Bab 15 🌷🖤

1.3K 57 2
                                    

Qaseh sudah kebah dari demam beberapa hari yang lalu. Dia juga tidak berjumpa lagi dengan Qayish setelah lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah.

Semasa perjalanan ke rumah Qaseh, suasana agak janggal. Masing-masing enggan membuka mulut. Qaseh jadi tidak senang duduk beberapa hari ini.

Ting!

Huh! Hampir lupa dengan makhluk yang seorang ini! Jikalau dia tidak bersama Qayish, pasti Mr.I ini akan Whatsapp nya. Itu membuatkan Qaseh rimas! Mahu saja di blok tapi tidak sampai hati pula. Masih terhutang budi dengan lelaki itu.

Qaseh menjeling skrin telefonnya.

Mr.I
-Good morning awak! Dah makan?

Qaseh memutarkan bola matanya ke atas. Cliché la!

Menyampah menyampah pun, Qaseh tetap membalasnya. Masih beradab.

-Morning. Dah

Qaseh menjeling jam di telefonnya. Sudah pukul sembilan lima puluh minit. Dia perlu bersiap untuk mesyuarat hari ini. Harap-haraplah Qayish turut serta dalam mesyuarat itu... Eh-

Apa kau mengarut ni Qaseh!







Qaseh tidak senang duduk dari tadi. Hish mata tu ada juga yang nak kena korek! Pandanglah Encik Harraz yang tengah bercakap tu! Nak juga pandang wajah polos Qaseh. Dasar orang tua gatal!

Tidak cukup dengan itu, mata Qayish  sekali sekala menjeling tajam Dato' Hussin yang sedang memandangnya. Huh! Lagilah buat Qaseh tak senang duduk. Tak tahulah nak rasa selamat atau tidak kerana dia berada di sebelah Qayish sekarang ini.

Qaseh menahan mulut dari memaki bila terasa kakinya disentuh sesuatu. Dia yakin bukan kaki Qayish yang main di kakinya tetapi lelaki tua yang berada di hadapannya ini!

Qayish bagai perasaan dengan riak wajah Qaseh, dia menjeling bawah meja. Dalam hati sudah berbakul dia maki Dato' Hussin kerana sesuka hati menyentuh kaki Qaseh. Walaupun berlapik tapi tetap... Urghh! Kalau bukan sebab sedang bekerja dah lama biru mata Dato' Hussin tu!

Qayish memandang tangan Qaseh yang berada di atas riba. Dia menyulamkan tangannya dengan tangan Qaseh. Berharap Qaseh tenang.

Mereka saling berpandangan. Qaseh ingin melepaskan genggamam itu namun makin dieratkan pula. Akhirnya Qaseh hanya pasrah, kakinya dialih ke tepi sedikit supaya lelaki tua dihadapannya berhenti melakukan perkara yang tidak senonoh itu.

Benda yang sia-sia, terasa kakinya masih disentuh. Qaseh menarik-narik baju kemeja Qayish, meminta pertolongan lelaki itu. Qayish yang faham maksud itu memandang tajam lelaki tua dihadapan Qaseh.

"Enough!" Suara garau Qayish bergema di dalam bilik mesyuarat itu.  Matanya dari tadi memandang dingin Dato' Hussin. Suasana di dalam bilik mesyuarat itu menjadi sunyi. Tiada lagi suara Harraz yang sedang memberi keterangan. Semua mata memandang Qayish yang bersuara lantang secara tiba-tiba.

"Oh! I mean enough for today, kita boleh sambung esok. Maaf saya berasa tak sedap badan"

"Tapi benda ni penting. Tidak boleh tangguh. Mana boleh nak bersurai macam tu sahaja"

"Oh sorry to hear that, tak apalah kita sambung je apa yang tertunggak tadi ya? By the way Dato' Hussin kaki tu tak boleh duduk diam ke? Nak saya tolong ikatkan dia? Sebab saya perasan dari tadi kaki Dato' tu tak berhenti nak bergerak. Oh! Tak pun kita potong je terus, nak? Senang!" Qayish tersenyum nipis.

Dato' Hussin terdiam. Suasana di dalam itu makin sunyi. Semua tidak terlalu faham maksud Qayish.

"Oh my! Sorry, I spoiled the meeting. It's okay I quit! Jom Qaseh" Qayish menarik selamba tangan Qaseh keluar dari bilik mesyuarat itu.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now