Bab 53 🌷🖤

960 42 1
                                    

Qayish memandang luar tingkap. Sudah seminggu dia sedar. Di sini sajalah dia berada. Duduk di atas katil merenung ke luar tingkap. Melihat burung berterbangan.

Masuk seminggu dia sudah sedar, Qaseh langsung tidak menjenguknya di sini. Betul ke apa yang umi cakap? Qaseh sudah tinggalkannya. Ingin saja dia telfon isterinya tetapi telefonnya sudah rosak. Sedang diperbaiki. Qayish harap telefonnya masih boleh berfungsi. Terlalu banyak memori di dalam telefon itu.

Dapat Qayish dengar bunyi pintu dibuka dari luar tapi dia buat bodoh sahaja. Pandangannya setia di luar tingkap memandang langit yang cerah.

Dari ekor mata Qayish melihat figura itu wanita. Kenapa wanita itu tidak bersuara. Qayish disaluti rasa ingin tahu.

"Babyy, jomlah kita balik. Papa tak nak tengok muka mama pun." Sayu suara lunak itu. Suara itu... Qayish pantas menoleh. Terus berubah raut wajah Qayish.

"Sayang!" Qaseh senyum. Dia berjalan mendekati suaminya yang sudah teruja melihatnya.

Terkejut Qaseh apabila tubuhnya dipeluk erat oleh suaminya. Tak lama dia balas pelukan itu.

"Nuha pergi mana? Abang rinduu..." Adu Qayish manja. Qaseh senyum tipis. Andai Qayish tahu dia juga rindu separuh mati.

"Nuha pun rindu abangg... Nuha minta maaf sebab bila abang sedar. Nuha tak ada di sisi abang." Qayish lepaskan pelukan. Pandang lembut ditayangkan. Pipi tembam isterinya diusap lembut.

"Shhh tak apa sayang, abang faham. Nuha dah ada depan mata abang sekarang pun abang dah bersyukur. Baby banyak meragam tak masa abang tak ada?" Tanya Qayish mengusap pula perut isterinya. Qaseh geleng laju sambil senyum. Comel. Qayish senyum dan mengucup perut Qaseh dan mengucup pula dahi Qaseh. Terubat sudah rindunya.

"Abang dah makan?" Tanya Qaseh lembut. Qayish geleng sayu. Sebenarnya umi ada beri dia bubur tapi dia tidak mahu. Dia mahu bubur dari air tangan isterinya.

"Kenapa tak makan lagi?" Mata Qaseh terpandang satu bekas di hujung katil suaminya. Pasti bekas makanan.

"Ni dah ada makanan ni. Kenapa abang tak makan?" Qaseh mendekati bekas makanan itu. Qayish muncungkan bibirnya.

"Tak naklah. Itu bubur beli. Abang nak bubur yang Nuha buat. Lagiii sedap! Boleh sayang?"

"Tapi Nuha tak masak. Sorry abang... Apa kata abang makan je dulu bubur ni esok baru Nuha masakkan bubur untuk abang. Nak?"

"Hmm yelah. Janji ya esok masakkan untuk abang?"

"Ya, janji. Nah makan ni, Nuha suap ya." Qaseh ambil bekas makanan itu dan berjalan ke sebelah Qayish. Baru saja dia ingin labuhkan punggungnya di kerusi tetapi Qayish terlebih dahulu menepuk katil disebelahnya.

"Errr Nuha duduk dekat kerusi ni jelah. Malu la kalau sesiapa masuk nanti..." Ujar Qaseh perlahan. Qayish jongketkan sebelah keningnya.

Melihat Qayish yang diam, Qaseh terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tetapi dirinya terlebih dahulu ditarik lembut oleh Qayish membuatkannya terduduk di atas katil.

Qaseh menahan gugup apabila Qayish melingkarkan tangannya di pinggang Qaseh. Bahu kanannya juga terasa berat.

"Suapppp..."

Errr...

"M-macam mana Nuha nak suap? Nuha tengah belakangkan abang ni..." Ujar Qaseh gugup. Sudah satu minggu tak berjumpa terus jadi janggal. Haishh...

"Ups! Sowwyy..." Qayish jauhkan tangannya dari pinggang Qaseh. Dia tersengih nakal.

Qaseh pantas bangkit dari katil. Dia pandang wajah tidak serba salah suaminya. Errr... Kenapa suami dia macam ni tiba-tiba? Dah accident terus jadi miang balik ni... Kepala dia terhantuk kuat sangat ke? Risau pula Qaseh.

"Sini." Qayish tepuk perlahan sebelahnya. Qaseh hanya turut, dia labuhkan punggungnya di birai katil sebelum menyuap bubur ikan ke dalam mulut suaminya.

