Bab 53 🎭🖤

346 35 9
                                    

MEREKA saling beradu mata tanpa mengendahkan kewujudan Alea dan Aysar. Qaylisha menggenggam erat pemegang bagasi itu bersama wajah ketat sementara Adam mempamerkan riak wajah puas hati kerana Qaylisha tidak melangkah lagi. Qaylisha fikir hanya dia saja yang boleh mengugutnya? Adam juga boleh mengugut Qaylisha!

Nak tak nak Qaylisha mengorak langkah ke tangga semula kerana mahu masuk bilik. Baru saja dia mahu mengangkat bagasi itu bersamanya tetapi ada satu tangan lagi merampas lembut bagasi itu. Tidak cukup dengan itu tangannya digenggam erat oleh Adam. Dalam sekelip mata, anak mata mereka bertaut.

Adam merenung hangat anak mata hazel Qaylisha yang sudah berair. "Biar saya tolong awak."

Qaylisha ingin melepaskan genggaman Adam pada tangannya namun tidak boleh kerana genggaman Adam begitu erat namun tidak menyakitkan. Adam menjeling Alea yang berada di belakang.

"Kau blah dari sini. Kalau aku turun dan aku masih nampak muka kau orang anak beranak... Kau tahu apa nasib kau. Aku harap kau tak lupa apa yang aku pernah buat pada kau. Aku boleh bertindak jauh dari itu," ujar Adam dingin dan menarik tangan Qaylisha agar mengikut langkahnya masuk ke dalam bilik.

Alea berdecit kasar dan menarik kasar tangan Aysar lalu keluar dari rumah itu. Sia-sia saja dia datang ke rumah ini! Pendirian Adam tetap dan tidak pernah berubah!

Masuk sahaja dalam bilik, Qaylisha menepis kasar tangan suaminya. Sepasang mata jejaka itu direnung dengan tajam bak bilah pedang.

"Awak nak ceraikan saya lagi huh?"

"Ilya... Saya tak bermaksud macam itu pun tadi-"

"Tak bermaksud apa hah?! Kalau saya betul-betul keluar dari rumah tadi awak rasa saya akan pergi dengan status isteri awak ke hah? Tak! Kalau saya keluar tadi perkahwinan kita sekarang ini sudah tiada apa-apa!"

"Awak tak keluar pun tadi kan, jadi apa masalahnya?"

"Awak ugut saya dengan kuasa talak. Semudah itu awak buat kerja kan? Semudah itu saja awak nak jatuhkan talak pada saya!" Qaylisha menolak kasar dada Adam sehingga jejaka itu terundur ke belakang.

Adam memejam sekejap matanya usai menerima tolakan kasar dari Qaylisha. "I'm sorry. Saya tak ada niat nak ugut awak. Saya cuma tak nak awak pergi... Saya sayang awak Ilya. Saya tak nak awak pergi dari hidup saya. Without you... I'm nothing. You're my everything. My life, my backbone, my soul, my colour and... My wife."

"Saya dah beri pilihan pada awak. Saya akan stay kalau awak kahwin dengan Alea. That's all!"

"You know what? You didn't give me a choice! Saya tak nak awak pergi dan saya tak nak kahwin dengan perempuan itu! That's my choice! Do you get it Qaylisha Ilyana?"

"No! Kalau awak tetap pilih itu okay fine! Saya juga ada pilihan saya sendiri! I'll leave this house no matter what! Saya tak kisah sama sekali kalau saya pergi dari rumah ini dengan status bukan isteri kepada Muhammad Adam Al-Iman!" bentak Qaylisha membuatkan Adam tersentak. Adam telan air liur dengan kata-kata Qaylisha. Nampak seperti Qaylisha betul-betul tekad kali ini.

"Once I step ahead from this house then I will no longer your wife!" Tambah Qaylisha lagi dan melangkah pergi dari bilik mereka. Mata Adam membulat melihat isterinya melangkah pergi tanpa membawa bagasi. Adam menggeleng kepala sendiri dan mengejar Qaylisha.

Dalam sekelip mata Qaylisha masuk dalam pelukan Adam. "No! No! Please don't go! Jangan siksa saya dengan cara macam ini Ilya!"

"Let me go! You're the one who choose this path!" Qaylisha berkeras mahu melepaskan dirinya namun pelukan Adam dipinggangnya begitu erat sehinggakan dia tidak mampu melepaskan diri dan akhirnya dia pengsan dalam pelukan Adam.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now