Bab 9 🎭🖤

637 63 5
                                    

QAYLISHA dengan tenang meletakkan air teh di atas meja dan berlalu pergi meninggalkan Adam sendiri. Tak sampai berapa tapak dia ambil, tubuhnya terlanggar sesuatu membuatkan tubuhnya yang kecil itu hampir terlentang ke belakang tetapi ada satu tangan terasa melingkar di pinggangnya, mengelakkan dia dari terjatuh seperti nangka busuk.

Wahh! Perkara pertama yang membuatkan Qaylisha tertarik adalah warna iris kepada sepasang mata itu. Warna biru yang hampir kepada kelabu. Cantiknya! Kalah mata Joshua!

Dan lelaki yang sedang merangkul pinggangnya itu pun seperti sudah berada dalam dunia sendiri. Mereka saling merenung mata satu sama lain sebelum ada suara garau memetir.

"Max!"

Baru mereka berdua tersedar dan lelaki yang dipanggil Max itu cepat-cepat membantu Qaylisha berdiri dan dia jauhkan tangan dari pinggang Qaylisha.

"I'm sorry, signorina! It was my mistake!" Max tunduk hormat pada Qaylisha dan hulurkan senyuman. Qaylisha membalas senyuman itu dengan kekok.

"Max, vieni qui!" Suara garau itu menyampuk lagi. Mereka berdua pantas menoleh ke arah Adam yang sedang duduk membelakangi mereka. (Max, kemari!)

"Sì, signore Anderson!" Laju saja Max mengatur langkah meninggalkan Qaylisha dan mendekati Adam yang sedang duduk di taman halaman rumah agam itu. (Ya, Tuan Anderson!)

Qaylisha malas mahu tercegat di situ seperti anak patung, dia terus berlalu pergi masuk ke dalam rumah ingin membuat tugasnya.

"Lisha, are you already had your breakfast?" soal Aunty Mary tiba-tiba usai Qaylisha munculkan diri dalam dapur. Qaylisha menggeleng kepala kecil.

"You should have a breakfast first before you do your work. Oh yeah! Here cheese tart." Aunty Mary hulurkan satu kotak berwarna putih kepada Qaylisha. Mata Qaylisha terus bersinar usai mendengar perkataan cheese tart keluar dari mulut Aunty Mary.

Kotak putih itu bertukar tangan dan Qaylisha memandang isi kotak itu. Dia angkat kepala memandang Aunty Mary yang sedang tersenyum nipis. "Thank you, Aunty Mary! Where did you get this?"

"Errr... Lisha, I have to clean up, at second floor. Bye! Enjoy your cheese tart!" Aunty Mary pantas melarikan diri dari dapur meninggalkan Qaylisha. Pembantu rumah yang lain pun turut beredar dari dapur selepas selesai mengemas dapur.

Qaylisha terkebil-kebil sendiri sebelum ada suara garau yang begitu dekat dengan telinganya.

"Hi hijabi girl!"

Qaylisha pantas jauhkan diri dari sosok yang berada di belakangnya. Dia memandang polos sosok yang sudah melepaskan gelak kepadanya.

"You're so cute, hijabi girl," puji Max dan tersenyum manis. Qaylisha kembali terkebil-kebil sebelum tersenyum janggal.

"By the way, I'm sorry again for what I did before. It was accident. I was so rush..."

"It's okay. Just a small matter," ujar Qaylisha dan tersenyum nipis. Max berjalan mendekati Qaylisha dan menghulurkan tangannya secara tiba-tiba membuatkan Qaylisha berkerut dahi.

"Can we be friends? I like you. You such a naive girl."

Berkerut habis wajah Qaylisha. Naif? Wah wah.... Ini mamat mata biru tak kenal lagi sama wa!

"Yes... Of course we can be friends. But I'm just only maid here. Are you willing to friend with maid?"

"Well of course! Even I'm only bodyguard to Signor Anderson. Are you willing to friend with bodyguard?" Max menyoal Qaylisha dengan soalan yang sama. Kening sebelah dijongketkan.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now