Bab 35 🎭🖤

502 51 2
                                    

QAYLISHA mengheret bagasinya dan berjalan ke ruang tamu mahu keluar dari rumah itu. Rumah itu bukan miliknya lagi. Dia bukan lagi isteri Adam. Dia tidak mahu jadi pengemis kerana ingin mengemis kasih pada orang yang sudah tidak sudi.

Langkah Qaylisha mati saat dia berada di ruang tamu. Terus matanya dilarikan ke arah meja makan. Qaylisha berjalan mendekati meja makan dan mengambil sekeping gambar yang sudah dia selitkan di bawah pinggan. Hadiah ulang tahun perkahwinan dari Qaylisha untuk Adam.

"Baby... Mummy minta maaf. Mummy tak dapat beri kesempatan untuk baby terima kasih sayang dari daddy," ujar Qaylisha sayu seraya mengusap perut kempisnya. Alhamdulillah setelah setahun penantiannya, tengahari tadi dia terima berita gembira. Ada satu nyawa di dalam rahimnya. Dia mahu beritahu Adam tentang hal ini tapi apabila ingatkan Adam menggelar dia sebagai perempuan mandul, Qaylisha kuburkan saja niatnya. Biarlah Adam tidak tahu tentang kewujudan bayi di dalam rahimnya.

Qaylisha gigit bibir apabila terasa air mata bertakung. Terus dia berjalan ke arah bagasinya dan menyeret bagasi itu keluar dari rumah. Qaylisha tidak tahu hala tujunya.

Qaylisha jatuhkan dahi di stereng keretanya. Patutkah... Dia pergi ke rumah abi? Dia sudah tiada sesiapa. Sahabatnya Dila itu ada di Kedah kerana ada urusan kerja. Khayra pula sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Qaylisha putuskan untuk pulang ke rumah abi. Terus dia menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi dari kawasan rumah itu.






QAYLISHA termenung sendiri di atas katil. Tangannya tidak berhenti mengusap perutnya dan mata memandang kosong ke arah sebelah. Selalunya apabila dia pulang ke sini, akan ada Adam di sebelah menemaninya tetapi kali ini dia pulang ke rumah abi seorang diri.

Umi sudah menyerangnya dengan beberapa soalan dan dia tidak mampu jawab satu pun. Syukur ada abi yang mempertahankannya. Kalau bukan sebab abi memang umi dah jadi polis dah nak siasat segala benda. Yalah! Jarang-jarang dia datang ke sini seorang diri. Dengan bagasi besar pula itu.

"Baby... Mummy minta maaf okay? Sebab mummy... Baby tak dapat kasih sayang daddy. Tapi baby jangan risau okay? Mummy ada. Kita jadi peneman antara satu sama lain okay?"

"Ya Allah... Kuatkanlah aku, Ya Allah. Kuatkanlah. Andai semua ini ujian untuk aku, aku reda Ya Allah. Terima kasih atas kehadiran bayi ini," lirih Qaylisha membiarkan air mata yang bertakung menitis ke atas katil. Dalam pada sedih ini, dia juga bahagia dengan kehadiran bayinya. Alhamdulillah Allah SWT berikan kesempatan untuk dia merasai menjadi seorang ibu walaupun sudah bergelar janda.

"Baby lah penguat mummy. Mummy sayang baby. Terima kasih sebab hadir di dalam rahim mummy. Baby tahu-tahu je mummy perlukan seseorang saat ini," ujar Qaylisha lembut dan tersenyum nipis. Sejurus itu air matanya menitis melimpah ruah.

Segala perkara bermain di akal fikirannya. Qaylisha tidak dapat berhenti memikir masalahnya sehingga dia susah untuk tidur. Tambahan pula perutnya tiba-tiba meragam. Terasa seperti mencucuk.

Dan sampai pada satu masa, Qaylisha masih tidak dapat melelapkan matanya lagi. Rasanya hanya sekejap saja dia tidur. Tak sampai enam jam pun. Qaylisha sendiri tidak tahu pukul berapa sekarang ini.

Tangan Qaylisha masih tidak lari dari menyentuh perutnya yang sakit. Seperti duri yang sedang mencucuk dinding rahimnya. Dahinya sudah mengeluarkan peluh dingin.

Akhirnya Qaylisha buka matanya dan menahan perih di perut. Lampu tidur di tepi katil dibuka dan Qaylisha duduk melunjur. Tangan Qaylisha menyelak duvet apabila terasa katilnya itu basah.

Usai menyelak duvet, Qaylisha tergamam melihat darah yang banyak di atas katil. Tangan menekup mulut dan air matanya terus menitis tanpa henti. Saat itu juga sakitnya semakin menjadi-jadi. Tak... Tak... Baby...

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now