Bab 7 🌷🖤

1.4K 55 1
                                    

Qaseh menongkat dagunya. Sebelah tangan sibuk bermain sebatang pen. Dia teringat tentang Qayish. Bagaimana keadaan jejaka itu? Dah keluar dari hospital ke belum. Sudah seminggu Qayish hilang tanpa khabar berita.

Bamm!

Terhinjut bahu Qaseh apabila beberapa fail dihempas ke atas mejanya. Qaseh memandang gerangan itu.

Lia. Huh dengan muka ketat dia.

"Kenapa ni?"

"Aku nak kau semak fail-fail tu lepas tu bagi aku. ASAP!"Ujar Lia garang. Dia memandang Qaseh tajam bagai mahu ditelan.

Lia ni haih tak tahu nak cakap apa. Dari mula Qaseh bekerja di sini sehinggalah sekarang, Lia selalu tak puas hati dengan dia. Ada je benda yang tak kena tentang Qaseh.

"T-tapi ni bukan kerja saya"Qaseh cakap gagap-gagap tu bukan sebab takut eh! Dia cuma serba salah nak tolak permintaan Lia.

"Kau tengok muka aku ni. Ada aku kesah! Baik kau ikut cakap aku atau-"

"Atau apa?"

Bukan Qaseh yang bersuara. Lia dan Qaseh serentak memandang punca suara itu.

"Encik Qayish" Lia bersuara dengan nada yang lembut. Berbeza dengan nada dia bercakap pada Qaseh.

Qaseh memandang Lia yang tiba-tiba lembut. Amboiii...Tadi muka bukan main tegang, datang je Qayish terus malu-malu.

Qayish melangkah dekat ke arah dua wanita itu dan berdiri di di hadapan mereka berdua. Matanya tidak lepas memandang Qaseh membuatkan Lia tidak puas hati.

"Apa yang dikecohkan sangat tadi?"Qayish bersuara kembali selepas merenung wajah Qaseh. Terguris hatinya apabila Qaseh langsung tidak memandangnya.

"Tak ada apa-apa Encik Qayish, Qaseh ni. Saya suruh dia tolong saya tapi dia marah-marah saya pula"Adu Lia, nyatanya semua itu adalah bohong.

"Eh! Jangan nak menuduh je eh!"Qaseh tidak duduk diam. Mana mungkin dia berdiam diri apabila dituduh sebegitu. Dia masih ada harga diri, mana mungkin dia berdiam diri apabila difitnah.

"Qaseh! Oh macam ni perangai awak ya. Nak saya report pada bos awak?"Qayish memeluk tubuh.

"Encik tak ada kena mengena pun lah. Ni bukan syarikat encik pun. Menyibuk je!"Marah Qaseh kembali.

"Awak tinggikan suara awak pada saya? Lia, keluar. Biar saya bahasakan Cik Qaseh yang berlagak bagus ni" Arah Qayish tegas dia memandang tajam Qaseh. Lia tersenyum sinis pada Qaseh sebelum berlalu keluar.

Pandangan yang tajam tadi bertukar lembut. Senyuman diukir.

"Finally! Kita berdua je!"

"Encik Qayish kenakan saya? Heh nak report pada Encik Harraz konon"

"Alah saya main-main je. Saya cuma nak Lia tu keluar. Saya nak spend time dengan awak. Dah lama kita tak berjumpa" Ujar Qayish selamba. Qaseh menjulingkan matanya ke atas.

"Tak ada istilah 'spend time' diantara kita berdua. Kita tak ada apa-apa hubungan pun. Jadi saya minta Encik Qayish keluar. Saya tak selesa berduaan dengan lelaki."

"Kita masih suami isteri"

"Awak pasti? Kita dah lama tak berjumpa dan awak yakin awak masih suami saya?" Qaseh memeluk tubuh.

"Ya. Saya yakin. Dan saya nak awak tahu saya tak pernah ceraikan awak. Sekali pun lafaz cerai tak pernah keluar dari mulut saya. Jadi kita masih suami isteri lah kan? Qayish ilyaz suami Qaseh arnuha dan Qaseh arnuha isteri Qayish ilyaz. No one can't deny it" Qayish buat wajah selamba.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now