Bab 6 🌷🖤

1.5K 49 0
                                    

Qayish tersenyum kecil membelek-belek gambarnya bersama Qaseh dua tahun lalu di dalam telefon. Walaupun gambar itu sudah dua tahun lamanya, gambar itu masih tidak di padam malah ia dijadikan tempat Qayish melepaskan rindu.

"Dah kenapa tersenyum-senyum macam orang tak betul. Awek chat eh... Nak tengok!"

"Sibuk ah kau. Asal tak balik lagi? Jangan cakap kau nak tidur sini. Pergi balik nuh, aku tak sanggup eh tidur sambil dengar dengkuran kau tu"Qayish menjeling tajam Qaylisha.

"Angah ni, orang dah berbaik hati nak teman. Di halau pula. Haih Tuhan, apa nasib ku dapat abang seperti ini. Hancur hati daku apabila di halau bagai kucing kurap"Qaylisha menyeka air matanya yang tidak wujud.

Qayish memandang tajam Qaylisha. Dramatik betul budak ni. Haih malas betul nak mengaku adik aku..

"Diamlah aku nak tidur!" Qayish berbaring membelakangi Qaylisha. Baik dia tidur dari melayan adik dia yang tak berapa betul ni.

Qaylisha terkekeh kecil. Memang pasrah dah abang dia ni dengan perangai dia.









Harraz memandang Qayish yang sibuk bermain game. Sakit-sakit pun menyempat nak main game.

"Qay, ni ada bubur. Makan ah. Staff aku bagi" Harraz meletakkan satu beg makanan di tepi katil. Qayish hanya mengabaikan. Kalau Qaseh yang bagi tak apa juga. Eh!

"Staff kau yang mana?"Tanya Qayish.

"Qaseh" Melebar senyuman Qayish. See Qaseh ambil berat tentangnya. Itu bermaksud Qaseh sayang padanya cuma enggan ditunjuk sahaja.

"Serious ah Qaseh yang bagi?!" Qayish bertanya lagi mahukan kepastian. Kot-kotlah Harraz ni menipu. Hancur harapannya.

Harraz mengangguk malas. Haih mamat ni pasal Qaseh laju je, terus ceria.

Qayish meletak handphone nya di tempat lain. Beg kain itu diambil, geledah di dalamnya.

Bekas makanan berwarna pink dan kuning itu dibuka penutupnya.

"Hehe kau ada?"Ejek Qayish sebelum menyudu bubur itu dan masuk ke dalam mulutnya. Harraz menjulingkan matanya ke atas.

Em sedap.

Dah lama dia tak makan masakan Qaseh. Kalau macam ni lah gayanya, hari-hari kepala kena batu pun ok.

"Aku tengok Qaseh tu dah macam bini kau dah"

Spurrrr!!

"Oi! Kau ni tak senonoh lah!" Harraz menjeling tajam Qayish yang baru menyemburkan bubur ayam.

"Kau lah! Tiber cakap Qaseh bini aku"Qayish meletakkan bekas bubur itu di tepi katilnya. Tisu diambil mengelap mulutnya.

"Jap-jap asal pipi kau merah tu?"

"M-mana ada. P-panaslah dekat sini"Qayish menekup pipinya yang terasa panas. Kenapa aku tiba-tiba blushing ni.

"Panas kau! Ada aircond kot dalam bilik ni"Qayish hanya diam. Bekas bubur itu di ambil semula. Qayish menyambung aktiviti makannya.

"Ok ok back to the topic. Serius aku cakap weh, Qaseh tu dah macam bini kau dah. Semalam masa kau pengsan tu muka dia memang risau gila. Siap nangis pula tu. Ha! Lepas je kita orang hantar kau ke hospital, dia sendiri yang offer diri dia nak jaga kau sampai kau sedar"

Harraz memandang Qayish yang hanya diam. Harraz menarik muka apabila Qayish tersenyum sendiri, pipi pun dah merah balik. Mamat ni reti pula blushing.

"Assalamualaikum"

"Waalaikummusalam"Harraz memandang pintu yang baru terbuka. Seorang jejaka yang mempunyai rupa paras yang sama dengan Qayish.

