Bab 20 🎭🖤

556 45 9
                                    

QAYLISHA tersenyum apabila kepulangannya disambut dengan hangat oleh keluarga sendiri. Ketiga-tiga anak saudaranya memeluk erat tubuhnya seakan-akan tidak mahu dilepaskan.

"Yeayyy! Mak cu dah balik!"

"Mak cu ayikk!"

Qaylisha tergelak kecil dan membalas pelukan Ayin, Ayie dan Ashan. Qaylisha pasrah apabila kedua-dua belah pipinya dicium manja oleh tiga budak kecil itu. Tengoklah betapa baiknya dia pada anak-anak buahnya sehingga mereka bertiga sangat sayang dan manja dengan dia. Hehe nak bangga sikit!

"Sudahhh... Jangan digomolnya mak cu tu! Dah lah dia belum mandi lagi. Entah apa virus dia bawa dari Itali itu," ujar Qayish selamba dan mengambil anaknya, Qayl Arshan yang dipanggil Ashan itu. Terus Qayish menerima jelingan dari Qaylisha. Cisss! Dasar abang!

"Pergi bersihkan diri, lepas itu rehat. Ayin, Ayie, Ashan, bagi mak cu rehat dulu okay?" Qalish bersuara pula. Qaylisha dan ketiga-tiga anak buahnya mengangguk serentak lalu Qaylisha pamit pergi.

Qaylisha mengatur langkah ke bilik sendiri. Tubuh dihempas kasar di atas katil dan Qaylisha merenung siling biliknya. Qaylisha terus memejam rapat matanya apabila terbayangkan Adam yang sedang bersama dengan Alea di atas katil. Ya Allah! Kenapa susah sangat mahu usir semua itu? Lagi dia ingat tentang perkara itu lagi sakit hatinya.

"Allahuakhbar.... Bantu aku Ya Allah. Aku mahu lupakan dia kali ini. Aku mahu lupakan dia. Tolong padam namanya di hati aku," bisik Qaylisha seraya menyentuh lembut dadanya. Kali ini dia tidak main-main lagi. Dia mahu lupakan Adam. Dia tak akan sesekali menerima Adam walau apa yang terjadi.

Dia penat disakiti lagi. Adam benar-benar membuat dia tawar hati sehingga dia tidak mahu buka hati untuk mana-mana lelaki. Seorang Qaylisha Ilyana sudah serik disakiti. Kali ini dia tidak bakal jatuh lagi pada mana-mana lelaki termasuk Adam.

Qaylisha lantas mencelikkan mata dan berjalan masuk ke dalam bilik air, mahu membersihkan diri. Dia mahu luangkan masa dengan keluarganya selepas ini agar dia dapat lupakan kenangan pahit di Itali.
















KATA mahu luangkan masa sangat tapi pada akhirnya dia yang bawa diri ke halaman rumah setelah selesai makan malam bersama keluarga besarnya. Qaylisha diam duduk di kerusi yang berada di halaman rumah dan merenung tanah.

Qaylisha mengunci mulutnya sambil merenung kosong tanah yang berumput itu sehinggalah ada yang menegurnya. Lantas wanita itu mengangkat kepalanya.

"Along," panggil Qaylisha perlahan dan tersenyum nipis pada abang pertamanya itu. Dan Qalish dengan tenang membalas senyuman adiknya. Qaylisha hanya diam dan menunduk merenung tanah kembali. Dia tahu maksud senyuman abangnya.

Qalish membuka langkah mendekati Qaylisha lalu melabuhkan punggung di sebelah adiknya itu. Qalish turut memandang tanah sebelum menoleh memandang adiknya pula yang kembali termenung.

"Adik okay tak?" soal Qalish lembut membuatkan Qaylisha sedikit terharu dengan keperhatinan abangnya itu. Qalish adalah seorang abang yang dingin perwatakannya. Tetapi dalam dingin itu tetap ada rasa sayang pada adik-adiknya sendiri. Apabila Qalish sudah bersuara tambah-tambah lagi menyoal tentang keadaannya, tersentuh Qaylisha dibuatnya.

Qaylisha sekadar angguk kecil dan mengangkat kepalanya merenung langit pula.

"Adik masih ingat pada dia?" soal Qalish lagi. Dia turut sama merenung langit dan menjeling adiknya sekilas. Mahu melihat respon wanita itu dengan soalannya. Qaylisha tersenyum perit.

"Mustahil adik boleh lupakan dia. Dia yang adik anggap sebagai penguat akhirnya tinggalkan adik sendiri di sini. Tapi tak apa... Adik reda dengan ketentuan Allah. Mungkin adik tak layak untuk dia," ujar Qaylisha perlahan. Qaylisha tahu maksud 'dia' itu ditujukan pada siapa.

"Adik jangan risau. Adik ada keluarga yang sentiasa ada dengan adik. Abi, umi, kak long, along dan angah..."

"Ha! Apa ini sebut-sebut nama Qay?" Tuan empunya badan sudah sampai. Qayish labuhkan punggung di sebelah Qaylisha dan sekarang Qaylisha dihimpit oleh dua abang kembarnya yang bertubuh sasa.

