Bab 52 🎭🖤

464 41 21
                                    

"KAHWIN dengan dia Adam." Satu pernyataan yang membuatkan Adam tersentak selepas dia sendiri melihat keputusan DNA test itu. Adam Aysar... Anak dia.

"No. This can't be true!" Adam memaksudkan hasil DNA test itu.

"It is! Awak tak ada pilihan lain. Awak kena kahwin dengan dia. Aysar anak awak," ujar Qaylisha sambil menahan perih di dada. Dia cuba sedaya upaya menahan air matanya dari tumpah. Dia cuba untuk kuat untuk terima keputusan ini. Apa pun... Semuanya tidak boleh diubah lagi. Mereka tidak dapat ulang masa.

Adam menggeleng kecil. Kertas itu sudah renyuk di dalam genggamannya. Rahang diketap kuat. Dia sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana nasib rumah tangga mereka kalau dia kahwini Alea. Dia langsung tidak dapat bayangkan!

"Saya tak akan kahwin dengan dia. Budak itu tak ada kena mengena dengan saya! Saya tak ada anaklah dengan perempuan itu!" bentak Adam dan mencampak kertas itu pada lantai dengan kasar dan bangkit dari kerusi. Qaylisha tersentak lalu memandang wajah berang Adam.

Hanya Tuhan saja tahu apa perasaan Adam tika ini. Isteri sendiri sanggup menyuruhnya kahwin dengan perempuan lain. Perempuan yang langsung dia tidak cinta! Tidakkah kerja gila namanya?

"Apa pun yang awak tak boleh nak nafikan Aysar anak awak! Bukti dah ada Iman! Awak nak ke Aysar membesar tanpa ayah?"

"Eh saya tak pedulilah pasal budak itu! Hanya zuriat dalam perut awak itu anak saya! Budak tak tahu asal usul bukan anak saya! Bukan darah daging saya!" ujar Adam dengan nada keras. Matanya menikam mata hazel Qaylisha. Dia mendengus kasar lalu pergi meninggalkan Qaylisha sendiri.

Qaylisha mengeluh kecil. Air mata yang dari tadi ditahan tumpah jua. Qaylisha terjatuh semula di atas kerusi. Wajah sendiri diraup kasar. Allahuakhbar! Ujian apa lagi yang Engkau beri pada kami?

Surat yang dicampak oleh Adam dikutip semula. Sekali lagi dia membaca isi surat itu. Jelas tertera bahawa Adam merupakan ayah kandung Aysar. Kenyataan itu memberikan luka yang amat dalam di dalam hati Qaylisha. Tak mudah untuk dia terima bahawa suaminya sendiri sudah ada anak dengan perempuan lain sedangkan sekarang ini dia sedang mengandungkan anak Adam.

"Allahuakhbar... Kuatkanlah hambaMu ini Ya Allah! Kuatkanlah...Teguhkan diri ini agar aku tidak meninggalkan suamiku terkontang-kanting sendirian." Dada yang terasa sakit menyucuk dicengkam. Qaylisha sedaya upaya menahan tangisannya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di mata orang. Dia tak mahu kelihatan kecil di mata orang.

"Kau kuatkan juga suamiku. Kuatkan hatinya untuk menjalani ujian yang telah kau turunkan buatnya. Dia perlukan aku dan begitu juga dengan aku yang memerlukannya. Kuatkan hati kami dan kuatkan jodoh kami Ya Allah!" lirih Qaylisha sendirian. Dia berjanji dengan hatinya untuk bersama dengan Adam melalui segala ujian ini. Tiada makna dia mahu tinggalkan Adam kerana semua ini bukan salah Adam. Adam hanyalah mangsa.













"AWAK tak ada hak nak paksa saya! Sampai mati pun saya tak sudi nak kahwin dengan perempuan bertopengkan syaitan itu!" Tidak cukup di hospital, mereka menyambung bertengkar di rumah pula. Adam merempuh kasar bilik mereka dan diikuti dengan Qaylisha dibelakang. Qaylisha letakkan beg tangan di atas katil. Sosok tubuh Adam yang sedang membelakanginya direnung tajam.

"Sudi atau tidak awak kena juga kahwin dengan dia! Awak tak kesian ke pada Aysar? Awak sanggup tengok dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah?" Suara Qaylisha sedikit meninggi. Adam pusing tubuh dengan wajah bengis. Naik marah jejaka itu kerana dipaksa kahwin dengan orang yang dia sama sekali tidak cinta.

"Saya tak peduli pasal dia! Sekali pun dia membesar tanpa kasih sayang ayah, benda itu tiada kena mengena dengan saya! Awak jangan paksa saya!"

"Aysar anak awak, Iman! Tolonglah sedar! Tolonglah ada rasa tanggungjawab dalam diri itu! Walaupun dia bukan anak sah taraf, dia tetap anak kandung awak! Yang ada pertalian darah dengan awak! Tak akan awak nak lepas tangan macam itu saja?" Sambil berkata, tangan Qaylisha naik menolak Adam ke belakang, mahu melepaskan rasa amarah yang menggulung.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now