Bab 49 🎭🖤

379 33 1
                                    

"AWAK ingatkan apa yang doktor cakap? Jangan buat kerja berat-berat!" bebel Adam usai mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Dari dalam kereta tadi sehinggalah sekarang Adam tidak berhenti membebel padanya. Naik bernanah telinga ini dibuatnya!

"Ya awak saya ingat! Tak perlu cakap banyak-banyak kali," ujar Qaylisha dengan nada pasrah. Mereka berhenti di hadapan tangga. Mata bertentang mata.

"Jadi dengan itu mulai sekarang ini saya larang awak dari keluar bilik! Kalau nak apa-apa cakap saja pada saya okay? Sekarang ini saya adalah pembantu sekaligus pengawal peribadi kepada Puan Qaylisha Ilyana!" ujar Adam dengan penuh bangga. Dia mendabik dada. Bangga memegang jawatan sebagai pembantu dan pengawal peribadi Qaylisha.

Qaylisha berkerut dahi lalu memeluk tubuh sendiri. Qaylisha pandang suaminya atas bawah. "Saya tak lantik pun awak jadi pembantu saya. Memandai awak aje!"

"Aipp... Saya lantik diri saya sendiri, awak apa tahu? Now masuk bilik!" Tanpa amaran Adam mencempung tubuh Qaylisha membuatkan wanita itu terkejut. Terjerit kecil wanita itu dan tangan spontan melingkar di leher Adam. Terkebil-kebil Qaylisha memandang Adam.

"Awak turunkan saya!"

"Nopee! Kan saya dah kata saya ini pengawal peribadi awak, jadi saya tengah buat tugas saya lah ini. Dukung awak sampai ke bilik."

"Saya tak pernah nampak lagi bodyguard dukung majikan dia macam ini," ujar Qaylisha; menahan geram. Bertambah geram melihat wajah selamba Adam. This little kid!

"Dia orang lain, kita lain! Saya bodyguard halal awak!" Adam melorek senyuman nakal. Dia mula mendaki anak tangga dan Qaylisha hanya mampu pasrah. Takut kalau dia melawan nanti mereka bakal jatuh.

Setelah mereka masuk ke dalam bilik, Adam meletakkan Qaylisha di atas katil dengan hati-hati. Qaylisha terus memecat tudungnya dan Adam mengambil tudung di tangan Qaylisha lalu disangkut masuk ke dalam almari. Adam kembali ke katil dan melabuhkan punggung di birai katil.

"Okay sekarang ini awak nak makan apa? Saya masak untuk awak, special punya!"

Qaylisha memandang Adam atas bawah lalu memeluk tubuh. Sebelah kening dijongketkan. Adam masak? Adam? Masak? Potong timun pun tak reti. Minyak meletop pun dah menjerit.

"Apa yang awak boleh masak?" soal Qaylisha sekadar mahu menguji.

"Emmm anything! Awak nak saya buat lamb chop pun boleh! Easy je!" ujar Adam yakin dan tersenyum bangga. Dia pernah nampak Emir buat untuk Nadine sebelum ini dan kelihatan senang saja cara penyediaannya. Kalau Emir boleh buat, tak akan dia tidak boleh buat kan? Dia juga hebat seperti Emir!

Qaylisha serba sedikit terharu melihat Adam sangat bersemangat ingin memasak untuknya. Jadi takut pula dia mahu hampakan Adam. Tak sampai hati mahu menolak kebaikan Adam dan akhirnya Qaylisha tersenyum.

"Saya nak spaghetti bolognese sajalah awak. Awak guna sos spaghetti yang kita beli hari itu," ujar Qaylisha lembut. Adam senyum manis dan mengangguk kecil.

"How about drink?"

"Nak sky juice," jawab Qaylisha dan tersengih.

"Alright! Give me twenty minutes okay my peony! Awak jangan gerak ke mana-mana tau! Kalau ada apa-apa call saya. I will bring my phone with me, okay my peony?"

"Okay my husband. Masak elok-elok okay? Jangan meletopkan dapur saya!"

"Hehe... Aye aye ma'am!"












SUASANA yang sunyi membuatkan Qaylisha merasa bosan. Senyap saja Adam di bawah sana. Hidup lagi ke tu? Eh Astaghfirullah al Azim!

Qaylisha geleng kepala laju. Telefon di capai dan aplikasi Whatsapp ditekan. Kontak suaminya mula dicari dan akhirnya... Jumpa! Qaylisha terus menelfon suaminya mahu memastikan keadaan suaminya di dapur itu baik-baik sahaja.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now