Bab 44 🌷🖤

879 38 1
                                    

Buat hari pertama, mereka mahu terus menunaikan umrah, tidak mahu lambat-lambatkan. Mereka berdua sempurna berpakain berwarna putih selepas sahaja mandi sunat dan mengambil wudhuk.

Waktu sepuluh pagi, mereka terlebih dahulu menawaf kaabah selama tujuh pusingan. Sebelum memulakan itu, Qayish terlebih dahulu mengikat tangan mereka dengan tali agar tidak terlepas. Disebabkan kawasan kaabah ini digerumuni ramai orang, Qayish risau kalau isterinya ditolak orang ramai tanpa sengaja.

Selesai sahaja tawaf, mereka berdua melakukan saie. Bermula dari bukit Safa dan tamat di bukit Marwah, sempurna bilangan tujuh kali dari kaki bukit ke kaki bukit.

Syukur sepanjang mereka menunaikan umrah, Qaseh tidak apa-apa kerana kondisinya yang sedang mengandung. Qayish terasa tenang apabila sudah selesai menunaikan umrah bersama isterinya yang tercinta. Hilang sudah rasa murung.







"Abang, kita makan nasi briyani nak? Nuha teringin lah, bau nasi briyani dah masuk dalam hidung Nuha ni." Qaseh telan air liur membayangkan bagaimana nasi briyani bersama kari kambing masuk ke dalam mulutnya. Sedapnya!

Qayish menggeleng kecil. Sudah seperti kanak-kanak, isteri dia yang seorang ni. Tangan Qayish naik mengusap kepala isterinya.

"Yalah sayang, lepas ni kita makan nasi briyani. Kita rehatlah dulu. Kesian abang dekat Nuha. Nuha tak penat tawaf tadi?"

"Penat. Tapi seronok! Sebab ada suami Nuha seorang ni... Alhamdullilah, kita dapat tunai umrah sama-sama. Terima kasih ya abang lindungi Nuha tadi. Nuha sayang abang." Qaseh melentok manja kepalanya di bahu lebar Qayish. Qayish senyum tipis.

"Alhamdullilah. Tugas abang memang kena melindungi isteri abang ni. Tak kiralah dimana kita berada sekali pun. I told you, I'm your knight shining armor." Ujar Qayish lembut. Qaseh sembunyi senyum. Suka betul dengan sikap Qayish sekarang. Berbeza seratus peratus dengan Qayish dahulu.

"Agak-agak apa jadi ya kalau kita tak pernah berjumpa berapa bulan yang lepas dulu? Abang akan cari Nuha ke?" Tanya Qaseh tiba-tiba.

"Semuanya sudah diatur rapi oleh Allah SWT. Sampai masa mesti Allah akan gerakkan hati abang untuk cari Nuha. Dan sekarang, inilah takdir Allah. Nuha dah bersama dengan abang. Kita teruskan berdoa padaNya agar tidak memisahkan kita lagi. Biarlah maut sahaja yang memisahkan kita, ya Qaseh arnuha?" Qaseh menjauhkan sedikit jarak dengan Qayish. Mereka tak lepas memandang satu sama lain. Renungan mata yang mendalam. Sulit diertikan.

Qaseh senyum tipis sebelum lambat-lambat menjatuhkan kepalanya. Ya. Biarlah maut sahaja memisahkan mereka. Ya Allah, kau kekalkanlah kebahagiaan ini.








Qayish senyum tipis sebelum mengelap sisa makanan di tepi bibir Qaseh menggunakan ibu jarinya.

"Makan jangan comot sayang..." Ujar Qayish lembut. Qaseh tersengih malu. Bukan apa, nasi briyani ni sedap sangat. Kalah nasi briyani dekat Malaysia tu.

"Abang makanlah, jangan asyik tengok Nuha makan je." Ujar Qaseh pula. Dia mengerling makanan suaminya. Nampak seperti tidak disentuh langsung. Yelah, mana tak nya, Qayish asyik tenung dia makan je.

"Tak apalah Nuha makanlah. Abang tengok isteri abang makan pun dah kenyang." Qayish senyum sebelum kenyit mata. Nasi briyani yang penuh dalam mulut itu lambat-lambat Qaseh kunyah. Malu dia mendengar ujaran suaminya.

Qayish gelak kecil melihat pipi isterinya yang kembung dipenuhi nasi briyani sudah memerah. Sayang, sayangg...

"Blushing ke sayang?" Usik Qayish bersama senyuman nakal.

"M-mana ada." Dengan mulut yang penuh dengan makanan Qaseh bercakap. Qayish gelak lagi.

"Hah?" Usik Qayish lagi. Walaupun tak berapa jelas tapi dia masih dengar apa yang dicakap isterinya saja buat-buat tak dengar.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now