Bab 21 🌷🖤

1.1K 47 3
                                    

Masuk hari ke tiga Qaseh tidak berjumpa Qayish, hati Qaseh mula tak tenang. Qayish bagai di telan bumi! Langsung tiada khabar berita.

Qaseh menyentuh perut kempisnya, dia berasa...... Lapar!

Qaseh menapak ke dapur. Peti sejuk di selongkar cuba mencari makanan yang boleh dimakan malam-malam ini.

Qaseh terus memburu makanan di dalam peti ais sehinggalah....

Coklat!

Qaseh mencapai kinder bueno itu sebelum tersenyum lebar. Penyelamatnya!

Qaseh pantas membuka plastik coklat itu dan memakannya. Huhh nikmat! Nasib baiklah ada kinder bueno jadi penyelamat!

Akhirnya Qaseh dapat tidur dengan tenang!




Mata Qaseh melilau mencari sosok Qayish, bukankah sepatutnya Qayish datang pada mesyuarat ini?

"Qaseh, are you okay?" Tanya Harraz lembut. Dari tadi dia perasan Qaseh seperti sedang mencari seseorang. Harraz dapat agak, pasti Qayish! Malangnya jejaka itu tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

"S-saya okay. Tak sedap badan sikit" Qaseh tersengih. Harraz menggeleng kecil jelas melihat kebohongan.

"Oh ya! Kalau ada VIP yang cuba mengorat awak, awak bagitahu je saya. Saya settle kan!" Ujar Harraz saja mahu bergurau. Qaseh tersenyum lucu sebelum mengangguk kecil. Layankan sahaja lah..

"Baiklah Encik Harraz"

"Okay lah mesyuarat dah nak bermula"




Sedar tidak sedar seminggu sudah berlalu sejak Qayish keluar dari rumahnya. Hati Qaseh berharap Qayish akan muncul hari ini kerana hari ini hari lahirnya.

Qaseh berjalan menatap kosong lantai jubin itu. Dia berasa tidak semangat hari ini mungkin kerana tiadanya Qayish di sisi.

"Surprise!!" Suara yang lantang itu menyentakkan Qaseh. Qaseh mengangkat kepalanya memandang polos gerangan-gerangan dihadapannya.

"Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to adik Qaseh!" Nyanyi mereka riang. Qaseh tersenyum kecil, mentang-mentang lah Qaseh paling muda di sini semua pakat panggil dia adik.

Qaseh berjalan dekat ke arah gerangan-gerangan dihadapannya. Kek yang dipegang Harraz dipandang. Tengok, Encik Harraz pun pakat join depa ni.

"Tiuplah lilin tu Qaseh, Wani tak sabar nak makan kek ni!" Pinta Wani. Semuanya terus tergelak termasuklah Qaseh.

Qaseh meniup beberapa batang lilin yang berada di atas kek itu.

"Yeayyy!!" Ruangan itu penuh dengan bunyi tepukan semua orang. Harraz mendekatkan bibirnya pada telinga Qaseh.

"Mesti awak kecewakan sebab bukan Qayish yang pegang kek ni" Usik Harraz tersenyum nakal.

Semua orang di situ mula menatap nakal Qaseh dan Harraz, mereka mengira Harraz punya hubungan dengan Qaseh.

"Uwuuu Encik Harraz nampak sesuai lah dengan Qaseh, kena tangkap gambar ni!" Ferhad bersuara saja mahu mengusik.

"Eh awak jangan macam-macam Ferhad, ni kalau pakwe Qaseh dengar lebam biji mata saya!" Ujar Harraz menggeleng kecil.

"Ishhh apa ni!" Rungut satu suara. Semua orang di situ memandang punca suara. Lia. Dia menjadi pusat perhatian di situ.

"Encik Harraz, kenapa birthday saya tak ada siapa pun sambut?! Budak ni beria pula kau orang sambut, siap buat surprise!" Rungut Lia tidak puas hati. Mana aci! Kenapa Qaseh yang dapat lebih darinya?

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now