Bab 3 🎭🖤

811 59 2
                                    

KELOPAK mata yang masih berat dipaksa buka sebelum dia meringis kecil. Dia bangkit dari baringnya dan mengimbas bilik itu. Dekat mana pula ini? Bilik ini tampak asing dengan biliknya di rumah sewa Khayra. Bilik ini lebih mewah dan lengkap dengan perabot. Besar betul!

"Prendi la ragazza!"

Mata Qaylisha terus membulat apabila suara itu melintas di akal fikirannya. Dia sudah ingat! Semalam dia ada buat sesi kejar mengejar dengan penyangak di Itali ini! Selepas itu er... Ha! Dia termasuk ke dalam satu rumah agam! Adakah ini rumah agam itu?

Baru saja mahu selak duvet yang membalut tubuhnya tetapi pintu yang dikuak dari luar menarik perhatiannya dan tindakannya terhenti. Mata memerhati gerangan yang baru masuk ke dalam bilik ini.

"Signora stay! Your condition is still not stable!" Qaylisha terkaku sendiri. Pembantu rumah ini pandai berbahasa inggeris? Huh! Alhamdulillah! Tak adalah susah-susah nak pakai Google translate!

"Where am I?" soal Qaylisha perlahan. Matanya berlari melihat ruang bilik yang begitu asing baginya.

"You're at Signor Anderson places." Mudah jawapan pembantu rumah itu. Dahi Qaylisha berkerut sedikit. Signor Anderson? Adakah... Orang yang sama seperti yang Khayra katakan? Ooh! Patutnya Khayra yang berada di sini, dapatlah Khayra jumpa Mamat Johnson's itu! Dia nak keluar dari sini!

"Sorry. But I need to go home. My friend is looking for me," ujar Qaylisha dan kalut mahu bangkit dari katil. Dia dengar pembantu rumah itu menghalangnya kerana 'Signor Anderson' nya itu tidak beri dia berganjak dari katil ini tapi ada dia kisah? Dia bukannya hamba si Signor Anderson itu sampai perlu ikut kata-kata dia! Aku hanya nak balik!

"Please stay Signora! Signor Anderson will mad if he know you're doing this!"

"Sorry... But not sorry! I don't care about him," ujar Qaylisha selamba dan dia sudah selamat bangkit dari katil. Dia berjalan ke pintu dan memulas tombol.

Akibat tindakannya yang terburu-buru ingin keluar dahinya sudah bercium dengan tubuh seseorang. Keras betul! Makan batu ke mamat ini? Qaylisha meringis kecil dan mengusap dahinya sebelum mengangkat kepala.

Bila dia sudah angkat kepala, mata dingin itu sudah sedia merenung wajahnya. Qaylisha terkaku sendiri melihat wajah yang tidak asing baginya. Tidak tahulah sama ada ini adalah imaginasi dia atau tidak. Tak mungkin! Rasanya ini imaginasi! Mustahil jejaka dihadapannya ini adalah jejaka yang amat dia kenali. Tak akanlah jejaka ini kerja di sini kut? Pakaian pun biasa je... Ke dia kerja kebun? Ya Allah! Apa kau merepek ini Qaylisha?

"Done staring at me huh?" soal jejaka itu sinis dan sombong. Kemarahan di dalam diri membara pula mendengar suara jejaka itu. Sah! Ini memang dia!

"Move. I want to get out from here," ujar Qaylisha dingin tanpa memandang lagi wajah jejaka itu. Buat apa nak tengok? Buat sakit hati je!

Bila Qaylisha mahu melintasi jejaka itu, tangan jejaka itu sudah menghalang jalan Qaylisha. Mereka merenung satu sama lain dengan seribu perasaan. Qaylisha sendiri keliru. Apa yang perlu dia rasa setelah berjumpa dengan jejaka ini?

Bila jejaka itu mengambil langkah mendekatinya, Qaylisha terus mengundur sehinggalah mereka sudah sedikit jauh dari muka pintu. Mata jejaka itu memandang sosok di belakang Qaylisha. Lebih dingin dan tanpa riak.

"Get out, Jane. Let me handle her. This naughty girl... Should take a lesson from me," ujar jejaka itu memandang tepat ke arah anak mata hazel Qaylisha.

Pembantu rumah yang bernama Jane itu terus tergopoh-gopoh keluar dari bilik meninggalkan mereka berdua. Sebelum itu dia juga sempat mengunci pintu dari dalam atas arahan last minute tuannya.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now