Bab 25 🎭🖤

582 47 2
                                    

QAYISH memandang kereta adiknya yang enjin masih dihidupkan. Terus dia memandang isi kereta. Dahi Qayish berkerut melihat isi kereta kosong. Tiada sesiapa. Hanya ada beg tangan adiknya sahaja.

Qayish menggelengkan kepala melihat pintu rumahnya yang sudah terbuka dan di dalamnya kelihatan cerah, tanda lampu dihidupkan. Qayish langsung berjalan masuk ke dalam rumahnya. Baru saja ingin mengucapkan salam, mata Qayish membulat melihat adiknya sedang bersandar di sofa dan tubuh adiknya ditutup dengan satu kemeja putih.

Yang lebih menarik perhatian Qayish adalah lelaki yang berada di hadapan adiknya. Lelaki itu tidak mengenakan sebarang pakaian di tubuhnya, hanya seluar sahaja dan apabila melihat wajah sembab adiknya, tambahan pula tudung adiknya itu sudah entah ke mana, Qayish menjadi panas hati dan terus menerpa ke arah lelaki yang sedang membelakanginya.

"Tak guna kau! Apa kau buat dekat adik aku hah!" Dengan sebelah tangan, tubuh lelaki itu Qayish pusingkan menghadapnya dan satu tumbukan dilayangkan pada pipi lelaki itu sehingga lelaki itu rebah ke lantai.

"Kau rupanya! Apa yang kau buat dekat adik aku! Jantan tak guna!" Makin bertambah amarah Qayish melihat wajah Adam. Muka Adam ditumbuk bertubi-tubi, mahu melepaskan amarahnya. Adam pula tidak sempat ingin mempertahankan dirinya.

"Angah dengar dulu apa yang saya nak cakap!" ujar Adam dan pipinya menerima satu lagi tumbukan malah lebih kuat. Gerun Adam dengan bekas abang iparnya sekarang. Dia ditumbuk tanpa rasa belas kasihan.

"Nak dengar apa lagi hah bodoh! Kau nak rogol dia kan?!" marah Qayish disela dengan tumbukan.

Dan pada saat itu juga, Qaylisha tiba-tiba menjerit sambil menekup telinganya. Langsung dua jejaka itu memandang ke arah Qaylisha. Qayish terus mendekati adiknya yang sedang menghamburkan tangisannya.

"Adik! Adik kenapa ini? Shhh! Jangan risau, angah ada!" pujuk Qayish dan menarik Qaylisha masuk ke dalam pelukan. Adam bangkit dari terbaring dan memandang sayu ke arah Qaylisha yang masih dengan tangisannya. Saya harap saya tak terlambat untuk selamatkan awak, Ilya.

Qayish longgarkan pelukannya apabila tiada suara dari Qaylisha. Nyatanya Qaylisha sudah tidak sedarkan diri. Qayish terus mencempung tubuh adiknya dan melangkah ke tangga.

"Kita kena bawa dia ke hospital. Kita kena cek sama ada..."

"Kau tak perlu nak ajar aku. Aku tahu apa yang aku nak buat pada adik aku. Kalau aku tahu kau dah rogol adik aku. Memang mati kau, aku kerjakan." Qayish pintas memotong kata-kata Adam. Dia menghentikan langkahnya saat berbicara. Qayish menjeling Adam yang berada di belakangnya melalui ekor mata. Kelihatan Adam masih pegun di tempatnya.

"Tolonglah percayakan saya. Saya tak buat semua itu."

"Lepas apa yang kau dah buat pada adik aku, tiga tahun lepas. Aku tak akan pernah percayakan kau lagi. Berhambus dari sini sebelum tangan aku ini akan ambil nyawa kau dari jasad kau. Aku tak peduli kau ini adik Nadine dan adik ipar Emir sekali pun," ujar Qayish dingin dan terus mendaki tangga.

Adam mengeluh kecil dan mengepal kuat tangannya. Rahang diketap kuat.

"Kau memang sial jantan. Kalau aku dapat kau, aku tak akan biarkan kau bernafas lagi dalam dunia ini," bisik Adam sendiri. Dia bakal cari kebenaran. Dia akan balas dendam untuk Qaylisha. Sesiapa yang menyentuh Qaylisha tadi, akan berdepan dengannya.














ADAM meraup kasar wajahnya. Dia panjatkan rasa syukur usai mendengar keterangan dari doktor. Kata doktor, tiada air mani atau  sperma di dalam vagina Qaylisha menandakan bahawa penceroboh itu tidak sempat untuk menyentuh Qaylisha. Nasib baik dia datang pada waktu yang tepat sekali.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now