Bab 22 🌷🖤

1.1K 52 1
                                    

Qaseh menoleh sampingnya. Sosok Qayish yang kacak dengan kemeja hitam dan seluar slack hitam. Luka seminggu lalu masih kekal diwajahnya tetapi langsung tidak dapat mencacatkan wajah tampan Qayish.

Qayish langsung tidak memandangnya melainkan hanya merenung tasik dihadapan dengan wajah tenang. Dia membongkokkan tubuhnya, lengan menongkat pada tembok besi tepi tasik.

Air mata Qaseh mula menitis. Kenapa Qayish nampak tenang sedangkan dia di sini separuh mati merindukan Qayish. Tak adil!

"Kenapa nangis?"

Qaseh tersentak, tangannya mengelap kasar air matanya yang sudah berjela keluar.

"M-mana ada, mata masuk habuklah!" Ujar Qaseh kasar. Qayish menahan senyum.

"Dahlah saya nak balik, tak nak tengok muka awak!" Cehh! Mulut kata lain hati kata lain!

Qaseh berura-ura ingin pergi, hatinya  berharap Qayish akan menahannya dari pulang.

"Okay okay sayang sorry! Janganlah balik dulu" Qayish memegang erat tangan Qaseh enggan membenarkan Qaseh pulang. Dia menarik Qaseh semula, mendekatkan jarak mereka.

Qaseh memuncungkan sedikit bibirnya, protes.

Kedua-dua belah tangan Qayish memegang bahu Qaseh. Wajah masam Qaseh ditatap sayang.

"Kenapa awak nangis hmm? Cakap dekat saya siapa buat, biar saya tumbuk dia" Ujar Qayish lembut. Qaseh menjulingkan matanya ke atas. Ditanya lagi!

"Ishh sebab awaklah! Awak pergi mana?! Seminggu saya tunggu awak tapi tak ada pun! S-saya..." Suara Qaseh bertukar perlahan. Qayish tersenyum menunggu sambungan.

"S-saya..."

"Saya?"

"Saya rindu" Ujar Qaseh dengan nada perlahan. Qayish terkekeh kecil melihat Qaseh yang bermain dengan jarinya.

"Saya pun rindu isteri saya ni" Tubuh Qaseh dirapatkan sebelum tubuh kecil itu dipeluk. Rambut Qaseh diusap lembut.

"Saya minta maaf. Saya ada kerja dekat Turki sebab tu saya tak ada minggu lepas. Hari ini baru balik"

Turki?

"Kalau itu yang awak nak. Baik, tapi bukan sekarang. Bila saya selesaikan kerja saya di Turki, sampai sahaja di Malaysia, saya akan ceraikan awak. Jangan risau. Kalau bukan penceraian yang memisahkan kita, mungkin maut"

Qaseh terus melepaskan pelukan mereka. Qayish terkebil-kebil sendiri. Dia ada salah cakap ke?

"A-awak datang sini mesti nak ceraikan saya kan?" Soalan yang keluar dari mulut Qaseh mampu buat Qayish terkedu.

"T-tak. Saya datang sini sebab rindukan awak. S-saya tak mampu ceraikan awak. Tolong awak bagi saya satu peluang. Saya-"

Pap! Sekali lagi Qayish terkedu apabila tubuhnya dipeluk Qaseh.

"Saya pun tak nak kita bercerai" Qayish tersenyum nipis mendengar ayat itu. Dia berjaya takluki hati Qaseh semula. Ya! Dia dah berjaya! Alhamdullilah, syukur pada Allah.

Lama mereka berpelukan di situ. Hinggalah Qayish melepaskan pelukan itu.

"Mana bunga tulip yang saya bagi tadi?" Tanya Qayish. Qaseh mengerutkan dahi. Bunga? Jadi betullah itu Qayish!

"Maskot beruang tadi tu awak?" Qayish menelan air liur. Kantoi! Dia tersengih mengusap belakang lehernya sebelum mengangguk kecil.

"Auchh! Sakitlah sayang!" Qayish mengusap lengannya yang baru menjadi tempat cubitan ketam Qaseh. Muncung bibirnya.

"Kenapa awak pergi cium saya depan orang tadi?!"

