Bab 16 🎭🖤

735 52 1
                                    

Venice, Itali

Sampai di hotel, mereka masuk ke dalam bilik hotel masing-masing, ingin berehat sebentar sebelum mahu keluar dan main salji. Qaylisha dari tadi tidak berhenti senyum. Tak sabar mahu main salji!

Qaylisha terus lari ke sliding door dan menyelak tirai. Qaylisha memandang langit yang sedang menurunkan salji. Bibir Qaylisha melorek senyum. Sudah lama dia tidak main salji. Kali terakhir rasanya sebelum SPM. Itu pun salji di Korea. Abi membawa satu keluarganya ke Korea sekaligus mahu menenangkan fikiran Qaylisha yang bakal mengambil SPM.

Setakat ini Qaylisha belum pernah lagi rasa salji di Itali. Sudah semestinya sama seperti salji di negara lain tetapi auranya berbeza!

Ting!

Qaylisha labuhkan punggung di birai katil. Telefon yang berada di dalam beg tangan di ambil dan dibuka.

Qaylisha tersenyum melihat gambar anak buahnya sedang memakan aiskrim. Qayla Adalyn dan Qarl Adly, anak kenapa abang sulungnya iaitu Qalish. Qayla Adalyn atau lebih mesra di sebut Ayin itu sedang memakan aiskrim dengan cermat sementara Qarl Adly yang dipanggil Ayie itu sudah comot bibirnya terkena aiskrim coklat. Biasalah Ayie masih dua tahun.

'Dia orang rindu dekat mak cu dia orang nii... Lama sangat Lisha duduk Itali dah tak ingat ke dekat kami ni...'

Qaylisha tergelak kecil membaca Whatsapp dari kakak iparnya, Mawar Adriana.

'Hehe ingat jee... Budak-budak dah tidur ke?'

Soal Qaylisha ingin tahu. Tak silap waktu di Itali dan Malaysia berbeza beberapa jam. Di Itali ini masih siang hari jadi mungkin Malaysia sudah malam.

'Dia orang dah tidur dah... Baru je Kak Long tidurkan tadi. Sebelum dia orang tidur itulah dia orang sibuk minta mak cu dia orang.'

'Oritee... Kak Long tolong kiss kan Ayyin dengan Ayie untuk Lisha eh? Nanti Lisha balik. Cakap dekat dia orang Lisha dah beli present untuk dia orang!'

'Yelahh Lisha. Kak Long pun nak tidur dulu ini. Lisha take care dekat sana ya? Assalamualaikum.'

'Waalaikummusalam.'

Usai perbualan mereka di Whatsapp tamat, Qaylisha terus letakkan telefon di tepi katil. Qaylisha merenung siling bilik hotelnya sebelum mengeluh kecil. Macam mana nak cakap pada keluarganya yang dia ingin rujuk bersama Adam? Bolehkah keluarganya terima Adam? Terutama Qayish... Sudahlah Qayish itu orang yang paling anti dengan Adam selepas dia diceraikan Adam. Qayish juga orang yang mengamuk besar setelah menerima berita yang dia diceraikan setahun yang lalu.

Bukan setakat itu saja masalahnya sekarang ini. Adam pun... Haihh... Adam sudah beritahunya awal-awal yang jejaka itu enggan untuk pulang ke Malaysia. Entah apa yang menyekat jejaka itu dari pulang ke Malaysia. Macam mana mereka ingin rujuk kalau Adam sendiri tidak mahu pulang ke Malaysia?





















'TURUN awak. Saya tunggu dekat luar hotel.'

Qaylisha tersenyum melihat pesanan dari Adam. Dia terus menyarungkan jaket tebal dan memakai shawl lebih kemas. Sarung tangan berwarna hitam disarungkan pada kedua-dua belah tangan. Cuaca di luar sana begitu sejuk sampaikan dia yang sukakan cuaca sejuk pun tidak tahan.

Qaylisha terus melangkah keluar dari bilik hotel. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket tebalnya. Sejuknya memang sudah tahap dewa. Sudah pakai sarung tangan pun tetap sejuk. Qaylisha terus berjalan keluar dari bangunan hotel dan matanya melilau mencari sosok Adam.

Baru saja ingin mengeluarkan telefon, tiba-tiba ada deruan nafas hangat menampar telinganya membuatkan Qaylisha menoleh.

"Iman!"

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now