Bab 19 🌷🖤

1.1K 45 1
                                    

Tok tok tok!

Qaseh bekerut dahi mendengar ketukan pintu dari dalam biliknya. Siapa pula yang datang malam-malam ni?

Qaseh meletakkan telefonnya di atas katil, langkah di atur ke luar. Tanpa berfikir apa-apa pintu itu dibuka.

Membulat mata Qaseh melihat wajah Qayish yang penuh lebam, matanya turun pada lengan Qayish. Darah!

"Ya Allah Ilyaz! Kenapa ni?!" Qaseh menerpa ke arah Qayish memapah Qayish masuk ke dalam rumahnya. Hatinya sakit melihat keadaan Qayish.

"Erghh! Saya okay" Ujar Qayish perlahan selepas duduk di sofa. Qaseh menilik wajah Qayish.

"Siapa yang buat awak macam ni? Sekejap saya ambil first aid!" Qaseh pantas mengatur langkah ke biliknya dan keluar semula dengan satu kotak di tangan. Qaseh melabuhkan punggungnya di sebelah Qayish.

Satu persatu butang kemeja Qayish dibuka. Kemeja itu jatuh ke bahu sebelum Qaseh menanggalkannya dari tubuh Qayish. Tidak sangka dengan tindakan Qaseh. Qayish lebih memilih untuk diam dan menilik wajah Qaseh. Qaseh risau tentangnya kah?

Suasana hening, Qaseh mula membersihkan luka-luka yang berada di tubuh Qayish.

"Awak dah makan?" Tanya Qayish tiba-tiba. Teringat makanan yang dibelinya tadi sudah bercium dengan jalan tar.

Qaseh hanya mengangguk sebagai jawapan. Panas matanya melihat luka-luka yang berada di tubuh dan wajah Qayish.

Setelah hampir selesai merawat luka Qayish terasa pipinya diusap lembut. Qaseh mengangkat kepalanya.

"Kenapa nangis? Sepatutnya awak suka tengok keadaan saya sekarang ni. Awak kan benci saya" Ibu jari Qayish menyeka air mata Qaseh. Qaseh hanya diam, dalam hati menafi keras kata-kata Qayish.

"Tulip" Panggil Qayish dengan suara seraknya, tangannya menarik dagu Qaseh supaya memandangnya. Qaseh menelan air liur, kedudukannya dengan Qayish sangat rapat, wajah pula hanya beberapa inci jaraknya.

"Boleh saya tarik semula kata-kata saya seminggu lalu?" Bibirnya perlahan-lahan melabuh pada bibir nipis Qaseh. Peliknya Qaseh langsung tidak menolak.

Dia memang ingin tarik semula kata-katanya. Dia tidak kuat. Dia tidak kuat untuk kehilangan Qaseh. Biarlah maut sahaja menjadi penyebab mereka berpisah. Penceraian bukan satu jalan yang terbaik!









Kelopak mata Qayish terbuka, dia memandang sekeliling ruangan itu, tidak asing baginya. Semalam.... Argh! Dia buat kesalahan yang besar lagi! Qayish bangun dari baringnya memakai seluarnya, dia mengatur langkah keluar dari bilik mencari Qaseh.

Sakit di sudut bibirnya, lengannya dan tubuhnya dihiraukan, dia melangkah laju ke dapur. Terlihat Qaseh yang tenang sedang memasak. Kenapa Qaseh tiada reaksi dengan apa yang berlaku semalam?

"Nuha, saya minta ma-"

"Saya yang rela. Bukan salah awak" Potong Qaseh dingin. Ya, dia yang rela semalam, membiarkan sahaja Qayish melakukan apa-apa terhadap dirinya.

Tidak tahulah mahu bahagia atau tidak. Melihat wajah dingin Qaseh dia langsung tidak bahagia.

"Semalam. Siapa yang pukul awak?" Tanya Qaseh, tangannya menyedok bubur yang berada di dalam periuk ke mangkuk.