"Bila? Sayang, tadi tu dipanggil indirect kiss! Bukan cium betul-betul pun. Kan saya pernah cakap dulu" Qayish menjongketkan bahunya tiada rasa serba salah.

"Tapi kalau awak nak direct kiss dekat sini boleh je. Saya on!"

"Ish gatal! Pervert!"









Kelopak mata Qayish terbuka. Benda pertama yang dilihatnya ialah isterinya yang masih sedang lena dibuai mimpi. Qayish menyelak rambut yang menutupi wajah si isteri. Bibirnya dilabuhkan pada dahi Qaseh.

Tidak cukup dengan itu pipi Qaseh tidak berhenti diusap. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya dia sekarang. Qayish tidak sabar ingin bawa Qaseh jumpa ahli keluarganya. Dia berharap agar keluarganya dapat menerima Qaseh. Umi. Mungkin susah untuk wanita itu terima tapi dia akan berusaha sehingga hubungannya direstui kedua orang tuanya.

"Terima kasih sayang bagi abang peluang tebus semua salah abang. Abang janji akan setia dengan Nuha hingga akhir hayat abang. Qaseh arnuha isteri abang selamanya." Dahi Qaseh dikucup sebelum dia bangun dari baringnya.

Qayish keluar dari bilik itu dengan hati-hati tanpa suara.







Qalish merasa tidak sedap hati. Kenapa umi mesra sangat dengan Raina ni? Ada apa-apa ke?

"Abang okay tak ni?" Tanya Mawar lembut. Bukan dia tidak perasaan suaminya dari tadi memerhati umi dan Raina yang rapat semacam.

Qalish hanya mengangguk kecil dan tersenyum nipis.

"Bila Raina balik Malaysia abang?"

"Emm dah dua tiga minggu rasanya. Kenapa?" Tanya Qalish semula dan mengusap lembut pipi Mawar.

"Saja tanya. Dia dan umi nampak macam rapat je. Ada apa-apa ke?" Tanya Mawar kembali.

"Entah. Tulah abang pun rasa something fishy" Ujar Qalish memerhati uminya dan Raina yang sibuk berbual sambil memasak.

"Hmm dahlah Mawar nak tolong umi masak. Nanti dia cakap apa pula" Ujar Mawar lembut, dia melangkah ke dapur dan membantu Elvira dan Raina.


Qaseh menggeliat kecil sebelum memandang seluruh ruangan biliknya. Mana Qayish? Qaseh bangun dari baringnya dan bersandar pada kepala katil.

"Awak"

Hening.

"Ilyaz?" Qaseh menyelak selimut yang ada pada tubuhnya sebelum turun dari katil.

Qaseh rasa tidak sedap hati. Qayish tinggalkannya lagikah? Lepas apa yang jadi semalam. Qaseh mengeluh kecil. Mata mula merasa panas.

Betullah selama ini tanggapannya. Qayish hanya jadikannya sebagai pemuas nafsu. Dia kecewa.

"Sayang?" Qaseh menoleh ke pintu terlihat Qayish yang memakai apron, di tangan pula terdapat satu senduk. Qayish meluru ke arah Qaseh.

"Eh kenapa isteri saya nangis ni hm?" Tanya Qayish lembut. Kedua belah tangannya memegang lengan Qaseh.

"S-saya ingat awak tinggalkan saya"

"Eh mana ada sayang! Saya tengah berperang dekat dapur tadi. Saya macam dengar awak panggil saya, tu yang saya masuk bilik ni. Awak nak apa-apa ke?" Dengan penuh lembut Qayish berkata. Qaseh merapatkan bibir menahan tawa.

"Ni kenapa ketawa pula ni?" Tanya Qayish hairan.

"Comel awak pakai apron. Tu siap bawa senduk sekali ke sini" Qaseh menjeling sekilas senduk yang berada di lengan kirinya. Qayish hanya tersengih malu.

"Dah dah jom kita ke dapur, awak kena rasa masakan saya. Confirm sedap!" Ujar Qayish yakin. Qaseh menjongketkan sebelah keningnya.

"Hmm ye ke sedap? Entah-entah tawar macam bubur hari tu" Perli Qaseh.

"Eh eh suka hati je eh!" Qayish terus menggeletek pinggang Qaseh hingga keluar tawa wanita itu.










Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now