Bab 55 🌷🖤

1K 46 1
                                    

Qayish pandang isterinya yang sudah nyenyak. Rambut Qaseh dielus lembut. Nampak kepenatan di wajah isterinya.

Suasana di meja makan tadi agak canggung. Qayish takut Qaseh tidak selesa. Bagaimana isterinya mahu hadap uminya itu. Qayish berharap sangat Allah lembutkan hati uminya supaya menerima isterinya di sini. Dia tidak mahu Qaseh merasa dirinya tidak diundang di sini.

Tangan Qayish berhenti dari mengelus rambut isterinya apabila terima rengekan kecil isterinya. Kelopak mata Qaseh terbuka sedikit. Qayish tersentak.

"Sorry tulip! Abang tak sengaja nak bangunkan Nuha" Ujar Qayish rasa serba salah. Qaseh hanya senyum sebelum letakkan kepalanya di atas dada suaminya.

"Tulip. Nuha rindu nak abang panggil Nuha dengan panggilan itu" Ujar Qaseh perlahan. Qayish diam. Tangannya menyambung aktiviti tergendala tadi. Rambut Qaseh dielus lagi.

"Abang fikir apa? Kenapa tak tidur lagi?" Tanya Qaseh ingin tahu. Kalau Qayish tidur lambat pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya, sebab itu tidak dapat tidur. Dan sekarang dia tertanya, apalah yang mengganggu fikiran suaminya.

"Nuha tak apa ke tinggal di sini?" Sejurus bertanya tentang itu, Qayish merasa anggukan kecil dari isterinya.

"Betul ni?"

"Ya abang... Untuk abang, Nuha sanggup buat apa sahaja. Lagipun ini kan permintaan umi, dia nak abang tinggal di sini sampai abang sihat." Qayish senyum mendengar jawapan isterinya.

"Jadi Nuha sanggup di cemuh umi setiap hari?" Saja Qayish mahu menguji isterinya. Walhal dia sendiri tidak akan benarkan perkara itu berlaku pada isterinya.

"Sanggup. Demi abang, Nuha sanggup dicemuh dan dihina. Asalkan Nuha ada dekat abang. Nuha akan cuba kuatkan hati terima semua yang akan umi cakap pada Nuha pada hari dan hari yang akan datang"

"Tapi abang tak akan biarkan semua itu berlaku. Sama sekali tidak akan," Ujar Qayish tegas. Sebagai seorang suami, dia tak akan biarkan isterinya diperlakukan sebegitu. Dia akan lindungi isterinya selagi boleh. Dan juga dia akan tegur uminya dengan baik.








Di pagi hari lagi, Raina sudah tiba di rumah Qash. Ketibaannya disambut mesra oleh Elvira. Elvira terus menjemputnya untuk duduk di sofa lembut di ruang tamu.

"Mana Qay, aunty?" Tanya Raina setelah melihat tiada langsung bayangan Qayish. Elvira telah memberitahunya bahawa Qayish tinggal di sini buat sementara waktu, sebab itulah dia datang ke sini! Mahu lihat Qayish.

"Ada dengan isteri dia dalam bilik."

"Qaseh ada di sini?"

"Hmm.. Kalau ikutkan aunty mahu saja mengheret perempuan tu keluar. Tapi Qay mesti mengamuk besar nanti. Silap-silap dia keluar dari rumah ini. Dia kan pilih isteri dia berbanding aunty ni" Raina buat riak wajah sayu.

"Aunty tak boleh biarkan semua tu berlaku! Aunty kena ambil hati Qay. Tak akan aunty nak biar je perempuan tu rampas Qay dari aunty. Perempuan tu jahat aunty! Sebab dialah Qay derhaka dengan aunty!" Provok Raina. Elvira pandang wajah Raina, seperti termakan kata-kata gadis itu.

"Raina? Awak ada di sini?" Satu suara lunak menyentakkan mereka. Elvira dan Raina memandang gerangan yang sedang menuruni tangga bersama bayi di dukungan.

"Adriana!" Raina terus bangkit menyapa Mawar. Mawar senyum sebelum memandang mak mertuanya.

"Umi, mana Qaseh?"

"Adriana, jangan menyakitkan hati umi pagi-pagi ni" Suara Elvira berbaur amaran. Mawar telan air liur sebelum senyum tipis.

"Maaf umi"

"Wah! Ini anak kedua you ya? Comel! Apa namanya?" Tanya Raina teruja. Baru pertama kali dia dapat melihat anak kedua Mawar dan Qalish. Dari Mawar tengah berpantang sehinggalah habis pantang, dia tidak berkesempatan ingin melawat Mawar.

