Bab 11 🌷🖤

1.2K 52 2
                                    

Ah! Tempat ini merimaskan! Bunyi muzik yang sangat kuat, membuat Qayish berkerut muka. Dia tidak suka dengan suasana di sini.

"Bingit telinga aku" Gumam Qayish. Dia mengikut langkah Harraz yang sedang melambaikan tangan pada seorang lelaki.

Harraz mendekati seorang lelaki yang duduk di satu sofa panjang. Tempat yang digerumuni wanita. Qayish menjeling wanita-wanita seksi yang memandang ke arahnya dengan tatapan menggoda. Sorry, nggak minat!

"Hey bro!" Harraz berjabat tangan dengan lelaki yang duduk di tengah-tengah wanita seksi itu. Mereka membalas senyuman.

"Hey, Harraz! Long time no see! Kawan kau ke dekat belakang tu?" Tanya lelaki yang bernama Zackry atau lebih mesra dipanggil Zack.

Harraz mengangguk kecil. Dia menyiku lengan Qayish yang sedang menundukkan kepalanya. Qayish mengangkat kepalanya dan mengangguk kecil pada Zack sebagai sapaan.

"Dia nampak macam tak biasa" Ujar Zack membuatkan Harraz ketawa hambar. Qayish tak biasa? Huh!

"Tempat dia dulu ni bro!" Jawab Harraz dengan suara agak kuat. Maklumlah muzik di sini sangat kuat.

Zack tersenyum sinis.

"Have a sit! Order je nak air apa. It's on me!"




Qayish memandang tajam Harraz yang menghulurkan gelas bersaiz kecil padanya. Wine.

"Are you kidding me? Aku dah tak minum" Ujar Qayish dingin. Harraz menjongketkan sebelah keningnya.

"Come on Qay, only this night. Kau mesti rindu nak rasa benda ni kan?" Pujuk Harraz. Tangan tidak lelah memegang gelas kecil itu untuk Qayish.

"Malam ni kita enjoy je. Hilangkan stress. Kau kan frust Qaseh asyik reject kau." Ujar Harraz saja mahu memanaskan Qayish. Dan ya, ayat itu membuat Qayish mengetap kuat rahangnya.

"Sini ramai lagi perempuan yang boleh kau dapat Qay. Cakap je, yang cantik? yang seksi? elegance? Yang boleh layan nafsu kau pun ada" Harraz tersenyum senget.

Qayish menggenggam kuat penumbuknya. Gelas kecil yang berada di tangan Harraz dirampas sebelum diteguk dengan sekali sahaja.






Qaseh terjaga dari lenanya. Dia mengeluh kecil apabila mendapati dirinya berada di atas sejadah. Pasti terlelap selepas solat tahajud tadi.

Qaseh membuka telekungnya dan melipat sejadah sebelum dimasukkan ke dalam almari pakaian.

Tok! Tok! Tok!

Qaseh berkerut dahi mendengar ketukan pintu dari luar. Qaseh mengerling jam dinding. Pukul lima pagi. Siapa pula datang pagi-pagi ni.

Tok! Tok! Tok!

Qaseh dengan perasaan takut melangkah keluar dari bilik. Pintu utama di pandang.

Qaseh menelan air liur sebelum memulas tombol pintu dengan berhati-hati.

Terbeliak mata Qaseh melihat sosok Qayish yang dalam keadaan serabai. Rambut tidak terurus. Tiga butang kemeja juga terbuka. Di bahagian lengan pula disingsing hingga siku.

"I-Ilyaz" Tiada balasan dari jejaka itu. Luruh jantung Qaseh apabila tubuh Qayish ingin tumbang. Pantas Qaseh menyambutnya. Qaseh memapah Qayish masuk ke dalam biliknya.

Tuhan sahaja tahu betapa remuknya hati Qaseh apabila tercium bau arak di tubuh suaminya. Qayish bohong padanya. Punyalah beria hari itu cakap sudah berubah tapi tidak. Qayish tidak pernah berubah.

Qaseh meletakkan Qayish perlahan-lahan di atas katilnya. Qaseh ingin melangkah keluar dari bilik itu tetapi tangannya terlebih dahulu ditarik. Tidak cukup dengan itu tubuhnya tertindih di atas badan Qayish.

Qaseh menahan nafasnya daripada membau arak di tubuh Qayish.

"I-Ilyaz lepaslah" Ujar Qaseh cuba melepaskan dirinya dari Qayish. Boleh pula jejaka itu memeluk pinggangnya. Qaseh takut. Dia tidak sedap hati.

"I want you tulip. Help me" Pinta Qayish lembut. Qaseh mula menitiskan air matanya dia menggeleng laju walaupun Qayish tidak melihatnya.










Qayish membuka matanya apabila, telinga kedengaran seperti seseorang sedang menangis. Dan suara tangisan itu berada dekat dengannya.

Membulat mata Qayish melihat Qaseh yang sedang memeluk lutut dengan comforter yang membaluti tubuh. Situasi ini. Situasi yang pernah dia lalui dulu. Jangan cakap dia sudahh..

"Aku benci kau Qayish ilyaz" Qayish pantas bangun dari baringnya. Matanya terpandang baju dan seluar yang berselerak di lantai. Dia menelan air liur kesat. Apa yang sudah dia lakukan..

"T-tulip"

"Diam! Berhenti panggil aku tulip! Aku benci perkataan tu! Kau keluar dari sini! Aku tak nak tengok muka kau!" Tengking Qaseh sebelum dia kembali memeluk lututnya. Apa yang berlaku pagi tadi sangat menyakitkan hatinya. Sekali lagi dia menjadi pemuas nafsu seorang Qayish ilyaz. Dia memang tak bernilaikah di mata Qayish?

"Nuha, saya minta maaf. Saya tak sengaja" Qayish memeluk erat tubuh Qaseh. Salah dia. Tidak sepatutnya dia datang ke rumah Qaseh dalam keadaan mabuk.

"A-awak tipu. Awak cakap awak dah berubah" Suara Qaseh mula mengendur. Dibiar sahaja Qayish memeluknya. Dia tidak berdaya ingin melawan lagi.

"S-saya"

"Awak mabuk! Awak masih minum kan? Jadi tak mustahillah kalau awak masih kaki perempuan. Awak tak pernah berubah Ilyaz. S-saya kecewa"

"Tak! S-saya ter minum. Saya tak ada niat pun. Maafkan saya" Qayish melepaskan pelukan itu. Dia memegang kedua-dua bahu Qaseh, cuba menjelaskan.

Terguris hati Qayish melihat mata Qaseh yang sudah dibanjiri air mata. Wajah Qaseh sudah sembab. Mata Qayish juga terasa panas. Dia menjadi lemah melihat air mata itu.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now