"Qal" Mereka berdua bersalaman sebelum Qalish memandang Qayish yang sibuk dengan dunia sendiri. Terdapat juga bekas makanan yang berisi bubur di tangannya.

Qalish menyenggol lengan Harraz dan mengangkat dagunya sekali. Harraz menjongketkan bahunya.

"Oi budak senget"Qalish memukul perlahan belakang kepala Qayish yang berbalut.

"Awww! Aduhh!"Qayish memegang kepalanya yang baru disentuh kembarnya.

"Kau asal tersenyum-senyum macam orang gila?"Tanya Qalish tanpa nada. Qayish berdecit.

"Ish along ni! Lain kali bagi salam dulu lah!"Qayish menjeling tajam Qalish. Memang typical Qalish ilhaz betul.

"Aku dah bagi lah. Ni asal kepala kau boleh berbalut ni?"

"Kak long dengan Ayyin mana?"Soalan dibalas soalan. Qalish menjulingkan matanya ke atas.

"Aku tanya benda lain kau jawab benda lain. Sibuk dengan anak bini aku asal?"

"Orang tanya je."

"Kepala tu kenapa?"

"Ni ha Qal, adik kau ni berlagak hero sangat tu yang berbalut kepala tu"Harraz tukang menjawab. Qayish sudah memandang tajam Harraz.

"Apa cerita?"

"Entah macam mana ada satu batu jatuh dari bangunan yang belum siap tu. Kembar kau ni nampak batu tu nak jatuh bawah pekerja aku. Dia terus lari and tolak perempuan tu. End up dia yang kena"Qalish mengangguk mengerti. Dia memandang Qayish lama.

"Siapa?"

"Semestinya perempuan! Qaseh namanya" Qayish memandang tajam Harraz yang menjawab pertanyaan Qalish tadi.

Agak terkejut Qalish mendengar sebaris nama itu. Qaseh? Sounds familiar..

"Qaseh?"

"Ha ah. Eh dah lah aku nak kena masuk office semula ni. Aku datang ni pun sebab nak hantar bubur yang Qaseh bagi. Bye!"Harraz berlari keluar dari bilik itu setelah menerima pandangan tajam Qayish.

"So..." Qalish memeluk tubuh dan menjongketkan sebelah keningnya pada Qayish. Meminta penjelasan.

"What?"

"Tak ada benda yang nak diceritakan pada along?"

"Tak ada" Qayish melarikan matanya dari Qalish. Bubur itu disuap laju ke dalam mulut.

"Tak nak cuba pujuk dia semula"

"P-pujuk apa?"

"She's your wife. And you're her husband. Jalankan tanggungjawab angah sebagai suami. Jangan gantung dia tak bertali. Atau.... Angah lepaskan saja dia" Qayish memandang tajam kembarnya.

"No! Angah tak akan lepaskan dia. A-angah sayang dia" Suara Qayish mengendur. Dia menundukkan kepalanya.

"Then fight for her. Cuba ambil balik hati dia. Tebus salah silap angah"Qayish hanya diam memandang bubur yang masih tersisa.

"Along janji along tak akan beritahu umi dan abi pasal ni kan?"Tanya Qayish takut-takut. Dia masih tak bersedia ingin memberitahu tentang ini pada ibu bapanya.

Qalish mengangguk terpaksa.

"Tapi make sure settle kan hal ni cepat-cepat."

"Baik along"














Qaseh memandang lama sejambak bunga ros merah yang berada di atas mejanya. Selepas sahaja memberi bubur pada Harraz untuk dikirimkan pada Qayish, Qaseh menerima sejambak bunga ros daripada seorang lelaki. Katanya, ada orang lain yang bagi dia hanya menjadi pengirim.

Kad kecil yang berada dibunga itu diambil dan dibaca isinya.

Hope you like it

Tiada nama pengirim, hanya itu sahaja yang ditulis. Siapa yang berikannya ini? Tak akan Qayish, dia sedang berada di hospital.

Qaseh memicit kepalanya. Makin hari makin sakit kepalanya. Kenapalah malang sangat nasib dia ni?

Bidadari Qayish Ilyaz Where stories live. Discover now