Bab 25 🌷🖤

1.2K 52 1
                                    

'Dia tak sayang awak Qaseh. Dia cuma mahukan tubuh awak. Awak hanya tempat dia puaskan nafsu!'

'Perkahwinan kau orang ni keluarga dia tak tahu kan? Huh! Dia malu sebab ada isteri macam awak, sebab tu dia tak beritahu keluarga dia tentang awak!'

'Bagi dia awak ni tak lebih dari perempuan simpanan. Hanya tempat dia puaskan nafsu. Bila dia nak dia datang. Bila dia tak nak dia blah macam tu je'

"Diam, diam, diamm!!" Qaseh menutup telinganya tidak mahu lagi mendengar suara yang berada di fikirannya. Suara itu membunuhnya.

"Sayang? Nuha, awak okay tak ni?" Tanya Qayish panik. Qaseh hanya memandang Qayish sekilas, tidak kuat memandang wajah itu lama-lama.

"Nuha-"

"Awak buat apa dekat sini? Bukan awak dah mula kerja hari ini?" Tanya Qaseh lemah. Qayish tersenyum nipis dan melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Saya cuti lagi. Saya nak jaga awak" Ujar Qayish lembut dan melakar senyuman nipis. Qaseh hanya tunjuk muka berperasaan.

"Awak nak makan?" Tiada respon. Qayish mengeluh kecil. Kenapa Qaseh tiba-tiba berubah dingin padanya ni? Ada sesuatu yang Qaseh sorokkan ke?

"Awak ada apa-apa nak kongsi dengan saya? Ceritalah, saya sedia mendengar" Ujar Qayish lagi tidak penat untuk mengambil perhatian Qaseh. Namun Qaseh masih diam tiada kudrat untuk bersuara.

"Nuha, please cakap walaupun sepatah perkataan. Saya tahu awak masih trauma pasal semalam. Saya minta maaf sebab tinggalkan awak sendiri." Ujar Qayish lemah. Tanpa sedar air mata Qaseh tumpah.

"S-saya ni memang murah ke? Kenapa semua lelaki pandang saya sebagai tempat mereka puaskan nafsu. Termasuk awak" Akhirnya Qaseh bersuara. Qayish cukup terkedu dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Qaseh.

"T-tak. Itu dulu. Sekarang saya ikhlas dengan awak. Saya sayang awak bukan sebab nafsu serakah saya. K-kalau awak tak percaya, saya akan buktikan. Saya tak akan sentuh awak tanpa izin awak. But please tulip jangan dingin dengan saya lagi, saya ikut sedih tengok keadaan awak macam ni." Rayu Qayish tanpa sedar air matanya telah gugur. Entah kenapa, apabila dia berada dengan Qaseh, dia akan lemah. Dia mudah jatuh.

Qayish mengangkat kepalanya apabila terasa kepalanya diusap.

"Janji dengan saya Ilyaz. Jangan tinggalkan saya. Awak sahaja yang saya ada. Terima kasih sebab datang semalam. Kalau tak mungkin saya dah-"

"Shhh, jangan cakap lagi pasal semalam. Saya berjanji tak akan tinggalkan awak selagi saya bernafas." Ujar Qayish lembut dan tersenyum nipis. Qaseh membalas senyuman itu.

"Ilyaz"

"Ya sayang?"

"Saya lapar" Qaseh buat muka sayu. Qayish tersenyum lucu.

"Sekejap ya saya ambil makanan bawa ke sini" Baru sahaja Qayish bangun dari duduknya tetapi Qaseh sudah menahan dengan memegang lengannya.

"Kita makan dekat dapur lah" Pinta Qaseh. Qayish hanya menurut. Mereka ke dapur dan makan makanan yang telah dibeli oleh Qayish.









Raina sudah panas punggung apabila direnung tajam Qalish. Pandangan Qalish jaranglah tak membunuh. Dengan isteri je lembut, bila dengan orang lain, hmm.

"Apasal you tenung I macam tu? Jealous isteri you kalau tengok nanti" Seloroh Raina cuba sembunyikan perasaan gugupnya.

"Umi I ada cakap apa-apa pada you?" Tanya Qalish curiga. Akhir-akhir ni mereka nampak rapat tak seperti selalu. Pasti ada perkara yang tersembunyi.