Sepanjang dia menyuap bubur ikan pada suaminya, Qaseh merasa risih. Takut pula dia dengan pandangan suaminya terhadapnya. Tenung macam nak tembus!

"Abang ni kenapa? Tenung Nuha macam tu. Ada apa-apa ke dekat muka Nuha?" Qaseh beranikan diri bertanya. Tak sanggup dah dengan renungan suaminya itu!

"Saja. Abang rindu. Dah lama abang tak jumpa isteri abang ni." Ujar Qayish lembut. Matanya masih tidak lepas memandang Qaseh. Indahnya ciptaan Allah...

"Apa-apa sajalah! Makan ni lepas tu rehat ya. Abang tu masih belum sihat."

"Abang dah kenyang. Nuha la makan."

"Eh Nuha pula!"

"Ke... Nuha nak makan abang?"

"Qayish Ilyaz!"







"Kau orang dah kahwin?" Qayish memandang tajam Emir. Terkejut dia apabila Emir beritahu bahawa mereka telah menikah. Kenapa tiba-tiba?

"Dah. Nadine dah convert."

"Why? Why so sudden?" Tanya Qayish dingin. Tak percaya! Kenapa mereka berkahwin?! Bagaimana tentang ayah Nadine? Adakah mereka sudah dapat restu dari ayah Nadine?

"What have you done to my friend, Nadine? Apa? Bila tak dapat kahwin dengan I dengan Emir pun boleh?" Nadine yang dari tadi menunduk dipandang tajam oleh Qayish.

"Jangan salahkan dia. Aku yang ajak dia kahwin. Aku... Sayang dia."

"Tct! Sayang? Kau sayang perempuan macam ni? Eh! Dah pupus ke perempuan dalam Malaysia ni sampai kau kahwin dengan dia?"

"Qay... Aku cakap semua ni pada kau bukan untuk kau halang hubungan kami. Kita orang sudah berkahwin dah pun!"

"Emir... Aku tak nak kau lalui apa yang aku lalui." Ujar Qayish perlahan. Dia tidak mahu ayah Nadine apa-apakan Emir bagaimana ayah Nadine buat padanya.

Parut yang berada di dahinya ini semua berpunca dari ayah Nadine! Nickhel Anderson. Kemalangannya di US dahulu dirancang oleh Nickhel.

Huh! Tidak mahu dia rapat dengan Nadine sampai sanggup merancang kematiannya!

"Jangann risau Qay. Aku akan jaga diri aku."

"Nadine, did your father know this?" Tanya Qayish pada Nadine yang setia menunduk dan tidak mengeluarkan suara.

"Yes."

"I bet he don't agree with all of this right? But why you still marry with Emir! You nak Emir jadi macam I?!"

"Qay dah... Bukan salah dia! Aku yang paksa dia kahwin dengan aku!" Ujar Emir tak terima apabila isterinya dimarahi Qayish. Qayish mengeluh berat.

"Suka hati kau lah Emir. Kalau jadi apa-apa pada rumah tangga kau, kau hadaplah sendiri. Aku nak tengok... Perempuan ni boleh ke bersama dengan kau sampai akhir nafas kau." Pandangan dingin diberikan pada Nadine. Kalau sesuatu jadi pada Emir, dia tak akan lepaskan Nadine. Dia tidak takut untuk buat perkara sama seperti dia buat pada orang yang telah menyakiti kembarnya dahulu.














"Umi nak Qay duduk rumah umi lepas discharge nanti. Biar umi yang jaga Qay. Umi tak percayalah perempuan ni." Ujar Elvira menjeling tajam Qaseh di sudut wad itu. Qayish diam sebelum memandang isterinya.

Qayish pandang uminya semula dan mengangguk kecil. "Boleh. Tapi isteri Qay kena ikut sekali. Biar dia tidur di sana sekali."

"Qay-"

"Kalau umi tak nak isteri Qay duduk rumah abi, Qay pun takkan duduk rumah abi. Kami akan pulang ke penthouse kami." Qayish terlebih dahulu memotong uminya. Takkanlah dia mahu tinggalkan Qaseh sendirian? Huh... Perkara itu tak akan terjadi!

"Okay fine! Dia boleh duduk dengan kita!" Elvira mengalah. Dia jeling tajam Qaseh yang hanya diam.

Sakit hati apabila anaknya tidak mahu langsung berenggang dengan isteri. Apa berharga sangat ke perempuan itu? Tak mati pun lah kalau dia duduk sendiri di rumah.

Elvira mengumpat dalam hati. Nak tak nak dia setuju sahaja. Terpaksa.

Bidadari Qayish Ilyaz Место, где живут истории. Откройте их для себя