Bab 22 🎭🖤

593 54 9
                                    

SEDAR tak sedar, dua tahun telah berlalu. Selama dua tahun itu juga Adam tidak pernah menunjukkan mukanya. Qaylisha yakin Adam masih berada di Itali. Tidak pernah sekali pun jejaka itu pulang ke Malaysia. Tengah berbahagia dengan isteri baru lah itu.

Hari ini, keluarganya ada buat makan-makan di rumah. Jiran-jiran di jemput hadir sekadar mahu mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama jiran. Qaylisha dengan ramah melayan semua tetamu yang hadir. Senyuman di bibir tidak pernah terhapus sekali pun. 

Dan usai saja makan-makan selesai, masih ada lagi beberapa tetamu yang masih belum pulang. Semestinya kawan-kawan Puan Elvira, umi Qaylisha. Entah apa yang dibualkan dari petang tadi sampailah malam begini. Kawan-kawan Encik Qash pun sudah pulang.

Qaylisha sekadar mahu jaga air muka umi dan abinya, dia juga ikut sama duduk bersama kawan-kawan uminya di ruang tamu. Tidak mahulah nanti kawan-kawan Puan Elvira kata dia ini seorang yang sombong sehingga tidak bergaul dengan yang lain. Sedari dari tadi, Qaylisha hanya diam dan senyum saja mendengar topik bualan umi dan kawan-kawannya. Bukan tidak mahu bersuara langsung cumanya dia tidak berapa berminat dengan topik bualan umi dan kawan-kawannya. Sudahnya dia hanya diam dan pasang telinga.

Dan selepas itu tiba-tiba Puan Elvira meminta diri untuk ke tandas. Sempat Puan Elvira pesan pada rakan-rakannya supaya tidak pulang lagi. Qaylisha pula terkebil-kebil sendiri apabila ditinggal oleh uminya.  Qaylisha tersenyum kekok.

"Lisha. Umur Lisha dah berapa ya sekarang?" soal Puan Fazilah tiba-tiba. Qaylisha memandang Puan Faizah dengan polos apabila tiba-tiba dia terima soalan cepumas.

"Errr... 30 Aunty Faz," jawab Qaylisha gugup. Haihh... Dah tua dah aku ini.

Qaylisha sudah rasa aura-aura makcik bawang di sini! Dah tanya-tanya umur ini pasti dia akan terima soalan maut yang lain!

"Ohhh... Dah 30 dah! Masih tak ada calon suami ke?"

Kan dah cakap!

"Eh! Bukan Lisha pernah kahwin ke dulu? Dah bercerai lama dah kan?"

Double kill!

"Yelah Lisha! Tak silap bekas suami Lisha itu tiga tahun lagi muda dari Lisha kan? Kenapa ya bercerai?"

Triple kill!

Qaylisha rasa mahu pengsan mendengar soalan bertubi-tubi dari kawan-kawan uminya. Dia hanya mampu senyum dan membetulkan tudungnya.

"Dah tak ada jodoh aunty. Nak buat macam mana kan."

"Itulah Lisha! Lain kali jangan ambil suami yang lebih muda dari kita. Nanti jadi macam itulah! Ikut kepala dia saja! Tak matang pula itu," sela Puan Asyida. Wanita paruh baya yang juga menyoal dia tadi.

"Bertahan setahun je kan? Tapi tak akan dalam masa setahun itu, kau orang tak ada anak?" soal Puan Fazilah membuatkan Qaylisha tersentak. Qaylisha telan air liur mendengar soalan maut yang satu itu. Anak. Topik yang sering hangat menjadi perbualan orang ramai. Kenapa... Semua orang suka bangkitkan isu anak?

"Tak ada," jawab Qaylisha perlahan. Dia menunduk memandang jari sendiri yang berada di atas peha. Kalau ikutkan dia mahu beredar dari situ tetapi dia tidak mahu jadi orang yang kurang adabnya. Jadi terpaksalah dia tadah saja telinga mendengar soalan-soalan bodoh itu.

Wanita-wanita paruh baya di situ menggeleng kepala kecil. Ada juga yang menunjukkan riak kesian. Dan ssmua itu membuatkan Qaylisha malu.

"Mungkin sebab itu kut bekas suami Lisha ceraikan Lisha. Biasalah... Lelaki kan? Dia orang semua nak anak. Bila dah dapat isteri mandul tak akanlah nak simpan lagi kan?" Salah satu dari empat wanita paruh baya itu bersuara membuatkan Qaylisha ingin lepaskan tangisannya di situ juga namun dia tahan saja. Allahuakhbar... Kuatkanlah aku Ya Allah.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now