Bab 43 🌷🖤

879 41 1
                                    

Setelah beberapa jam di kapal terbang akhirnya mereka tiba. Mereka sudah berada di hotel yang ada di Makkah. Dari tingkap sahaja sudah dapat lihat kaabah yang indah itu.

"Abang, marahkan Nuha ke?" Tanya Qaseh takut-takut. Tadi Qayish berdiam diri sahaja sampailah mereka tiba di bilik hotel, takut dia mahu menegur tapi dia tetap memberanikan diri.

"Tak lah. Mana ada abang marah. Abang cuma penat." Qayish senyum tipis. Qaseh menundukkan kepalanya, jari dimainkan.

Qayish labuhkan punggungnya di birai katil sebelah Qaseh. Tangan Qaseh diambil dan diletakkan di ribanya. Tangan mungil itu diusap.

"Isteri abang kenapa ni hm? Sedih je muka tu. Abang ada buat salah? Abang minta maaf kalau abang tak layan Nuha, abang betul-betul penat sayang." Ujar Qayish penuh lembut. Qaseh angkat kepala. Matanya bersatu dengan mata Qayish.

"Nuha yang patut minta maaf. Nuha dah cakap benda yang mengarut dalam flight tadi."

"Dah lah, jangan di bahas lagi perkara itu ya? Kita datang sini nak beribadat. Tak payah sedih-sedih." Qayish usap lembut pipi Qaseh. Qaseh senyum tipis. Qayish turut membalas senyuman itu sebelum menarik Qaseh dalam pelukan.

Ya Allah... Janganlah kau tarik nikmat ini Ya Allah. Kau berikanlah kami kebahagiaan hingga akhir nafas kami. Kau lembutkanlah hati umi ku supaya merestui hubungan halal kami. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa.















"Abang tak nak ke nasihat umi terima Qaseh tu?" Tanya Mawar memandang suaminya yang sedang mengurut kakinya. Lepas sahaja menidurkan anak perempuan mereka pasti Qalish akan mengurut kaki Mawar. Memang sudah jadi rutin Qalish setiap malam.

"Haih abang dah tak tahu nak cakap macam mana dah sayang. Hati umi tu keras sangat." Ujar Qalish, tangan tidak berhenti mengurut kaki isterinya. Mawar turut mengeluh.

"Kesian dia orang kan abang. Qayish tu, nampak sangat dia tunggu umi dekat airport tapi umi tak datang pun." Ujar Mawar turut bersimpati. Qalish turut setuju. Bukan Qalish tak nampak mata Qayish pandang sekeliling seperti menunggu seseorang. Pasti umi.

"Abanggg... Mawar teringin nak makan moist chocolate cake la abang." Mawar mengelipkan matanya beberapa kali. Dia mengerling jam dinding, baru pukul lapan.

Qalish memandang isterinya yang tiba-tiba mengindam kek. Nak tak nak dia iyakan sahaja kemahuan isterinya.

"Yalah abang keluar sekejap, Mawar jangan keluar dari bilik okay! Tunggu abang balik." Mawar mengangguk laju. Qalish cium dahi isterinya sebelum keluar dari bilik.

Mawar mengemam bibirnya. Tiba-tiba teringat pada Qaseh. Dia jatuh kasihan apabila Qaseh tidak di layan dengan baik oleh umi. Fikirnya umi adalah orang yang lemah lembut tak pandai menengking orang. Dia sangat terkejut pada malam dimana Qayish dan Qaseh dihalau oleh umi. Tak pernah-pernah dia melihat umi seperti itu.















Qayish tidak berhenti mengusap rambut isterinya yang sudah lena. Dia tidak dapat lelap. Mata Qayish merenung wajah isterinya yang sudah seperti bayi yang sedang nyenyak tidur.

Bagaimana nasib mereka nanti? Adakah umi akan berterusan membenci mereka berdua?

Qayish masih tidak dapat terima kenyataan. Dia.... Bukan lagi anak umi? Sedih betul hidupnya sekarang. Akibat masa lalu, dia telah dibuang umi bahkan umi sudah tidak anggap lagi dia ini anak kandung.

Umi bahkan mengatakan dia menyesal pertaruhkan nyawa melahirkannya.

Tidak sedar setitis air mata Qayish telah gugur. Semua perkara itu masih bermain dalam fikiran Qayish. Qayish tak tenang mengingat semua perkara itu. Susah untuk dia terima kenyataan bahawa dia bukan lagi anak umi.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now