Bab 48 🎭🖤

421 36 2
                                    

"MACAM mana doktor? Isteri saya okay je kan? Dia tak ada sakit apa-apa kan?" soal Adam usai doktor yang bernama Irfan itu selesai memeriksa keadaan isterinya. Bertubi-tubi Adam ajukan soalan sehinggakan tak terjawab Doktor Irfan.

Adam semakin cuak melihat reaksi sayu Doktor Irfan. Ya Allah! Apa yang dah jadi dengan isteri dia sebenarnya ini?

Emir sekadar memeluk tubuh dan serius menunggu jawapan sahabatnya. Sebenarnya tadi Adam buntu mahu buat apa jadi telefon Emir berharap Emir dapat membantu tetapi sudahnya Emir menelfon pula sahabatnya yang merupakan seorang doktor itu. Doktor Irfan lebih kepada sahabat Qalish bukannya Emir. Tetapi disebabkan Emir rapat dengan Qayish automatik dia juga rapat dengan Qalish dan dapat kenal dengan sahabt-sahabat Qalish.

"Doktor cakaplah! Kenapa dengan isteri saya sebenarnya!" Adam berang tiba-tiba. Hampir dia keluarkan sifat 'Nathaniel' yang amat baran itu.

"Isteri awak sebenarnya... Haih... Payah saya nak cakap sebenarnya. Qaylisha, dia... Terkena buatan orang," beritahu Doktor Irfan dan menundukkan kepalanya. Wajah jejaka itu sayu habis.

Emir menahan tawa apabila mendengar kenyataan itu. Dia faham sangat maksud Doktor Irfan.

"Buatan orang? Isteri saya kena sihir ke? Siapa yang berani sihir dia hah? Cakap dengan saya!" berang Adam. Wajahnya automatik berubah seratus lapan puluh darjah. Terpancul aura gelap disebalik wajah itu.

"Berat saya nak cakap ini. Ustaz pun tak boleh nak buat apa dah!" Doktor Irfan masih memainkan peranannya dan Emir masih menahan tawa.

"Kenapa pula? Kuat sangat ke sihir itu?"

"Ya. Sangat kuat. Isteri awak itu... Sebenarnya terkena... Buatan suami sendiri," ujar Doktor Irfan serius membuatkan wajah Adam berkerut. Buatan suami sendiri? Suami Qaylisha... Dialah kan?

"Apa doktor mengarut ini hah? Teringin nak makan besi ke? Saya tak gila lagilah nak sihir isteri sendiri!" marah Adam. Haish! Doktor ini pun! Agak-agaklah! Dia mana tahu bab-bab sihir menyihir ini! Kalau tahu pun, Emir orang pertama dia santau!

Terus meledak tawa Doktor Irfan dan Emir membuatkan Adam semakin pelik. Doktor mana yang Emir bawa sebenarnya ini? Risau pula dia!

"Hahaha... Maksud saya, isteri awak mengandung. Tahniah! Awak bakal jadi bapa. Jangan lupa datang hospital untuk buat check up okay? Untuk cek keadaan kandungan," ujar Doktor Irfan dan tersenyum nipis.

Adam tersenyum lebar mendengar berita itu dia meraup wajahnya sambil melafadzkan alhamdulillah. Tak terucap betapa bahagianya dia apabila mendengar berita gembira itu. Ya Allah! Tak sangka secepat ini mereka dikurniakan zuriat! Hebat sungguh perancangan Allah untuk mereka.

Tetapi senyuman Adam itu tidak lama. Wajahnya berubah bengis dan dia mencekak kasar kolar kemeja Doktor Irfan membuatkan Doktor Irfan dan Emir terkejut. Dah kenapa pulak ini?!

"Doktor ingat benda ini main-main ke hah nak bergurau macam tadi?!" marah Adam. Habis kecut perut doktor itu dibuatnya. Emir sudah tepuk dahi melihat sikap Adam.

"Oi! Oi! Member aku ini! Kot ya pun geram lepaskanlah dia!"

Adam menjauhkan tangannya dari kolar kemeja doktor itu dan mendengus geram. Telan air liur Doktor Irfan dengan sikap ganas Adam. Ya Allah... Biar betul ini adik ipar kawan baik dia. Ganas kemain!

"Patutlah! Kau dengan member kau sama saja!" marah Adam pada Emir pula. Emir berdecit. Bini yang pregnant dia pula yang terlebih emosi. Lempang karang...

"Dah jomlah keluar Fan. Lisha dah tak ada apa-apa kan?"

"Tak. Tak ada apa-apa. Dia okay," ujar Doktor Irfan dan tersengih pada Adam. Adam sekadar menjeling. Rambut diraup ke belakang. Cuba cakap, mana dia tak mengamuk tadi? Dia punyalah risau kut betul-betul isteri dia kena buatan orang! Doktor ini boleh main-main pula! Silap-silap nanti Doktor Irfan itu orang kedua yang dia santau! Pandai sangat buat orang terkejut kan!

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now