Bab 56 🌷🖤

977 44 2
                                    

Qaseh mendekati mak mertuanya yang sedang membancuh air teh.

"Umi ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya Qaseh lembut. Elvira berdecit dan menjeling tajam wajah manis Qaseh.

"Jangan nak ber-umi umi dengan akulah! Kau tak layak nak panggil aku macam tu!" Bisik Elvira keras. Dia takut suaranya terdengar oleh Qayish.

"P-puan. A-ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Aku nak kau berhambus dari sini! Jangan buat semak dekat dapur aku. Aku nak memasak pun susah. Sakit mata tahu tak tengok kau dekat sini?" Dia jeling tajam Qaseh sebelum menumpukan perhatian pada sarapan yang ingin dibuatnya.

Qaseh mengeluh kecil sebelum berlalu pergi dari situ. Kalau orang tak sudi, dia perlu buat apa lagi kan?

Baru saja keluar dari dapur dia rasa terundur semula apabila kepala terhantuk benda yang agak keras. Qaseh meringis sakit sebelum angkat kepala. Terlihat suaminya yang kebetulan ingin masuk ke dapur.

"Tulip sorry! Abang tak sengaja!" Qaseh geleng kecil sambil tersenyum.

"Tak ada apa-apa lah." Qayish menghela nafas lega sebelum menjenguk di dalam dapur.

"Buat apa dekat dapur? Nak tolong umi?" Tanya Qayish ingin tahu. Qaseh sengih sebelum angguk sahaja.

"Then I guess umi don't want you to help her right?" Tanya Qayish lagi serius! Dia memeluk tubuh. Haish! Degil betul isterinya ini.

Qaseh angguk kecil sebelum main jarinya di hadapan Qayish seperti anak kecil.

"Abanggg...." Suara Qaseh bertukar manja. Dia ambil tangan Qayish dan digenggam lembut.

"Nuha tiba-tiba teringin nak makan asam pedas ikan. Abang masak boleh?" Qaseh kelip mata beberapa kali. Wajah comel ditayangkan. Semalam dia melihat ada ikan di dalam peti beku, kalau masak asam pedas sedap juga!

"Hmmm iyalah.. Untuk tulip abang yang seorang ni apa pun boleh. Tapi nanti lah ya? Kita sarapan benda lain dulu." Ujar Qayish lembut. Kepala Qaseh diusap lembut. Qaseh angguk laju.

"Dah jom! Kita ke taman bunga dekat belakang."

"Buat apa?"

"Dating!" Qayish sengih nakal dan mengenyit sebelah matanya. Qaseh buat muka sebelum tangannya ditarik Qayish. Mereka pergi ke belakang rumah.

Tanpa mereka sedar perbualan mereka tadi didengari Elvira. Elvira yang melihat mereka berdua telah hilang dari hadapan dapur bergerak ke peti beku. Ikan yang berada di dalam itu dipandang lama.







Waktu sarapan, semua ahli keluarga telah berada di meja makan kecuali seorang... Qalish! Mana jejaka itu?

"Kak long, mana along?" Tanya Qaylisha apabila tidak dapat melihat kelibat abangnya. Dari tadi menghilang. Pergi mana? Takkan belum bangun?

"Ada dalam bilik. Liat sangat nak bangun." Ujar Mawar selamba. Tadi semasa masuk ke dalam bilik untuk menyusukan Qarl adly, Mawar melihat suaminya masih dibuai mimpi. Hmm mungkin terlalu penat kerana banyak kerja di pejabat.

Tak sampai beberapa saat muncul seorang jejaka menuruni tangga mendekati meja makan dengan rambut serabai. Ha panjang umur!

Mawar tepuk dahi melihat suaminya yang selekeh itu. Abang! Jangan malukan Mawar!

Bunyi menguap dari mulut lelaki itu menyapa di telinga mereka semua. Tampaknya Qalish masih tidak sedar dengan ahli keluarganya yang memerhatinya.

"Sayang! Abang lapar!" Ujar Qalish dengan mata separuh terbuka. Masih lagi mamai.

Bidadari Qayish Ilyaz Donde viven las historias. Descúbrelo ahora