"Qarl adly." Jawab Mawar lembut sebelum labuhkan punggungnya di sofa. Bayi comel di dukungannya ditepuk perlahan.

"Ohh.. You duduk sini Adriana? Mana Qalish dan Adalyn?" Tanya Raina. Tidak tahu pula dia Mawar berada di sini. Bukankah mereka duduk di rumah mereka? Kenapa duduk di sini pula?

"Dua beranak tu masih tidur. Biasalah hari cuti kan..." Jawab Mawar. Malas dia mahu kejutkan suami dan anak daranya itu. Disebabkan bosan duduk di dalam bilik dia berfikir untuk ke ruang tamu, tidak sangka pula Raina datang ke sini.

"Kamu berdua berbual lah, umi nak buat sarapan. Adriana, nanti umi dah siap buat sarapan, kejut suami kamu dan anak dara kamu tu ya. Kalau mereka tak mahu bangun, cakap pada umi. Tahulah umi nak buat macam mana." Ujar Elvira terselit gurauan. Mawar hanya gelak sebelum angguk kecil.

"Qaseh tu mesti tak bangun lagi kan? Sebab itu tak keluar dari bilik." Ujar Raina tiba-tiba. Mawar menoleh ke Raina.

"Eh! Apa cakap macam tu, tak baiklah. Janganlah bersangka buruk. Kalau dia belum bangun pun, tak apalah. Dia kan tengah sarat mengandung, mesti penat." Ujar Mawar menyebelahi Qaseh. Raina menjulingkan matanya ke atas.

"You ni selalu bela dia tau!"

"Dah dia isteri adik ipar saya. Merangkap biras saya. Takkanlah saya tak backup pula kan.."

"Well I pun bakal menjadi biras you, Mawar adriana." Raina senyum manis sebelum berlalu ke dapur. Terkelip-kelip mata Mawar. Bakal biras?

Mawar menggeleng kecil melihat sikap Raina. Dia menunduk pada Qarl adly.

"Anak ibu, jangan dengar ya apa yang mak cik tadi cakap... Dia tu memang macam tu. Sayang pekakkan telinga je ya?" Ujar Mawar pada bayinya. Ibu tak ingin sebenarnya nak dia jadi biras ibu... Sambung Mawar dalam hati. Tidak berani dia mengeluarkan suara takut empunya badan mengamuk. Tak pasal-pasal dia pula dijadikan musuh!

"Buu..." Mawar menoleh ke tangga. Dia menggeleng melihat anaknya bersama Qaseh menuruni tangga. Anak daranya itu dah serupa ayahnya sudah!

"Ya princess..." Qaseh senyum melihat kelembutan Mawar dengan anaknya. Tadi semasa dia keluar dari bilik terjumpa Adalyn yang kelihatan sedang mencari ibunya, setelah bertanya pada anak kecil itu, tidak berfikir apa Qaseh memimpin tangan anak kecil itu membawanya turun, Qaseh pasti Mawar ada di ruang tamu.

"Tadi Qaseh nampak dia macam cari kak long, itu yang Qaseh bawa dia turun." Jelas Qaseh. Mawar senyum pada Qaseh.

"Maaflah kalau Ayyin susahkan Qaseh."

"Eh tak adalah! Qaseh asalnya memang nak turun pun. Qaseh nak ke dapur, nak tolong umi masak sarapan." Terkebil-kebil Mawar. Qaseh ingin membantu umi memasak? Harap tidak huru-hara lah...

"Eh tak payahlah Qaseh! Umi lebih suka memasak sendiri. Tak perlu orang bantu! Kita berbual je ya di sini."

"Tapi.. Kesianlah umi buat sarapan seorang-seorang." Qaseh berdegil. Mawar terkebil-kebil sendiri sebelum mengeluh kecil.

"Hmm pergilah tapi rasanya umi tak nak Qaseh bantu dia. Yelah Qaseh kan.... Mengandung! Hah! Nanti umi risau.." Mawar sengih. Dia sudah cuba sedaya upaya untuk beri alasan supaya Qaseh tidak jejakkan kaki ke dapur.

Qaseh senyum sebelum berlalu pergi. Mawar telan air liur. Ya Allah! Janganlah perkara yang tak diinginkan berlaku.

"Buu.. Nak syusyu...." Rengek Qayla adalyn. Mawar pandang anaknya.

"Iyalah sayang."

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now