Bab 3 🌷🖤

1.7K 60 1
                                    

"Arghh!!" Qayish lekas bangun dari baring secara spontan.

Mimpi itu.

Kerap Qayish bermimpi tentang perkara yang sama. Ada seorang bayi yang comel sempurna dengan kain putih. Dari wajah bayi itu, Qayish merasa sangat mirip dengannya. Bayi itu sangat sempurna, wajahnya bercahaya.

"Allahu akhbar" Qayish meraup wajahnya. Hatinya penuh dengan tanda tanya. Siapa bayi itu? Kenapa Qayish perlu mimpikan dia hampir setiap malam.

"Kenapa aku selalu mimpi macam ni Ya Allah?" Wajah bayi itu masih segar di akal fikiran Qayish.

Ringgg!

Qayish mencapai handphone nya yang berdering. Panggilan itu dijawab.

"Hmm nak apa?"

"Qay, lusa ni datang office aku. Aku nak jumpa"

"Why so sudden? Asal?"

"Datang jelah, banyak tanya pula. Jangan risau, office aku banyak perempuan. Bolehlah kau nak mengorat nanti"Perli suara itu.

"Kau perli aku? Tch. Aku tak hadap dah lah perempuan dekat office kau tu"

"Wooo, Qayish ilyaz kita dah insaf! Dah nak kiamat ke dunia ni?" Qayish mematikan panggilan itu. Kalau dibiarkan memang sampai ke esok lah mamat tu bercakap.

"Macam manalah along boleh kawan dengan mamat sewel ni"




Qaseh menguntum senyuman manis melihat Ayyish hafizi di hadapannya. Comel.

Disebabkan hari ini adalah hari terakhir dia cuti jadi dia ingin membawa Ayyish jalan-jalan. Malam nanti pula mereka akan pergi ke airport untuk menyambut kepulangan seseorang.

"Comelnya anak mama" Qaseh mencubit geram pipi tembam itu. Ayyish tergelak kecil. Malu dipuji sedangkan hari-hari sememangnya Qaseh akan memuji kecomelan Ayyish.

"Hehe comel macam papa kan?"

Senyuman Qaseh mati. Tak lama Qaseh menguntum senyum semula.

"Ye. Sayang mama ni comel macam papa"Qaseh mencium sekilas pipi tembam itu.






Qaseh menguntum senyum melihat Ayyish yang aktif dari tadi. Suka anak kecil itu apabila dapat aiskrim kegemarannya.

"Hey sayang mama ni, makan pun comot"Qaseh menyeka aiskrim coklat yang ada di pipi Ayyish menggunakan tisu basah.

"Hehe. Mama, Ayyish nak toys boleh?"Pinta Ayyish sambil tersengih. Qaseh tersenyum lucu, tangannya mengusap lembut kepala Ayyish.

"Boleh sayang, tapi tak boleh beli banyak-banyak tau"

"Aye aye ma'am!" Ayyish mentabik tangannya sebelum menyambung menjilat aiskrim yang mula cair.

Geli hati Qaseh melihat Ayyish. Ayyish selalu menghiburkan hatinya.





Qaseh menghulurkan dua keping lima puluh ringgit pada penjaga kaunter itu.

"Eh tak perlu puan. Tadi dah ada seorang lelaki bayarkan mainan anak puan ni"Tutur remaja perempuan itu. Dia turut memberi senyuman manis pada Qaseh.

Qaseh berkerut dahi. Siapa yang baik hati telah membayar mainan Ayyish ni?

"Emm boleh saya tahu siapa?"

"Oh dia beritahu nama samaran je. Mr.I" Jawab remaja perempuan itu.

Mr.I?

"Err boleh bagi saya jumpa dia?"

"Dia dah pergi puan. Ini dia ada tinggalkan note" Remaja itu menghulurkan satu kertas kecil.Qaseh menyambut huluran itu.

Number phone?

"Oh ok lah terima kasih ya" Qaseh senyum segaris sebelum berlalu pergi bersama Ayyish, tidak lupa juga dengan beberapa mainan Ayyish.







Ayyish menguap kecil. Penat dia berjalan-jalan seharian. Boleh pula mamanya ajak pergi ke satu lagi tempat.

"Mama jom lah kita balik. Ayyish penatlah, nak tidur"

"Sekejap lah sayang. Kita tunggu orang tu sekejap ya. Lepas tu kita balik" Pujuk Qaseh lembut. Tangan mengusap lembut kepala Ayyish.

Ayyish berkerut dahi.

"Orang tu? Siapa mama?"

"Mana boleh beritahu. Rahsia.."Qaseh tersenyum mengusik. Ayyish menarik muka.

Beberapa minit kemudian..

Qaseh tersenyum lebar apabila melihat figura yang sangat dikenali. Ayyish pasti gembira melihat sosok itu.

"Ayyish look who's there" Qaseh mencuit manja bahu Ayyish dan menunjuk seorang wanita yang sedang berjalan ke arah mereka.

Ayyish memandang wanita itu sebelum bibirnya tersenyum lebar.

"Ibuu!" Ayyish pantas berlari ke arah wanita itu dan memeluknya erat.

Qaseh tersenyum nipis melihat ibu dan anak itu berpelukan. Andai dia juga dapat merasa perkara itu.

"Adik"

Qaseh tersentak. Dia memandang wanita yang bersama Ayyish sekarang. Senyuman cuba diukir.

"Y-ya akak?"

"Eh mengelamun pula dia. Jomlah balik" Wanita yang merupakan kakak Qaseh. Qaseh ariyani. Ibu kandung kepada Ayyish.

Qaseh ariyani kehilangan suaminya semasa melahirkan Ayyish. Beberapa bulan setelah itu ibu bapa mereka pula meninggal akibat kemalangan. Kemalangan yang tak dapat dilupakan Qaseh arnuha.

Hampir setahun Qaseh arnuha melawan depresinya kerana tidak dapat menerima kenyataan. Padahal ketika itu dia baru dapat bebas dari Qayish. Dapat pula berita tentang kematian kedua orang tuanya.






Qaseh menggigit bibir bawahnya. Nota kecil yang tertulis nombor itu ditenung. Perlu ke dia mesej lelaki itu untuk mengucapkan terima kasih?

Qaseh menggaru kepalanya. Masih dilamun antara rasa serba salah dan rasa keliru.

"Adik" Qaseh menoleh dan tersenyum nipis.

"Ye kak?"

"Buat apa dekat luar ni sorang-sorang? Jomlah masuk." Ajak Ariyani.

"Tak ada lah kak, saja duduk luar ni, ambil angin malam. Ayyish mana?"

"Ayyish dah tidur. Tadi sebenarnya dia nak tengok kartun, tapi akak paksa dia tidur" Ariyani terkekeh kecil teringat Ayyish yang susah mahu tidur sebentar tadi.

"Oh dia memang macam tu kak, kena tengok kartun dulu baru boleh tidur kalau tak hmm merengek-rengek la dia"Dua wanita itu gelak sama.

"Terima kasih lah ya, Qaseh tolong jaga kan Ayyish semasa akak berada di Italy"

"Alah akak, tak ada apalah, Ayyish kan anak saudara Qaseh, no hal lah. Lagi pun kalau ada dia tak ada lah Qaseh sunyi."

"Kenapa tak kembali pada Qayish?"Qaseh terdiam. Ish akak ni pun masa ni lah dia nak cakap pasal Qayish.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now