Bab 30 🌷🖤

1.1K 57 2
                                    

Qaseh menggenggam erat tangan Qayish. Entah tiba-tiba Qayish membuat keputusan untuk membawa dia berjumpa dengan keluarga Qayish. Dia gementar! Banyak yang bermain di dalam fikirannya.

"Awak, k-kita balik rumahlah ya? Saya takutlah! Macam mana kalau keluarga awak tak terima saya? Yalah, saya ni bukan sesiapa, cuma anak yatim. Mummy dan daddy dah tak ada." Ujar Qaseh perlahan. Qayish mengusap bahu Qaseh.

"Don't worry my tulip, you have me. I've told you right? I'll be your knight shining armor. Come sunshine" Qayish menarik lembut tangan Qaseh masuk ke dalam halaman rumahnya.

Tok tok tok!

Pintu diketuk, jantung Qaseh sudah berdebar hebat. Dia gugup! Nasib baik ada Qayish menenangkannya.

Tak lama kemudian pintu itu terkuak dari dalam. Muncul wanita yang cantik. Qaseh seperti kenal melihat wajah ini.

"Qay, masuklah. Err girlfriend ya?" Tanya Mawar memandang Qaseh sekilas. Eh! Macam pernah nampak! Tapi dimana ya?

"Umi dan abi ada?"

"Ada, marilah masuk." Pintu itu dibuka luas, menjemput dua orang itu masuk. Qayish senyum tipis sebelum menarik tangan Qaseh masuk ke dalam rumah gah itu.

Mawar memandang pelik melihat tangan Qayish dan gadis itu bersatu. Tidak mahu fikir bukan-bukan dia terus menutup pintu dan menuju ke bilik memanggil suaminya.

Qayish dan Qaseh terus melangkah ke sofa dan duduk di situ. Qayish memandang ke arah dapur. Mana umi?

"Tadi tu siapa?"

"Isteri kembar saya. Mawar adriana. Panggil dia kak long, dia lebih tua dari awak."

"Awak panggil dia kak long? Dia pun lebih tua dari awak ke?"

"Eh tak lah! Saya lebih tua, tapi hormat kan... Dia isteri along, panggil je lah dia kak long. It's kinda awkward actually but dah terbiasa" Qayish senyum pendek. Qaseh mengangguk faham.

"Siapa ni Qay?" Suara lunak itu menyentakkan mereka berdua. Qayish dan Qaseh menoleh pada wanita yang baru muncul.

"Umi." Qayish terus bangun menyalam tangan uminya. Qaseh turut sama. Elvira memandang pelik gadis itu. She's look familiar...

"Who?" Tanya Elvira semula apabila soalannya tidak dijawab. Qayish dan Qaseh memandang satu sama lain.

"Abi mana?"

"Ada di atas, nanti dia turunlah tu dengan along sekali." Matanya menjeling Qaseh yang asyik menunduk.

"Adik?"

"Belum balik, nanti dia baliklah tu. I ask you for second time, who is she? Your girlfriend?" Elvira labuhkan punggung di sofa hadapan Qayish dan Qaseh.

"Sabarlah umi, kita tunggu abi dan along dulu. Baru Qay jawab semua soalan umi. Tak akan tinggal satu pun" Qayish sengih sebelum telan air liur melihat renungan umi.

Tak lama kemudian muncullah dua orang lelaki dan seorang perempuan.

Qaseh memandang lelaki yang mempunyai rupa paras yang sama dengan Qayish. Semuanya sama! Hanya yang membezakannya, Qayish rambut perang manakala lelaki itu rambut hitam. Dan ya! Lelaki itu mempunyai tahi lalat dibawah bibirnya. Uishhh sama macam Jungkook!

Hish! Bila tengok air muka kembar Qayish itu buat dia teringat Qayish yang dulu. Qayish yang bermuka beku dengannya.

Qash terus melabuhkan punggungnya di sebelah Elvira. Qayish dan Qaseh dipandang bersilih ganti. Akhirnya.. Qayish bawa juga wanita ini berjumpa dengannya.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now