Bab 45 🎭🖤

511 46 1
                                    

"ILYA!"

Qaylisha tersentak mendengar jeritan suaminya. Terus dia alihkan perhatian pada Adam, membulat matanya melihat jari Adam mengeluarkan cecair berwarna merah. Darah!

"Ya Allah! Macam mana awak buat kerja ini?" marah Qaylisha seraya berlari mendekati Adam. Jari Adam ditarik merapatinya. Dia mahu melihat luka di jari suaminya dengan jarak lebih dekat.

Qaylisha tidak tahulah mahu marah atau kesian. Haih cuai betul suami dia ini!

"Ada first aid tak dalam rumah ini?" soal Qaylisha ingin tahu. Bila dia lihat Adam, kelihatan jejaka itu seperti dipukau oleh darah sendiri. Dipandang sahaja jarinya yang berdarah itu. Wajahnya jangan dicakap lah! Cuak habis! Macam terpotong tangan sendiri pula!

"Hei ada ke tak?!" Qaylisha pukul bahu Adam membuatkan jejaka itu tersentak.

"Ada apa?" soal Adam polos. Qaylisha tepuk dahi.

"First aid lah. Ini darah tak berhenti keluar ini!" Adam terangguk-angguk sendiri. Jari dituding ke arah kabinet dapur dibahagian atas. Qaylisha sigap mengambil langkah, berjalan ke kabinet yang ditunjuk oleh Adam. Pintu kabinet itu dibuka dan Qaylisha capai kotak first aid dan kembali pada Adam.

Qaylisha letak kotak itu atas tabletop dan membuka kotak itu. Kapas diambil dan ditekap pada tempat luka bagi menghalang darah keluar lagi. Qaylisha menjalankan tugas sebagai jururawat tak berbayar.

"Hish awak ini! Pergilah, biar saya yang potong timun ini," bebel Qaylisha sambil melekatkan plaster pada jari telunjuk Adam. Adam garu kepala yang tidak gatal, kena halau pula dah... Sampai hati!

"Tak apa saya boleh tolong lagi, awak..."

"Tak payah... Nanti karang tangan awak itu pula yang putus! Nak tangan awak putus?" soal Qaylisha sengaja mahu menakutkan Adam.

"Tak nak...," ujar Adam polos sambil gelengkan kepala. Dia pasrah saja apabila Qaylisha menolak tubuhnya keluar daripada dapur. Selepas itu, Qaylisha kembali ke dapur dan menyambung kerja Adam yang tergendala pula.

Haih... Nasib baiklah semuanya sudah siap! Tinggal potong timun saja dan ingin letak semua makanan dalam mangkuk dan pinggan. Mudah saja semua itu.

"Iman... Iman... Macam budak-budak!"












ADAM tersenyum lebar pada Qaylisha yang baru tiba bersama nasi lemak. Sambal, lauk, ikan bilis dan timun pun sudah terhidang. Adam mencuri haruman nasi lemak yang baru Qaylisha letak di atas meja. Argh! Tak sabar aku nak ngap kau nasi lemak!

"Sekejap ya, tinggal air saya belum ambil." Baru saja Qaylisha berura-ura ingin ke dapur semula tetapi suara Adam menghentikan langkah wanita itu. Adam bangkit dari kerusi lalu menarik Qaylisha agar duduk di atas kerusi.

"Tak apa! Air biar saya yang bawa. Tak adillah kalau awak yang buat semua. Sekejap okay my peony!" Adam senyum manis sebelum menghilangkan diri. Qaylisha senyum tipis, tangan bergerak meletakkan nasi di atas pinggan.

Tak sampai seminit Adam kembali bersama satu dulang yang punya jug dan dua gelas lut sinar. Adam meletakkan dulang di atas meja dengan penuh hati-hati. Entah kenapa rasa sebak secara tiba-tiba. Setelah bertahun-tahun, mereka masih punya peluang untuk makan bersama lagi. Bersama gelaran suami isteri. Bukan majikan atau pembantu rumah. Bukan orang asing.

Apabila tiba masa untuk makan pula, tiba-tiba Adam menolak pinggannya pada Qaylisha. Jejaka itu tayang sengih apabila Qaylisha memandangnya dengan riak wajah tertanya.

"Tangan Iman sakit lagilah sebab kena pisau tadi. Ilya suapkan boleh?" pinta Adam dan tersenyum sehingga memperlihatkan lesung pipitnya.

Qaylisha tarik muka. Sajalah itu nak bermanja. Nasib sayang...

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now