseh perlahan. Qayish terus teringat sesuatu. Dia meraba poket seluarnya. Satu alat berwarna putih dikeluarkan dan ditunjuk pada Qaseh. Mata Qaseh membulat melihat alat yang berada di tangan Qayish.

"M-macam mana awak boleh jumpa?"

"Saya ternampak dalam tong sampah masa saya tengah cari awak dekat bilik." Ujar Qayish matanya tidak lepas memandang Qaseh. Qaseh terus menundukkan kepalanya.

"I'm happy." Tubuh Qaseh terus dipeluk erat. Qayish menahan air mata yang hampir tumpah. Dia senyum bahagia.

"Thank you tulip. Thank you."

"I-I'm not ready Ilyaz." Tubuh Qayish dijauhkan. Qayish terkebil-kebil memandang isterinya yang muram.

"Macam mana kalau saya gagal jaga dia? W-what if I... Miscarriage? I'm scared" Qaseh tundukkan kepala. Qayish mengangkat dagu Qaseh supaya wanita itu memandangnya.

"Hey sayang, jangan cakap macam itu. Saya ada. Saya akan jaga awak. I'll protect you and the baby not matter what happens. I'm your husband, so I'll be your knight shining armor." Pujuk Qayish lembut, pipi Qaseh diusap.

"Kita sama-sama jaga baby ini?"

"Ya. Kita sama-sama jaga baby ini" Tangan dibawa pula ke perut Qaseh. Qayish senyum lembut, cuba meyakinkan Qaseh.

Qaseh senyum sama. Ya Allah! Kalaulah Qayish ada bersama dia saat  kandungkan Muhammad, mesti Muhammad akan ada sampai sekarang.















Qaseh memandang Qayish yang tak habis-habis bicara dengan perutnya. Dari dalam kereta petang tadi sampailah sekarang sudah malam, banyak betul topik dia berbual dengan anak dia yang belum berupa ini.

"Awakk.... Dahlah tu, awak cakap-cakap bukan ada apa-apa pun dalam perut saya ini"

"Hey! Dalam ini kan ada anak kita" Perut rata Qaseh diusap. Qayish senyum manis.

"Ya, tapi dia belum ada rupa lagi awak. Baru enam minggu." Ujar Qaseh, kenapa Qayish ni teruja lain macam? Dia dah tak senang hati ni. Banyak perkara main dalam fikiran dia.

"Tak apalah baru enam minggu pun. By the way, awak tak nak tukar panggilan ke? Asyik saya, awak je... Panggillah sweet-sweet sikit " Ujar Qayish memandang Qaseh, sambil itu tangannya bergerak mengusap perut Qaseh. Masih tidak percaya dia bakal jadi ayah! Dia tidak sabar mahu menunggu saat itu!

"My little bear?"

"No! Not that one!" Tolak Qayish keras. Qaseh gelak kecil melihat wajah serius Qayish.

"Habis tu? Nak panggil awak apa?"

"Hmm apa kata saya panggil awak dinda, awak panggil saya kanda? Amacam? Dinda, boleh tak dinda buatkan kanda air? Tekak kanda sudah kering ini" Qayish memegang tekaknya.

"Hish! Tak nak lah!" Qaseh terus gelengkan kepalanya laju. Kanda? Dinda? Yucks!

Qayish terus ledakkan tawa. Dia betulkan baringnya.

"Kalau macam tu, awak panggil saya abanglah. Boleh?" Tanya Qayish lembut. Tangannya menongkat kepala sambil memandang lembut Qaseh.

Qaseh buat-buat fikir sebelum menggeleng. Qayish menarik muka.

"Then? Hubby? Cinta? Rindu? Sayang? Bucuk? Anje?" Hamek kau segala panggilan dia keluarkan.

"Awak, saya sajalah. Saya dah terbiasa."

"Tapi saya tak nak! Apa baranglah main awak saya. Tak sweet!" Macam umi dengan abi lah! Dia tak nak sama!

"Awak tak nak sudahlah." Qaseh jelir lidah sebelum baring membelakangi suaminya. Qayish terkebil-kebil sendiri. Ai? Patutnya dia yang kena merajuk sekarang ini.

















Another war is coming hehe......😈

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now