Bab 2 🎭🖤

942 57 2
                                    

QAYLISHA menyikat rambutnya dihadapan cermin. Sekali sekala bibir tersenyum apabila teringat suara Adam melafadzkan akad tengahari tadi. Sudah berjam-jam yang lalu dia bergelar isteri kepada Muhammad Adam Al-Iman namun mereka tidak dapat tinggal sebumbung lagi kerana ikut adat kata umi dan abi. Selagi tak bersanding selagi itu tak boleh bersama! Nasib baiklah majlis bersanding minggu depan. Tak adalah lama sangat.

Qaylisha tidak dapat menahan senyum apabila dia sudah dapat gelaran isteri. Isteri kepada orang yang dia cintai! Selesai menyikat rambutnya, sikat diletakkan di atas meja solek dan dia renung lembut cincin yang tersarung elok di jari manisnya.

"Muhammad Adam Al-Iman," bisik Qaylisha lembut. Akhirnya, setelah sekian lama menyimpan rasa kepada bekas junior dia itu, hari ini dia dapat memiliki Adam seutuhnya. Pencaturan Allah SWT sememangnya hebat!

Sedang dia merenung hangat cincinnya, telinganya menangkap bunyi yang asing dari luar bilik iaitu di balkoni kecil biliknya. Pantas Qaylisha menoleh memandang balkoni bilik. Qaylisha perasaan ada bayangan seseorang di sebalik tirai sliding door itu. Perasaan ingin tahu menyelubungi diri dan Qaylisha angkat punggung dari kerusi menuju ke balkoni. Tirai di selak dan matanya membulat melihat Adam sedang berada di balkoni. Suaminya itu masih berusaha ingin memanjat balkoni biliknya. Dan apabila mata mereka berlanggar, Adam sengih lebar.

"Iman!" Qaylisha pantas membuka sliding door dan berlari ke arah Adam. Dia membantu Adam untuk panjat balkoni biliknya. Ya Allah! Panjang akal betul suami dia ini sampai panjat balkoni bilik dia! Nasib baik bilik dia ini berada di tingkat dua! Tapi tetap tinggi tahu!

Apabila Adam sudah berjaya panjat balkoni dan berdiri di hadapan Qaylisha, Adam sengih malu. Qaylisha sudah geleng kepala dengan perangai tak matang suami dia ini. Dah umur 23 pun macam ini lagi!

"Apa awak buat dekat sini? Awak tahu kan awak tak boleh datang sini!" Qaylisha sudah memarahi Adam namun Adam buat selamba sahaja.

Bukan salah dia. Salahkan hati dia yang rindu isteri separuh mati.

"Hish! Saya masih tak boleh terima keputusan parents kita yang tak bagi kita duduk sebumbung sampai majlis bersanding. Kita dah jadi suami isteri kan. Dah halal. Apa masalahnya?" Adam mencebik masih tidak puas hati.

Qaylisha geleng kepala kecil dan masuk ke dalam biliknya diikuti dengan Adam. Adam menutup sliding door dan menguncinya. Setelah itu tirai juga ditarik menutupi sliding door.

Mereka berdiri menghadap satu sama lain di tepi katil. Qaylisha sudah pasrah habis dengan perangai suaminya. Tak sangka pula Adam senakal ini! Rasanya dulu behave je! Ini siap panjat balkoni bagai! Karang kalau silap langkah tak pasal-pasal dia jadi balu!

"Dah adat kan awak... Nak buat macam mana?" ujar Qaylisha mahu memujuk suaminya yang sudah cemberut. Adam berdecit.

"Dah alang-alang saya datang sini... Saya tidur sini jelah eh? Nanti sebelum subuh saya baliklah. Boleh tak?" Adam beri cadangan. Dia menjongketkan kedua-dua belah keningnya mahu meminta pendapat Qaylisha.

"Tidur sini? Awak ini! Awak lupa apa yang umi dan abi cakap? Kita tak boleh duduk sebumbung lagi! Apatah lagi tidur sekatil."

"Ke awak yang malu dengan saya?" Adam serkap jarang. Bibir melorek senyuman nakal. Tangannya sudah berjalan di lengan Qaylisha mahu mengusik isterinya.

Berkerut dahi Qaylisha. Dia pula yang kena? Budak ini tak makan saman betul! Nasib baik suami!

"Ilya malu dengan Iman hmm?" soal Adam lagi dan menyengetkan sedikit kepalanya. Bibir senyum kecil dan menampakkan lesung pipitnya di belah kanan.

"B-buat apa nak malu?" soal Qaylisha kembali, gugup! Adam dah pandai usik dia sekarang ini! Dulu kemain tunjuk muka dingin je!

"Ya ke ni...?"

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now