Bab 1 🌷🖤

2K 68 4
                                    

Qaseh terkedu melihat wajah yang sangat dikenali itu. Wajah yang pernah membuat Qaseh hidup bagai seorang tahanan. Dua tahun akhirnya Qaseh bersua muka dengan jejaka itu kembali. Perkara yang Qaseh takutkan terjadi jua.

"Tulip"

Perkataan itu. Perkataan yang selalu dipanggil Qayish untuk Qaseh. Entah Qayish saja mahu memanggil Qaseh dengan panggilan itu.

Flashback

"What's your name, gorgeous?"Tanya Qayish, mata hazelnya tidak lepas memandang mata coklat gelap milik Qaseh. Mereka tenang menari di bawah chandelier.

"Tulip"Jawab Qaseh malas. Huh terpaksa dia menjadi pasangan menari Qayish, tidak mahu memalukan jejaka itu.

"Wow, unique. Tulip"

Sepanjang mereka menari di bawah chandelier di dalam dewan itu Qayish tidak pernah berhenti untuk mengambil perhatian Qaseh.

"Tulip"

"Can you shut up! I hate your voice!"

"Tulip"

Qaseh tersentak. Nama itu lagi...

"Sorry, saya tak sengaja terlanggar awak. Saya pergi dulu"Qaseh beredar dari situ. Qayish hanya menatap belakang tubuh Qaseh hingga wanita itu hilang. Bibir Qayish menguntum senyuman nipis.

"Abang dah jumpa isteri abang semula"









Fikiran Qaseh masih terngiang dengan kejadian tengahari tadi. Qayish telah menjumpainya. Adakah hidupnya akan dihantui Qayish lagi. Tolonglah Qaseh baru ingin merasa hidup tenang tapi Qayish telah kembali.

"Mama!"

Tubuh Qaseh terasa dipeluk seorang kanak-kanak lelaki. Bibir Qaseh menguntum senyum.

"Ye Ayyish sayang, nak apa-apa ke?"Tanya Qaseh seraya mengusap kepala Ayyish lembut. Ayyish selalu manja dengannya.

"Nak susu"Rengek Ayyish manja. Sejak balik tadi Qaseh langsung tidak melayan Ayyish. Ayyish sedih.

"Alolo, sekejap eh. Mama buat susu lepas tu Ayyish tidur ye?" Ayyish mengangguk patuh. Qaseh tersenyum nipis sebelum mendukung Ayyish ke dapur.









Qayish hanya mengais-ngais nasi di depannya tanpa ada niat ingin masukkan dalam mulut. Dia teringat pada Qaseh.

Elvira dan Qash memandang satu sama lain apabila perhati tingkah laku Qayish malam ni.

"Qay" Qayish mengangkat wajahnya apabila namanya dipanggil.

"Ye umi?"

"Qay okay?" Tanya Elvira lembut. Qayish berusaha menguntum senyuman dan mengangguk kecil.

"Yeah, I'm fine. Ni bila along nak balik sini. Qay rindu anak buah Qay yang seorang tu" Elvira melorek senyum.

"Lepas ni bukan seorang je Qay kena layan" Dahi Qayish berkerut.Cuba faham maksud uminya.

"Maksud umi?" Elvira hanya diam, bibirnya tersenyum penuh makna.

Qayish baru mengerti. Bibirnya tersenyum lebar.

"Kak long mengandung lagi?" Elvira mengangguk kecil seraya tersenyum manis. Dia turut bahagia apabila dapat khabar itu dari Qalish semalam. Dia nak tambah cucu lagi..

"Wow! Jenuh lah Qay nak melayan nanti. Ayyin tu pun Qay boleh botak kepala. Perangai sama macam bapak dia time kecik" Sempat Qayish mengutuk Qalish. Dendam kesumat.

"Ha along dah. Qay bila lagi?" Tersembur terus nasi yang baru masuk ke dalam mulut.

Uhuk uhuk!

"Apa abi ni! Orang cakap pasal anak along kaitkan Qay pula. Qay tak ready lagi lah" Qayish mengambil gelas yang berisi air putih dan meminumnya ingin basahkan tekak.

"Umur tu dah dua puluh lapan apa yang tak sedianya"

"Ala abi, nanti-nantilah Qay cari. Sekarang Qay sibuk, tak ada masa nak fikir pasal kahwin ni"

"Putri raina kan ada"

Ah sudah!

"Tak naklah dengan dia! Dia tu doktor nanti dia tak ada masa dengan Qay. Dua puluh empat jam ada dekat hospital je. Tak ada life"

"Suka hati lah" Elvira malas mahu melayan. Hidup Qayish dia malas mahu masuk campur, budak tu dah besar. Pandai-pandailah dia. Tapi kalau tak kahwin juga memang nak kena dijodohkan dengan Putri raina tu.

Qayish mengeluh kecil. Macam mana nak beritahu umi dan abi tentang Qaseh..






Tangan Qaseh tidak berhenti mendodoi Ayyish. Lama betul nak tunggu budak kecil tu tidur. Inilah yang Qaseh lalui setiap hari, jaga Ayyish, belai Ayyish, lindungi Ayyish. Qaseh rasa bahagia apabila Ayyish berada di sisinya, dapatlah Qaseh melepaskan rindu pada seseorang yang telah pergi dari hidupnya.

Kehilangan si dia memberi impak yang besar pada Qaseh. Setahun Qaseh melawan depresi nya. Mujur ada kakak yang sentiasa berada di sisinya, muncul juga Ayyish yang berjaya membuat hidupnya kembali ceria.

"Ayyish lah hero mama sekarang. Tanpa Ayyish mungkin mama dah tak dapat bertahan untuk hidup di dunia lagi. Qayish ilyaz. Dia penyebab mama sakit. Dia pembunuh."

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now