Bab 18 🌷🖤

1.1K 42 1
                                    

Terkaku Qaseh melihat sebuah kereta yang amat dikenalinya. Qaseh berlagak tenang. Dengan langkah besar ingin masuk ke dalam rumah.

"Hai awak" Tegur Qayish. Memang niatnya sebenarnya setelah makan dengan Raina dia terus pergi ke rumah Qaseh. Nampaknya Qaseh baru pulang.

Qaseh buat tidak endah sahaja sapaan Qayish. Dia buat Qayish tidak wujud di situ, tangannya ralit membuka pagar rumah.

"Tulip, kenapa ni?"

Tangan Qaseh berhenti dari membuka kunci pagar, dia berdiri menghadap Qayish dengan pandangan yang dingin.

"Saya akan failkan penceraian kita. Tak kesahlah awak setuju atau tidak saya tetap nak awak ceraikan saya. Saya akan minta fasakh" Ujar Qaseh membuatkan hati Qayish yang biasa-biasa sahaja tadi menjadi marah.

"Saya dah cakap banyak kali kan saya tak akan ceraikan awak. Susah sangat ke awak nak faham?"

"Awak yang tak faham saya! Saya penatlah nak hadap perangai awak ni! Macam orang bodoh tahu tak?" Qaseh membuka pagar besi itu sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya. Qayish tidak duduk diam dia turut masuk ke dalam rumah itu.

"Qaseh arnuha!"

"Apa lagi Qayish ilyaz?!" Qaseh memandang tajam Qayish sebelum masuk ke dalam biliknya. Beg tangan dicampak ke atas katil. Qayish mengikut langkah Qaseh.

"Kenapa awak tiba-tiba minta cerai? Mesti ada sebab kan."

"Sebab saya dah tak tahan dengan perangai awak! Awak cakap awak dah berubah tapi kenyataannya tidak! Buktinya hari itu awak datang rumah saya dalam keadaan mabuk. Dan hari ini depan mata saya, saya nampak awak keluar makan dengan perempuan lain. Awak rasa ada sebab lagi ke untuk kita kekalkan perkahwinan ini?! Useless!"

"Perempuan lain?" Raina! Huh, bagaimana Qaseh boleh melihatnya dengan Raina.

"Jangan nak buat-buat bodohlah. Saya penat tahu tak, saya bukan patung, tak ada hati, tak ada perasaan! Bila awak nak awak datang, bila awak tak nak awak blah macam tu je! Oh patutlah seminggu ni awak diam je tiada khabar berita, rupanya dah ada girlfriend baru, baguslah. Harap dia dapat jadi pemuas nafsu awak lepas ni. Tak ada lah nak datang dekat saya lagi kan?"

"Qaseh arnuha! Kenapa awak makin biadab ni ha?! Awak sedar tak awak tengah cakap dengan siapa sekarang ni?" Hilang sabar Qayish mendengar ayat yang dilempar Qaseh.

"Yes! Saya sedar sangat saya tengah bercakap dengan siapa sekarang ni. Dan kalau awak rasa saya ni dah melampaui batas, tengking-tengking dan tak hormatkan awak. Lepaskanlah saya! Lepaskan! Ceraikan saya Qayish ilyaz! Ceraikan-" Tidak sempat Qaseh ingin menghabiskan ayatnya bibirnya terlebih dahulu ditindih kasar bibir Qayish.

Membulat mata Qaseh, tidak sangka dia sememangnya murah dimata Qayish.

Qaseh cuba menolak Qayish tetapi tenaga jejaka itu lebih kuat. Lama mereka begitu sehinggalah Qaseh sudah hilang kawalan. Tubuh tegap Qayish ditolak sekuat hati.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Qayish. Qayish terkedu, baru tersedar dengan tindakannya. Mata Qayish memandang Qaseh yang sudah mengeluarkan air mata. Dia tidak sengaja!

"Aku benci kau!"

"Sayang, abang-"

"Berhambus dari sini! Keluar, aku benci tengok muka kau!" Sekali lagi menggunakan sepenuh tenaganya menolak tubuh Qayish keluar dari bilik. Qayish hanya biarkan dirinya ditolak hinggalah pintu itu dihempas kuat. Qayish berdiri kaku di hadapan pintu itu.

"Sayang, abang minta maaf" Lirih suara Qayish, dia mendekatkan jaraknya dengan pintu yang sudah tertutup itu.

"Pergi! Tolonglah pergi.." Qaseh menghamburkan tangisannya. Dia menyandarkan tubuhnya pada pintu. Perlahan-lahan tubuh itu melorot jatuh. Qaseh memeluk lututnya.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now