Bab 58 🌷🖤

1.1K 55 6
                                    

Sudah tiba masanya... Qaseh merasa agak sakit dibawahnya. Dia rasa itu petanda kontraksi bersalin. Qaseh tepuk bahu suaminya yang sedang tidur.

"Abang..."

"Hmm.."

"Abang, sakit!" Lirih Qaseh perlahan. Perutnya merasa keras dan berat dibahagian ari-ari. Qaseh mula tak selesa.

Qayish terus membuka kelopak matanya. Dia memandang isterinya dan bangun dari baring. Wajahnya panik! Isterinya mahu melahirkan?

"A-abang"

"A-aaa! A-abang bawa Nuha pergi hospital ya? Abang pakai baju sekejap!" Qayish panik dia melompat dari katil masuk ke dalam bilik persalinan. Qaseh menyelak comforter tebal dan jatuhkan kaki ke lantai.

Wanita itu menahan sakit. Sungguh rasa tidak selesa sekarang ini dengan rasa kejangnya.











Tepat pukul tiga pagi, Qaseh berada  di dalam bilik wad. Pembukaan baru empat sentimeter. Qaseh perlu menunggu sehingga pembukaan capai lapan hingga sepuluh sentimeter.

"Sakit ke sayang? Marilah berdiri kita buat senaman ringkas. Boleh mudahkan Nuha untuk bersalin nanti." Ujar Qayish yang dari tadi setia menemani isterinya di dalam bilik. Panik dia tadi apabila isterinya mengadu sakit.

Qaseh patuh sahaja dia bangun dari katil. Qayish pegang lembut kedua-dua tangan Qaseh untuk wanita itu berdiri.

Mereka melakukan senaman ringkas dalam beberapa minit. Qayish pula memang langsung tidak berasa ingin melepaskan tangan isterinya. Kalaulah boleh beri kekuatan dan tenaga melalui sentuhan sudah lama Qayish lakukannya.

"Nuha ada nak makan apa-apa tak? Abang boleh belikan." Tanya Qayish walaupun berat hatinya mahu meninggalkan Qaseh tetapi dia lebih takut kalau Qaseh tiada makanan yang ingin dimakan. Makanan yang pihak hospital beri pun tidak disentuh Qaseh.

"Nuha nak fish n chip." Pinta Qaseh lembut. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Sumpah dia teringin mahu merasa fish n chip sekarang ini. Nanti sudah bersalin tidak dapat dia mahu rasa makanan itu. Baik dia makan sekarang!

"Okay Nuha. Abang try cari ya." Qayish mencium lembut dahi Qaseh sebelum berlalu keluar. Tahu mustahil untuk mencari makanan itu di waktu ini tetapi Qayish akan berusaha.

Qaseh senyum memandang pemergian suaminya. Dia usap perutnya.

"Baby, baik kan papa? Sayang betul dia pada kita. Ni baby nak lahir ni jangan menyusahkan papa ya..." Ujar Qaseh lembut. Dia berjalan di ruangan itu mahu menghilangkan rasa tidak selesa. Kalau duduk diam sahaja makin tidak selesa ari-ari nya.











Qayish senyum melihat Qaseh yang lahap memakan makanannya yang telah dibelinya. Nasib baiklah ada satu restoran buka, dapatlah dia beli makanan yang dipinta Qaseh.

Qayish tenung lama wajah isterinya. Entah dia rasa sesuatu. Dia jadi mahu memandang saja wajah cantik itu.

"Abang?"

Qayish tersentak sebelum senyum tipis. Qayish selitkan rambut Qaseh ke belakang telinga.

"Ya tulip?"

"Kenapa pandang Nuha macam tu? Abang nak?" Qaseh tayang sepotong fish n chip. Manalah tahu Qayish terliur tengok dia lahap fish n chip ni...

"Tak lah. Nuha makanlah. Abang nak tengok muka Nuha. Comel. Abang nak nanti muka baby kita ikut Nuha. Biar comel macam Nuha. Bolehlah abang ingat Nuha je bila tengok muka baby. Tak ingat perempuan lain dah" Seloroh Qayish. Qaseh gelak kecil. Hilang sebentar rasa sakitnya.

"Eh! Abang nak ke tandas sekejap lah. Nuha makan ya." Qayish melangkah ke bilik air. Qaseh yang melihat suaminya sudah menghilang memanggil jururawat dengan menekan butang di kepala katil.

Tak sampai berapa minit seorang jururawat muncul. Dia mendekati Qaseh.

"Ya puan?"

"Ada kertas dan pen?"

"Ada. Sekejap ya." Jururawat itu berlalu keluar dan masuk kembali dengan pen dan kertas ditangan.

"Ini puan." Pen dan kertas dihulur. Qaseh senyum dan menyambut huluran itu. Muncung pen mula dilarikan di kertas.

Qaseh menahan air mata sambil menulis di kertas itu. Dia tahu. Dia tahu pengakhirannya. Jadi dia mahu meninggalkan sesuatu untuk Qayish. Mungkin dengan surat ini Qayish tidak akan sedih.

Selesai menulis, Qaseh melipat surat itu dan diberikan pada jururawat yang setia berdiri dari tadi.

"Tolong beri pada suami saya selepas saya bersalin."

"Kenapa puan tak nak beri sendiri pada dia?" Tanya jururawat itu pelik. Qaseh senyum sahaja.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now