"Saya tak tahu. Tapi, dia ada sebut nama awak" Ujar Qayish perlahan dan melabuhkan punggungnya di kerusi, lengannya yang berbalut dijeling.

Tubuh Qaseh mengeras. Farhan?

"Nuha?"

Qaseh tersentak, mangkuk bubur itu diletakkan di atas meja dihadapan Qayish. Qayish memandang bubur itu.

"Pergilah pakai baju, tak malu ke?" Tegur Qaseh, ternoda matanya melihat abdomen Qayish, tahulah diri tu seksi huh!

Qayish tersenyum nakal. Auchh! Sakit pula tepi bibir ni! Lupa semalam baru kena belasah.

"Awak kan dah tengok semuanya semalam. Apa nak malu? Saya suami awak, awak pula isteri saya."

"Apa-apa jelah! Makanlah ni, saya nak masuk bilik"

"Awak, tangan saya sakit" Ujar Qayish meminta simpati. Qaseh menjeling lengan Qayish yang berbalut.

"Mengada-ngada!" Qaseh melabuhkan punggungnya di sebelah Qayish, mangkuk bubur dicapai sebelum Qaseh menyuap bubur itu ke dalam mulut Qayish dengan berhati-hati takut terkena lebamnya.

Qayish tersenyum nipis. Walaupun muka Qaseh nampak macam benci tapi dari mata Qaseh, Qayish melihat rasa sayang Qaseh terhadapnya. Dia akan hargai itu hingga hembusan nafas terakhirnya.

"Awak tak makan sekali?" Tanya Qayish lembut. Qaseh hanya menggeleng kecil.

"Hari ini awak tak kerja?"

"Saya nak jaga awak" Jawapan Qaseh mampu membuat Qayish tergamam. Qaseh memandang wajah Qayish. Jelas melihat wajah itu mula membahang.

Qaseh menahan senyum.

"Sekarang saya mesti dah tak handsome kan? Lebam sana lebam sini. Nanti awak dah tak suka"

"Saya memang tak suka awak"  Qayish hanya tersenyum nipis cuba menutup sedihnya. Qayish anggap Qaseh tidak memaksudkan kata-kata itu.










Qayish memandang lama Qaseh yang sedang mengaca, lihat dari pemakaian wanita itu sepertinya ingin pergi ke pejabat. Bukankah Qaseh cakap ingin menjaganya?

"Awak nak pergi mana?" Tanya Qayish lembut menilik Qaseh dari atas hingga bawah.

"Pergi office. Ada kerja sikit. Saya balik semula nanti" Ujar Qaseh, dia membetulkan sedikit rambutnya sebelum mencapai beg tangannya.

Dia memandang sisi, merenung tangan Qayish yang terhulur. Qayish nak Qaseh salam dia ke?

Apabila tidak dapat huluran dari Qaseh, Qayish perlahan-lahan menarik semula tangannya kekok. Nampaknya Qaseh masih belum menerimanya.

Qaseh mengeluh kecil. Dia memusing tubuh menghadap Qayish. Tangan Qayish di ambil sebelum di salam. Qayish tersenyum nipis.

"Saya pergi dulu"

"Hati-hati isteri abang" Pesan Qayish lembut.









Qaseh masuk ke dalam bilik pejabatnya, matanya tertumpu pada sejambak bunga lili putih di atas mejanya. Aik? Selalunya ros merah hari ini lili putih pula?

Qaseh menapak ke arah mejanya, bunga lili putih itu diambil sebelum kad kecil yang berada di situ dibaca.

You broke my heart into piece. I disappointed

Qaseh menjongketkan sebelah keningnya. Lahh! Siapa ni? Takkan Qayish? Bukankah jejaka itu berada di rumahnya, tapi kenapa pula ingin kecewa? Huh, Qaseh mula serabut, dia syak orang yang memberinya bunga lili ini sama dengan orang yang memberinya ros merah sebelum ini. Qaseh tertanya, siapakah orang itu?

Perlukah dia tanya Qayish tentang ini? Dia berasa takut dengan gerangan yang selalu memberinya bunga ini. Atas tujuan apa?

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now