Bab 21 🎭🖤

521 47 2
                                    

QAYLISHA terus menyalam tangan Adam usai mereka habis berdoa. Adam mencuri peluang lalu mencium dahi isterinya. Dan dalam sekelip mata Adam sudah berbaring berbantalkan riba Qaylisha. Qaylisha hanya tersenyum dan mengusap rambut Adam.

"Iman."

"Hm?"

Qaylisha gigit bibir. Ragu-ragu mahu bersuara setelah Adam menyahut panggilannya. Adam pula setia menunggu isterinya bersuara kembali. Mata Adam terkelip-kelip memandang Qaylisha sebelum Qaylisha tersenyum janggal.

"Tadi kan Kak Raina datang..." Puteri Raina; dua pupu Qaylisha merangkap anak kepada sepupu abi Qaylisha.

"Uh hm..."

"Iman tahu kan Kak Raina itu doktor."

"Hm tahulah kenapa?" Adam masih bersabar dengan isterinya yang hanya cakap satu ayat-satu ayat. Entah bila nak habis pun tak tahu. Adam layankan sahaja walaupun dia tidak berapa berminat ingin berbual tentang Raina.

"Kak Raina ada suggest dekat Ilya untuk buat check up."

"Check up? Ilya pregnant ke?" Adam terus menyoal dengan senyuman lebar. Yalah, perkahwinan mereka hampir menginjak setahun. Tinggal beberapa minggu lagi ulang tahun perkahwinan mereka. Mestilah dia teruja kalau dapat tahu isterinya mengandung.

Qaylisha pula setelah melihat senyuman lebar Adam terus terselit rasa serba salah. Tampaknya Adam sudah salah faham dengan perkataan 'check up' itu.

"Bukan..."

"Habis itu check up untuk apa?"

"Check up untuk kesuburan Ilya. Mana tahu Ilya sebenarnya tak boleh mengandung. Jadi Kak Raina suruh datang jumpa dia esok untuk periksa tubuh Ilya. Tadi pun sebenarnya dia ada tanya yang... Ilya ini mandul ke sebab dah nak dekat setahun kahwin pun belum dapat anak lagi sebab itu dia suruh check. Dia kata dia boleh tolong," ujar Qaylisha dan memaparkan riak wajah sayu. Malu sebenarnya mahu cakap pada Adam. Entah-entah Adam menyesal kahwin dengan dia sebab sudah hampir setahun berkahwin pun belum dikurniakan anak lagi.

Adam mengetap kuat rahangnya. Tidak suka mendengar luahan isterinya. Raina sepertinya sedang menghina Qaylisha. Mentang-mentanglah doktor.

"Kenapa baru cakap dekat Iman sekarang?" soal Adam dingin. Dia sudah pun bangkit dari baring di atas riba Qaylisha. Qaylisha hanya diam menunduk.

"Tak payah buatlah check up itu. Buang masa je," ujar Adam mendatar. Dia bangkit dari duduk lalu melipat sejadah. Songkok ditanggalkan dan diletakkan di atas meja solek. Adam berlalu pergi meninggalkan Qaylisha sendiri.

Qaylisha hanya mampu mengeluh kecil dan membiarkan Adam meninggalkannya.








QAYLISHA tersentak apabila pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Bahunya juga terasa berat.

"Kenapa ini? Masih fikirkan hal tadi ke?" soal Adam lembut. Wajah isterinya direnung hangat. Dari tadi dia pandang sahaja Qaylisha yang tampak seperti sedang mengelamun di beranda bilik. Sekarang baru dia ambil keputusan untuk mendekati isterinya.

Qaylisha diam sebentar sebelum kepalanya lambat-lambat dijatuhkan beberapa kali. Keluhan kecil terbit dari bibir wanita itu.

"Iman... Biarlah Ilya pergi jumpa Kak Raina esok. Nanti bolehlah Ilya tahu sama ada-"

"Sama ada Ilya mandul atau tak? Itu yang Ilya nak cakap?" Laju saja Adam memotong kata-kata isterinya. Dalam sekelip mata, intonasi suara Adam berubah. Mata jejaka itu juga sudah berubah tajam.

"Ilya, rezeki orang itu lain-lain tahu tak? Belum dapat anak tak semestinya Ilya mandul. Mungkin rezeki kita belum ada lagi sayang... Kita jangan pandang apa yang kita tak ada. Cuba pandang apa yang kita ada sekarang. Hargai apa yang kita ada. Walaupun tak ada anak, kita masih ada untuk satu sama lain," ujar Adam. Intonasi suara kembali berubah lembut. Perut isterinya diusap.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now