Bab 28 🎭🖤

574 52 3
                                    

QAYLISHA dikejutkan dengan kedatangan Haziq secara tiba-tiba di wadnya. Haziq tidak ada pula beritahunya apa-apa sebelum datang ke sini.

"Lisha, keadaan awak sekarang macam mana? Dah okay dah?" soal Haziq risau. Usai dia menerima berita mengejut dari Puan Elvira, dia langsung datang ke hospital. Dia begitu risau dengan keadaan Qaylisha. Tidak sangka wanita itu dianiaya.

Qaylisha sekadar angguk kecil. Kepalanya masih menunduk, tidak berani mahu memandang wajah Haziq. Dia tidak boleh menipu dirinya yang tidak selesa apabila berdua-duaan dengan lelaki. Walaupun Haziq adalah kawan dan merangkap bos di tempat kerjanya. Dia tetap tidak selesa.

"Ya Allah! Siapalah yang tiada hati perut sampai sanggup buat awak macam ini! Kalau saya dapat dia memang saya tak bagi dia kesempatan untuk bernafas lagi!" marah Haziq sendiri, sementara Qaylisha hanya diam. Tidak tahu mahu membalas apa.

"Lisha... Awak jangan risau okay? Lepas ini awak akan selamat. Lebih selamat kalau ada yang boleh jaga awak 24 jam," pujuk Haziq dan tersenyum nipis. Wajahnya berubah seratus lapan puluh darjah, daripada bengis berubah lembut.

Disebalik ayat itu, ia punya makna yang tersirat. Namun Qaylisha buat-buat tidak faham.

"Bila awak discharge?"

"Esok. Haziq, saya minta maaf sebab tak beritahu awal-awal yang saya tak datang kerja tiga hari ini. Dan pasal projek baru itu..."

"Dah Lisha, awak tak perlu risau. Saya dah suruh Azief gantikan tempat awak buat sementara. Awak ambil berapa banyak hari cuti yang awak nak. Saya akan bagi awak ruang untuk berehat. Awak kena baik pulih mental awak," ujar Haziq tenang. Qaylisha mengukir senyum tipis.

Apabila Qaylisha tiba-tiba bangkit dari katil, Haziq matikan senyumannya. Dia cuak melihat Qaylisha susah payah ingin berjalan.

"Lisha awak nak pergi tandas ke? Mari saya bantu awak." Haziq sigap menyentuh lengan Qaylisha. Niat ingin membantu wanita itu untuk berjalan ke bilik air. Namun Haziq tidak tahu di mana salahnya apabila Qaylisha tiba-tiba menjerit dan menjauhkan diri darinya seolah-olah dia adalah penjahat.

"L-Lisha.."

"Jangan! Jangan sentuh aku!" Haziq cuba untuk mendekati Qaylisha namun semakin kuat rontaan Qaylisha sehingga Haziq terpaksa menggunakan kekerasan dan mencengkam kuat bahu Qaylisha.

"Tolong! Aku merayu, jangan sentuh aku!"

"Lisha saya ini, Haziq!"

Bamm!

Tiba-tiba pintu dirempuh kuat oleh seseorang. Adam tadi sebelum masuk ke dalam wad mula gusar apabila terdengar jeritan Qaylisha.

"Kau buat apa hah?!" Adam meluru ke arah dua sosok itu dan menjauhkan Haziq dari Qaylisha. Hampir jatuh Haziq namun jejaka itu langsung menstabilkan kaki supaya tidak jatuh. Dia berpaut pada dinding dan memandang Adam yang sudah mendekati Qaylisha. Tanpa sedar, Haziq mengepal kuat tangannya melihat Qaylisha sudah berhenti menjerit apabila melihat wajah Adam.

"Dia buat apa dekat awak? Cakap dekat saya!" ujar Adam dengan nada sedikit tinggi. Mata hitamnya memandang dalam mata hazel milik Qaylisha.

Adam tidak mendapat apa-apa jawapan dari Qaylisha sebaliknya yang jejaka itu dapat ialah mutiara jernih yang tumpah dari mata hazel yang indah itu. Adam terkedu.

"Sorry... Saya tak sengaja. Saya minta maaf. Awak duduk dulu," Adam beri laluan untuk Qaylisha berjalan semula ke katil namun Qaylisha hanya menggelengkan kepala.

"Awak nak pergi tandas? Pergilah. Hati-hati," ujar Adam bersama dengan pesanan ringkas. Adam membiarkan Qaylisha berjalan sendiri ke bilik air. Usai Qaylisha menghilang disebalik pintu, Adam terus meluru ke arah Haziq. Tubuh Haziq ditolak ke dinding dan kolar baju jejaka itu dicengkam kuat.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now