"Itali macam mana, okay?" soal Qayish dan meletakkan tangannya di tempat penyandar di belakang Qaylisha. Qaylisha toleh memandang Qayish sebelum senyum tipis.

"Okay je. Tak ada apa yang menarik pun," balas Qaylisha mudah dan dia kembali merenung tanah. Terus sepasang kembar itu memandang satu sama lain dan memandang Qaylisha pula.

"Biar betul? Habis itu buat apa stay sana sampai tiga bulan? Kata nak duduk sana sebulan je!" Qayish menyoal sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Nak teman Khayra lah... Tak akan tak boleh?" dalih Qaylisha dan menjeling Qayish. Langsung Qayish berdecit. Qalish hanya menggelengkan kepala menonton pertelingkahan kecil dua adiknya.

"Ye lah itu! Entah-entah dah sangkut dengan mana-mana mamat Itali dekat sana! Baik kau cakap dengan angah dik!" tuduh Qayish dan merenung tajam wajah adiknya dari samping. Selepas penceraian adiknya, dialah yang paling tidak suka dengan mana-mana lelaki yang cuba rapat dengan adiknya. Berbeza dengan Qalish yang kekal tenang dan langsung tidak melatah apabila ada yang cuba mendekati adiknya. Qalish percaya adiknya itu pandai membawa diri.

"Tak adalah angah! Along tengok angah ini!" Qaylisha terus mengadu dan merapati alongnya. Bibirnya memuncung dan wajah Qayish dijeling tajam.

"Tak payah nak tengok-tengok lagi. Muka kita orang ini sama," bidas Qayish lalu menjentik dahi adiknya. Menjerit kecil wanita itu dibuatnya.

Qaylisha kembungkan pipinya dan memeluk lengan Qalish. Habis keluar sifat anak bongsunya. Qaylisha memberi isyarat pada Qalish supaya membantunya. Selalunya Qalish memang akan berpihak pada dia kalau-kalau dia bergaduh dengan Qayish tetapi ada juga kadang kala Qalish berpihak pada Qayish. Yalah... Kembar sejati lah dikatakan!

"Dahlah itu, Qay! Karang benjol dahi adik! Nanti tiada siapa yang nak dekat janda ini," ujar Qalish tenang membuatkan Qaylisha yang ingin mengukir senyum terus mati. Terus dia melepaskan rangkulan di lengan Qalish.

"Dasar kembar tua!" kutuk Qaylisha tidak puas hati. Terus pecah tawa sepasang kembar itu sebelum mereka membuat high five di belakang Qaylisha.

"Eh! Tua-tuanya kita orang, tua lagi abi!" Qayish tiba-tiba mengaitkan abi mereka. Entah-entah tersedak abi dekat dalam rumah itu.

"Tua-tua abi pun still handsome and awet muda! Kau orang? Dua-dua hampeh!" Qaylisha pertahankan abi kerana dia adalah anak manja abi!

Qalish dan Qayish terus menjulingkan matanya ke atas. Hampeh-hampeh ini pun masih ada orang yang nak tau?

"Ha! Abi dengar macam ada orang duk sebut-sebut ini. Apahal?" Along kawasan dah sampai! Qayish terus menelan air liur melihat kemunculan abi mereka. Habis... Menyesal dia kata abi tua tadi.

"Dia orang kata abi tua, abi! Sebat dia orang! Tak pun halau dia orang!" Laju saja mulut Qaylisha mengadu. Habis terlupa semua kedukaannya. Seronok dia dapat kenakan abangnya.

"Qay je eh! Qal tak cakap apa-apa pun." Terus Qalish membela diri.

"Gurau je abi... Abi tua-tua pun still handsome and awet muda!" Lantas Qayish mengulang ayat Qaylisha tadi membuatkan Qaylisha terkekeh kecil. Encik Qash hanya tersenyum dan menggeleng kecil. Anak-anaknya itu walaupun sudah menginjak dewasa malah sudah mempunyai anak, mereka bertiga masih tidak berubah. Masih lagi anak-anaknya yang dahulu kuat mengusik antara satu sama lain bila tiga-tiga sudah berkumpul.

Namun Qalish jarang berdebat sesama adik beradiknya tapi kalau Qalish sudah ikut campur, memang bertambah heboh lah sebab Qalish bakal berat sebelah. Kadang-kadang berpihak pada Qayish dan kadang-kadang berpihak pada Qaylisha. Qayish dan Qaylisha saja yang selalunya berperang mulut.

Tanpa Qaylisha sedar, tiga lelaki itu sedang merenung hangat ke arahnya. Mereka bertiga bersyukur apabila dapat melihat kembali senyuman dan tawa Qaylisha Ilyana. Wajah Qaylisha kelihatan lebih berseri apabila dia tersenyum dan tertawa. Tawa merdu itu membuatkan hati Encik Qash lega mendengarnya kerana sekurang-kurangnya hilang sekejap perasaan duka wanita itu.































Saya rasa chapter ni macam pendekss perlu ke saya up satu lagi chapter?? 🙃🙃



















Anderson's Temptation Where stories live. Discover now