Bab 40 🌷🖤

1K 45 3
                                    

Qaseh berjalan ke dapur mahu minum air. Kering tekaknya, tidak minum dari pagi. Peti ais dibuka, air susu diambil dan dibawa ke island kitchen. Dia labuhkan punggung di kerusi, sebelum air susu diminum.

I'm Nadine. Qay's .... Friend.

Qaseh tiba-tiba teringat tentang Nadine. Betul ke kawan? Kenapa Qayish tak pernah cerita pun? Dan ya, lepas sahaja bertemu Nadine, Qayish mula berubah. Sudah tak banyak cakap. Dia ada buat salah kah?

Huh! Qaseh cuba fikir benda positif sikit!

Qaseh mengusap perutnya. Bibir tersenyum nipis.

"Assalamualaikum, anak mama. Anak mama sihat tak dalam ni?" Tanya Qaseh lembut, tangan tidak berhenti mengusap perutnya. Fikirannya teringat pada waktu dia kandungkan Muhammad. Boleh dikatakan hari-hari dia bercakap dengan Muhammad untuk hilangkan bosan. Kalau dulu dia kandungkan Muhammad selama enam bulan, perutnya tidak terlalu nampak tapi bila mengandung buat kali kedua ini cepat pula nampak baby bump.

"Anak mama jangan naughty naughty ya dalam ni. Macam Abang Muhammad dulu." Senyum yang tadinya manis bertukar perit. Luka masih berbekas di hatinya. Betapa teriksanya Qaseh dahulu dengan pemergian anaknya yang tak sempat dilahirkan. Langsung tiada suami di sisi menemannya saat itu.

"Muhammad.... Mama rindu Muhammad. Muhammad tunggu mama di syurga ya? Walaupun sudah dua tahun berlalu tapi Muhammad tetap berada di hati mama. Mama tak akan lupakan Muhammad, anak mama..." Tangisan Qaseh makin menjadi-jadi.

Kalaulah Muhammad dapat diselamatkan waktu itu, pasti dia lebih bahagia sekarang kan? Dia, Muhammad, Qayish dan bayi yang berada di dalam rahimnya ini. Mereka dapat bina keluarga kecil yang bahagia. 

Namun.... Semuanya hanya angan-angan sahaja. Tengoklah apa yang jadi sekarang? Umi Qayish tidak dapat terima dia dan anaknya.






Qayish diam memandang kosong skrin komputer. Suara ketukan pintu menyentakkan Qayish.

"Masuk!" Tak lama kemudian pintu bilik pejabatnya terbuka dari luar. Qayish memandang sosok tubuh yang masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Hai Qay!" Raina senyum manis sambil melambaikan tangannya. Gadis itu melabuhkan punggungnya di hadapan Qayish.

"Nak apa?"

"Nothing, saja datang sini melawat you. I tahu mesti sekarang ni you tengah sedih kan? Aunty El buang you." Raina membuat wajah sayu. Tangannya ingin menyentuh tangan Qayish tetapi cepat jejaka itu mengelak. Raina senyum kelat.

"Tak payah nak tunjuk kesian. Baliklah, jangan ganggu I." Ujar Qayish dingin. Penat sudah dia perangai Raina ini. Fikirnya Raina akan berubah tapi dia silap. Silap dia terlalu percayakan gadis ini.

"You ni.... Kecil hati I, you halau I keluar. Apa lah!" Raina muncungkan bibirnya. Sampai hati Qayish menghalaunya keluar?

"Raina please... You nak apa sebenarnya ni? Tak cukup ke you cerita benda buruk pasal I pada umi I sampaikan dia benci I! Mak kandung I sendiri halau I dari rumah, tak nak tengok muka I !! And that's all because of you! Apa lagi yang tak cukup sekarang?! You nak apa? Tell me! I akan bagi, asalkan you jauh dari keluarga I!" Suara yang perlahan makin meninggi. Hilang sudah kesabaran Qayish. Wajah Raina dipandang tajam.

"I nak you! I tak nak orang lain memiliki you! Termasuk umi you! I nak semua orang benci you supaya you boleh jadi milik I seorang sahaja!" Suara Raina tak kalah kuat. Qayish mengetap kuat rahangnya.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now