Bab 23 🌷🖤

1.1K 56 3
                                    

Sudah dua hari Qayish menetap di rumahnya. Tertanya juga Qaseh, suaminya tidak bekerja ke?

Terasa diri diperhati, Qayish menoleh ke arah isterinya. Betul tekaannya, Qaseh sedang merenungnya.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Qayish. Qaseh tersengih. Perasan pula encik suami ni.

"Awak tak kerja ke? Dua hari awak duduk sini. Tak bosan?" Tanya Qaseh menjongketkan keningnya. Qayish hanya selamba.

"Tentang isteri saya ni mana ada istilah bosan. Kenapa? Awak tak suka saya duduk sini?"

"Bukan tak suka tapi awak kan ada rumah. Rumah awak dua kali ganda lebih selesa"

"Kalau saya balik rumah saya, awak ikut ya?" Pinta Qayish mengelipkan matanya beberapa kali. Qaseh mengeluh kecil.

"S-saya tak selesa lah dekat sana. Saya-"

"Tak apa. Saya tak paksa, kita duduk jelah di sini buat sementara. Pasal kerja, saya cuti tiga hari. Saya kan masih tak baik lagi. Luka ni urghh kalau saya dapat tahu siapa yang buat siaplah dia!" Muka Qayish bertukar serius. Dah seminggu dia siasat tapi masih tak dapat tahu siapa punca disebalik luka ini.

"Lelaki yang tegur awak dekat kedai makan tu. Siapa nama dia?"

"Farhan. Kenapa?"

"Saya tak sedap hatilah dengan dia tu. Muka dia tu tak boleh dipercayai. Awak jauhkanlah diri dari dia"

"Tapi saya tengok dia okay je"

"Bagi awak okay, bagi saya tak! Pasal bunga tu pula. Siapa yang bagi awak? Cakap betul-betul dekat saya" Tanya Qayish serius. Dia mahu tahu kebenaran, dia takut Qaseh berada dalam bahaya.

"Saya tak tahu. Dia tak beritahu nama dia. Dia hanya bagi bunga setiap hari bersama nota-nota cinta"

"Setiap hari?" Tanya Qayish tidak percaya. Qaseh mengangguk memastikan.

"Cuma akhir-akhir ni tak adalah. Last dia bagi lepas awak kena pukul tu" Ujar Qaseh lagi. Qayish hanya mengangguk mengerti.

Ting!

Qaseh dan Qayish serentak memandang telefon Qaseh yang berbunyi memecahkan keheningan.

Qaseh mencapai telefonnya. Whatsapp itu dibaca.

Mr.I
- Wait for me Qaseh

Telefon Qaseh bertukar tangan. Qayish membaca Whatsapp itu dengan teliti.

"Siapa ni?" Tanya Qayish dengan suara masih lembut berlawanan dengan hatinya yang sudah terbakar. Lelaki mana pula yang Whatsapp isterinya tengah-tengah malam ni?

"Em dia pernah tolong saya bayarkan mainan Ayyish, anak saudara saya."

"Awak pernah jumpa dia?" Tanya Qayish ingin tahu. Qaseh hanya menggeleng kecil.

Qayish terus membaca semua perbualan Qaseh dengan lelaki itu dari awal hingga habis. Rupanya selama ini Qaseh juga diganggu seseorang. Ingatkan dia je selalu kacau Qaseh.

"Hish bahayalah. Jangan layan dia lagilah kalau dia ada Whatsapp awak" Ujar Qayish. Bukan kerana cemburu tapi ini semua untuk keselamatan Qaseh.

Qaseh hanya mengangguk kecil tidak berani mahu melawan. Lagipun Qayish lebih tahu apa yang terbaik, dia sebagai isteri perlu menurutinya.





Qaseh meletakkan mee goreng yang telah siap dimasak di atas meja. Dia mengatur langkah ke biliknya ingin melihat Qayish.

Kosong. Aik? Mana Qayish pergi.

Bunyi pintu bilik air yang terbuka menyapa di telinga Qaseh. Qaseh menoleh ke pintu bilik air. Qaseh sedaya upaya menahan tawa, terhibur dia melihat Qayish yang menggigil kesejukan. Terketar badan suaminya itu.

Bidadari Qayish Ilyaz Donde viven las historias. Descúbrelo ahora