Raina hanya menggeleng kecil.

"Why?"

"You nampak rapat dengan umi, lately ni. Mesti ada sebab kan?" Raina ketawa hambar.

"Lah, I ni kan anak kawan baik dia. Salah ke kalau kita orang rapat? Kenapa? Isteri you mengadu dekat you, aunty El jarang layan dia?"

"This is not about my wife. I rasa umi ada plan something"

"What? Aunty El nak jodohkan I dengan you? Tak pun dengan Qay?" Ujar Raina selamba. Americano dihirup sedikit, membasahkan tekak.

"Boleh jadi dengan Qay" Balas Qalish. Takkanlah umi nak jodohkan dia dengan Raina pula, dia dah ada isteri. Bakal mempunyai anak buat kali kedua pula tu.

"Oh. Then? I nak kena buat apa?" Tanya Raina buat bodoh. Di sudut hatinya rasa bahagia, jikalau apa yang dikatakan Qalish adalah benar. Lagipun hubungan Qayish dengan 'isteri rahsia' dia itu kan masih dingin.

"Jauhkan diri dari umi I. Qay tak boleh kahwin dengan you" Ujar Qalish tegas. Raina memutarkan bola matanya ke atas.

"Dah kalau memang aunty El nak jodohkan I dengan kembar you, apa masalahnya? You tak sudi I jadi adik ipar you?" Raina senyum senget. Dia memandang jam tangannya. Masa rehat dah nak habis.

"Dahlah I nak balik ke hospital. Assalamualaikum" Raina bangun dari duduknya dan berlalu pergi.

Qalish tidak puas hati. Qayish pernah cakap Raina tahu tentang perkahwinannya, kenapa Raina buat macam tak tahu tadi? Atau Raina memang ada perasaan pada Qayish? Raina rela ke jadi isteri kedua? Haih rumit betul kisah ni!




Ringgg

Bunyi deringan telefon Qayish menyentakkan Qaseh. Dia memandang telefon suaminya dan menoleh ke pintu bilik air sekilas. Telefon itu diambil.

Umi💗

Hmm pasti ibunya. Perlu ke dia angkat? Tapi, kalau umi Qayish tanya siapa dia ni, nak jawab apa? Qayish ada cakap yang keluarganya masih tidak tahu tentang Qaseh.

Bunyi pintu bilik air menyentakkan Qaseh. Dia menoleh ke bilik air. Suaminya sudah selesai mandi, hanya bertuala sahaja.

"Siapa call?" Tanya Qayish berjalan dekat ke arah Qaseh yang berada di birai katil. Qaseh tidak bersuara hanya menunjukkan telefon pada Qayish.

Qayish memandang skrin telefonnya cuba melihat nama yang tertera. Umi?!

Qayish merampas telefon itu dan berlalu keluar masuk ke bilik lain.

Qayish meraup kasar rambut basahnya. Waktu ni lah umi nak call!

"Assalamualaikum umi."

"Waalaikummusalam. Ha Qay! Bila nak balik rumah umi? Dah lama Qay tak jumpa umi! Tak rindu umi ke?" Bertubi-tubi Elvira memberi soalan tanpa memberi ruang untuk Qayish jawab.

Qayish mengusap belakang lehernya. Nak bagi jawapan apa ni?!

"Emm Qay busy lah umi. E-esok la eh Qay balik rumah umi?"

"Esok kalau umi tak nampak batang hidung Qay dekat rumah. Siaplah!" Terus panggilan itu dimatikan. Qayish menelan air liur. Umi kalau dah marah memang seram!

"Umi awak masih tak tahu pasal kita?"

Qayish tersentak. Dia menoleh ke belakang terlihat Qaseh bersama wajah tiada perasaan. Qayish hanya menggeleng kecil.

"Saya nak pergi masak sekejap"

"Saya tolong eh"

"Tak payah. Awak pergilah balik rumah umi awak. Kesian dia" Ujar Qaseh tenang dan berlalu pergi ke dapur. Qayish hanya memandang sosok Qaseh sehingga hilang dari muka pintu. Keluar keluhan kecil dari mulut Qayish.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now