Bab 6 🎭🖤

652 63 2
                                    

QAYLISHA hanya santai membuat kerjanya walaupun asyik ada saja yang menjelingnya. Dia tahu sangat siapa yang rajin menjelingnya itu. Alea lah orangnya. Entah apa salah dia pun tak tahu sampai Alea rajin sangat menjelingnya. Lantaklah... Yang penting tak menyusahkan aku.

"Woi!" Sedang dia mengelap meja, ada pula suara yang menyergahnya membuatkan bahunya terhinjut akibat terkejut. Gangster mana pulak yang sergah aku ini?

"Apa?" soal Qaylisha selamba dan menyambung lap meja. Haih... Kenapalah aku kena bertugas di tingkat dua ini dengan dia? Dah lah dia ini... Sergah serupa macam nak telan aku.

"Kau masih belum jawab lagi soalan aku hari itu."

Qaylisha menjeling Alea dengan malas. Dia mendengus kecil. Tangannya masih ralit mengelap meja. "Saya tiada apa-apa hubungan pun lah dengan Tuan Anderson itu. Saya cuma bibik dalam rumah ini. Sama macam awak. Baju kita ini pun sama. Tak nampak ke? Kesian... Muda-muda dah buta."

"No! We're not same, girl! I'm special to Nathan. But you're nothing to him!"

"Ha kalau macam itu sibuk nak cari gaduh dengan saya ini lagi kenapa? Awak kan special sangat bagi Nathaniel Hadrey Anderson... Jadi buat apa nak tergugat sangat dengan kewujudan saya ini?" ujar Qaylisha selamba dan berhenti dari mengelap meja. Dia tersenyum puas apabila meja itu sudah berkilat.

"You... Such a shameless girl!" Alea tiba-tiba berang dan berlalu pergi meninggalkan Qaylisha di situ seorang diri. Qaylisha menjelirkan lidahnya pada Alea yang sudah berlalu pergi.

"Hurgh! Sibuk nak bangga sangat pasal Nathan kau itu! Padahal bekas aku aje!" amuk Qaylisha dengan geram. Nasib baik dia seorang saja sekarang ini. Bolehlah dia nak membebel sepuasnya. Qaylisha amat geram dengan sikap Alea.

Habis puas dia melepaskan amarahnya tanpa sengaja dia tertoleh ke arah satu frame gambar yang tersusun elok di atas meja panjang yang baru dia lap tadi. Wajah lelaki paruh baya di dalam frame itu dipandang. Oh! Inilah... Nickhel Hudz Anderson!

Bila diamati wajah Tuan Nikchel dengan betul, baru dia perasan yang muka Adam mirip dengan muka Tuan Nikchel. Tetapi... Raut wajah Tuan Nikchel lebih menyeramkan. Wajahnya amat tegang dan serius. Terasa auranya menusuk ke dada. Tahulah dia mana Adam dapat personaliti yang dingin dan tiada perasaan itu.

Qaylisha toleh pula pada satu lagi frame. Oh! Nadine dan Tuan Nikchel. Gambarnya amat formal dan wajah Nadine terlihat tidak berapa matang lagi. Pasti ini sewaktu Nadine masih lagi remaja.

Bila difikirkan semula... Semua gambar yang ada di atas meja panjang ini semua gambar Tuan Nikchel dan Nadine. Langsung tiada gambar Adam dan Puan Natrah.

Qaylisha jongketkan sebelah bahunya. Cuba berfikir positif. Mungkin selepas penceraian Tuan Nikchel dan Puan Natrah, mereka jarang berhubung sehingga langsung tiada gambar lengkap mereka bersama. Lagi pun... Tuan Nikchel dan Puan Natrah sudah bercerai bukan? Buat apalah mahu ambil gambar bersama-sama semata-mata untuk jadi perhiasan di rumah.

"Lisha!"

Qaylisha tersentak dan menoleh ke sisi. Tersenyum kecil Qaylisha melihat Jane berlari-lari ke arahnya.

"Why Jane? Is there anything I can help you?" soal Qaylisha lembut. Jane sudah tersengih malu.

"Nothing! I just want to make sure that witch not disturb you. By the way... Where's she?"

"Witch? Who?"

"You know who is it..."

"Lea?"

"Yes!"

"Errr... Just know she leave me. I think she clean up at other places. And why are you here? Are your work is done?" soal Qaylisha di akhir ayatnya. Dia menjongketkan sebelah keningnya.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now