Bab 46 🌷🖤

878 40 1
                                    

"Assalamualaikum along."

"Waalaikummusalam, Qay. Dekat sana okay?"

"Alhamdullilah, okay. Along sihat ke? Kak long? Due date dia dah nak dekatkan?" Tanya Qayish bersahaja.

"Ha ah. Lusa ni, doktor jangka dia akan bersalin. Ni Qay dekat mana?"

"Ada dekat Makkah. Nanti Qay tolong doakan Kak long supaya selamat bersalin. In Shaa Allah nanti Qay lawat dia lepas balik Malaysia."

"Terima kasih. Qaseh ada dengan Qay?" Tanya Qalish bersahaja. Dia tak dengar pula suara Qaseh, mungkin kerana suasana di situ agak bising kerana ramai orang.

"Sama-sama. Qaseh ada ni dekat sebelah..." Qayish toleh sebelahnya. Tak sempat dia nak habiskan kata-kata apabila Qaseh tidak berada di sebelahnya. Matanya melilau mencari isterinya. Hishh sudahlah ramai orang di sini. Semuanya pakai baju hitam dan putih. Susah mahu mencari isterinya.

"Qay" Qayish tersentak mendengar suara kembarnya di corong telefon.

"A-along nanti Qay call balik. Q-Qaseh hilang!" Qayish tidak menunggu respon kembarnya terus matikan panggilan. Dia mendail nombor isterinya.

Tak sampai berapa saat bunyi ringtone telefon Qaseh. Qayish menyeluk poket. Telefon Qaseh ada dengannya!

"Allahu Akbar!" Qayish raup kasar wajahnya. Bagaimana ini?!

Qayish berjalan di seluruh tempat itu mencari isterinya tapi gagal! Matanya tidak dapat lihat sosok isterinya! Mana Qaseh pergi?!

Sudah hampir setengah jam dia mencari sosok isterinya, tak jumpa jua.

"Nuha dekat mana sayang..." Qayish buntu mahu mencari keberadaan isterinya. Di sini terlalu ramai orang. Susah mahu mencari. Qayish berlalu pergi dari tempat yang ramai orang itu.

Dalam rasa gusar itu, Qayish teringat. Mereka ada merancang mahu ke Jabbal rahmah. Mungkin Qaseh berada di situ? Entahlah, hati kuat mengatakan isterinya pergi disitu.

Qayish tidak berfikir apa lagi, dia terus keluar dari kawasan itu mahu ke Jabbal rahmah. Sepanjang perjalanan ke Jabbal rahmah, hati sudah berdoa supaya dia dapat temui isterinya di situ.

Setelah berapa puluh minit perjalanan dia sudah sampai ke puncak bukit Jabbal rahmah. Mata melilau mencari sosok sang isteri.

"Nuha..."

Qayish pejam mata menahan rasa perit di dada.

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, bantulah hambaMu ini. Berikanlah aku petunjuk mencari isteriku. Aku tidak mahu kehilangan isteriku Ya Allah. Sesungguhnya aku sangat menyayanginya. Kau lindungilah dia. Pertemukanlah kami di bukit yang indah ini." Selesai berkata dalam hati, Qayish perlahan-lahan membuka matanya. Setitis air matanya tumpah melihat sosok wanita dihadapannya.

Mata bertenang mata. Rasa sebak di dada. Air mata yang mula menitis tidak diambil peduli lagi. Wanita yang bertentangan dengan Qayish turut sama melangkah dekat ke arahnya.

Sampai jarak mereka hanya berapa inci. Tangan Qayish bergerak menyeka air mata wanita itu.

"Sayangg..." Mereka berdua terus berpelukan di puncak bukit Jabbal rahmah. Allah, telah pertemukan mereka. Hebat sungguh kuasa Allah tiada tandingannya.

Jabbal rahmah, bukti tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.

"Ya Allah, isteri abang pergi mana tadi hm? Risau abang!" Tangan Qayish mengusap kepala isterinya. Tidak cukup dengan itu kepala isterinya dicium lama.

"Nuha minta maaf." Qayish terus melepaskan pelukan mereka. Tangannya memegang bahu Qaseh. Melihat air mata itu, hati dia menjadi sakit. Dia sekali lagi telah gagal melindungi isterinya.

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now