Bab 32 🎭🖤

483 43 3
                                    

KALAU ikutkan hati, Qaylisha tidak mahu datang ke rumah keluarga Adam tetapi faham-faham sajalah, Adam suka betul memaksa! Adam tidak mengizinkan dia dan dua anak buahnya pulang ke rumah melainkan mereka harus pergi ke rumah keluarga Adam untuk makan malam.

Qaylisha jeling Adly, Arshan dan Eiyad yang sedang bermain di tempat duduk belakang melalui pantulan cermin. Setelah itu, Adam pula dijelingnya. Adam santai memandu kereta tanpa memandang Qaylisha.

Ting!

Qaylisha tunduk memandang telefon sendiri yang berada di tangan. Angah!

'Woi! Kau bawa anak aku ke mana? Dah pukul 6 lebih ni tak akan tak balik-balik lagi?'

Qaylisha telan air liur. Alamak! Lupa pula nak beritahu Qayish yang dia culik anak Qayish! Mesti sekarang Qayish berada di rumah umi dan abi.

'Bawa keluar sekejap dengan Ayie sekali. Adik nak bawa dia dinner rumah kawan. Nanti sebelum isyak kami balik. Janganlah risau sangat angah!'

Ting!

Laju saja Qayish membalas.

'Kawan? Siapa? Dila? Khayra? Atau Adam? 😑😑'

Qaylisha gigit bibir dan menjeling Adam melalui ekor mata.

'Errr... Yang last sekali tu?'

Ting!

'Adam? Sejak bila pula berkawan dengan duda sendiri ini. Kau biar betul dik! Apa-apa jelah. Jangan balik lewat-lewat. Pukul sembilan tak balik lagi aku tonyoh muka kau dekat jalan tar.'

Qaylisha menahan mata dari menjulingkan ke atas. Halah ugut-ugut pulak! Dia ingat aku ini masih remaja ke nak ugut-ugut macam ini?

'Ye. Assalamualaikum.'

Qaylisha senyum puas.

'Waalaikummusalam 😒'

Wanita itu tergelak kecil. Puas hati dapat kenakan abang sendiri. Itulah ugut-ugut sampai lupa beri salam.

Qaylisha masukkan telefon dalam beg tangan dan melemparkan pandangan di jalan raya. Ah... Seronok betul ada 'driver' ini! Selalunya kalau nak ke mana-mana kena pandu kereta sendiri, hari ini ada 'driver' tak bergaji pula!













QAYLISHA sehabis pasrah apabila selamba saja dua anak buahnya berlari bersama Eiyad, usai mereka turun dari kereta. Mereka bertiga berdesup masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Qaylisha dan Adam di belakang.

Sementara itu Adam hanya senyum melihat tingkah tiga kanak-kanak itu. Wajah Qaylisha dijeling. "Comel je kan dia orang?"

Adam memecahkan kesunyian di antara mereka yang dalam perjalanan ingin masuk ke dalam rumah. Qaylisha sekadar angguk kecil.

"Kan best kalau... Anak kita pun boleh sertai dia orang. Tapi nak buat macam mana kan? Tak ada rezeki kita. Lagi pun kita ini macam dah tak ada jodoh. Mustahil untuk ada seorang lagi budak di dalam keluarga ini."

"Hm betullah itu."

"Yang mana satu?"

"Kita dah tak ada jodoh. Tapi mustahil untuk ada budak dalam keluarga awak tak kut. Kak Aisyah kan tengah mengandung," ujar Qaylisha selamba. Adam tunduk memandang lantai mozek dan tersenyum nipis.

"Maksud saya anak daripada saya."

"Kalau macam itu kahwinlah. Mesti boleh dapat anak punya. Dan mungkin... Tak perlu tunggu lama-lama pun," ujar Qaylisha lagi dan mereka berhenti di hadapan pintu rumah. Mereka sama-sama memusing tubuh menghadap satu sama lain.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now