Bab 40 🎭🖤

512 53 6
                                    

ADAM menyebak rambutnya ke belakang. Serabut kepalanya sekarang apabila isterinya diculik oleh orang!

Sekarang ini di ruang tamu hanya ada ahli keluarga lelaki. Puan Elvira, Puan Natrah, Nadine dan juga Mawar berada di dalam bilik untuk menjaga anak-anak mereka dan juga Arshan.

"Sayang...," bisik Adam sendiri. Dari tadi ruang tamu ini menjadi tegang. Suasana yang harmoni dan tenang tadi berubah dengan drastik apabila mendapat khabar dari Adam bahawa Qaylisha diculik. Dan penculik itu masih belum dikenal pasti memandangkan kejadian itu tidak disedari oleh sesiapa.

"Assalamualaikum." Semua menoleh ke arah Emir dan beberapa anggota polis yang lain yang baru tiba setelah melakukan soal siasat jiran-jiran di sekitar kawasan rumah ini. Disebabkan di luar rumah ini tidak punya CCTV, Emir perlu menyoal siasat jiran-jiran di sini.

"Emir, macam mana?" soal Encik Qash gusar. Qaylisha adalah satu-satunya anak perempuannya. Bila perkara begini berlaku pada puterinya itu sudah semestinya dia risau.

"Emir dah soal siasat jiran-jiran di sini. Ada yang kata dia orang nampak Lisha ada berbual dengan seorang lelaki dekat luar rumah."

"And dia orang perasaan lelaki itu bawa kereta. Audi R8, warna hitam. Number plate tak sure." Tambah Emir lagi.

"Jadi memang confirm ke lelaki itu yang culik Lisha?" soal Qalish membuatkan Emir memandang ke arahnya.

"Not sure. Masa kejadian itu tiada sesiapa yang nampak. Jiran nampak yang dia orang berbual sahaja. Tiada pergelutan langsung. But aku still akan try track kereta itu. He might be the suspect."

Apabila yang lain sibuk menyoal Emir, Adam hanya diam sambil ligat memikirkan sesuatu. Audi R8. Warna hitam. Adam terus mengangkat kepalanya memandang Emir.

"Number plate kereta itu VS 307M. Aku nak kau cari kereta itu cepat. I know who he is." Adam bersuara tiba-tiba. Yang lain tergamam apabila Adam boleh tahu nombor plate kereta itu. Bagaimana..

"Okay."

"Macam mana kau boleh tahu?" soal Qayish dan mencekak pinggangnya. Wajah Adam dipandang serius. Begitu juga dengan Adam.

"Adam. Abi nak bercakap sikit dengan Adam boleh?" pinta Encik Qash tiba-tiba. Adam mengangguk kecil sebelum mereka berdua melangkah ke dapur. Qalish memeluk tubuh bersama mata mengikut pergerakan abinya dan Adam. Abi mesti sudah syak sesuatu. Dan Adam... Sepertinya tahu siapa penculik itu. Qalish dapat membaca semuanya dengan mudah.

"Penculik itu... Orang yang sama yang nak rogol adik kita," ujar Qalish pada Qayish. Qayish mengetap kuat rahangnya.

"Tak guna. Qay tak akan lepaskan dia kali ini."











"ABI nak tanya Adam sesuatu. Dan abi harap Adam dapat jujur dengan abi," ujar Encik Qash dengan nada perlahan. Mata helang itu merenung serius menantunya. Adam telan air liur dalam diam.

"Apa dia abi?"

"Tiga tahu yang lepas. Kenapa... Adam ceraikan anak abi? Adakah betul hanya sekadar sebab dia mandul? Atau ada sebab lain yang Adam tak beritahu pada sesiapa?"

"A-Adam..."

"Adam kena paksa dan diugut?" teka Encik Qash membuatkan Adam terkedu. Macam mana... Abi boleh tahu?

"Adam minta maaf abi. Dulu Adam bukan suami yang baik. Adam gagal lindungi anak perempuan abi," ujar Adam dan menunduk. Encik Qash hanya diam. Walaupun Adam seperti tidak menjawab soalannya, dia sudah dapat jawapannya. Penceraian tiga tahun lepas... Bukan atas kerelaan Adam.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now