Bab 7 🎭🖤

672 64 2
                                    

HARI INI Qaylisha berasa agak lain sedikit kerana hari ini Adam tidak bekerja dan dia ada di dalam rumah agam ini. Habis segala kerja dia buat dengan perasaan yang tidak tenang. Dia takut dia bakal bertembung dengan Adam.

Haih... Kan bagus kalau hari-hari dia kerja. Nanti aku hanya perlu hadap dia waktu pagi dan malam aje.

Sedang Qaylisha menyiram pokok sambil menyanyi kecil, dia dihampiri seseorang. "Lisha."

"Yes?" Sahut Qaylisha lembut. Dia memandang lembut ke arah Ellen yang juga pembantu rumah agam itu.

"Signor Anderson, ask you to make him a milk and send it to his office room," ujar Ellen lembut. Qaylisha tersenyum janggal dengan kata-kata Ellen. Dengar saja perkataan 'Signor Anderson' dia dah tak senang duduk.

"Errr... Right now?" soal Qaylisha agak bodoh. Takkanlah tahun depan pulak kan?

Ellen angguk kecil dan berlalu pergi. Qaylisha menjulingkan matanya ke atas dan menutup paip air. Tangan yang sedikit basah dilap dengan baju. Setelah itu, dia bergerak masuk ke dalam rumah agam dengan perasaan yang kurang senang.

Sampai di dapur, dia mula membancuh susu untuk tuan besar rumah agam itu. Selesai membancuh susu, dia mengatur langkah ke lif untuk naik ke tingkat empat. Kebetulan saat dia ingin masuk ke dalam lif, Joshua sudah berada di dalam lif. Joshua pula apabila tersedar dengan kehadiran Qaylisha di depan lif, sigap dia menahan pintu lif dari tertutup. "Come in, signora."

Mereka saling membalas senyuman sebelum Qaylisha melangkah masuk ke dalam lif. Mereka berdiri bersebelahan sebelum Joshua menjeling gelas yang berada di tangan Qaylisha. "For Signor Anderson?"

"Uh hmm," jawab Qaylisha bersama anggukan kecil. Joshua hanya diamkan diri sahaja setelah mendengar jawapan dari Qaylisha.

"Errr... Joshua?"

"Yes?"

"You want to go to Signor Anderson office room right?" soal Qaylisha dengan mata yang sudah terkelip-kelip. Joshua lambat-lambat jatuhkan kepala membuatkan senyuman Qaylisha melebar. Bagus!

"So can you help me? Send this to him!" Qaylisha menyuakan gelas susu kepada Joshua.

Joshua terkebil-kebil sendiri sambil memandang gelas susu dan wajah Qaylisha bersilih ganti. Joshua menggaru belakang leher yang tidak gatal.

"I'm sorry, signora... I can't help you."

"Why....?"

"It's Signor Anderson's command."

"Urghh! He such a annoying person! I hate him!" marah Qaylisha sendiri dan Joshua hanya diam. Terselit rasa serba salahnya kerana tidak dapat menolong.

"But why you don't want to send it to him?"

"Because I don't want to see his face." Mudah jawapan Qaylisha sebelum pintu lif tiba-tiba terbuka menandakan mereka sudah sampai di tingkat empat. Aishh! Laju pula lif ni.

Mereka berdua keluar dari lif dan berjalan terus ke bilik kerja Adam yang hampir dengan lif rumah. Apabila Qaylisha membeku dihadapan pintu, Joshua juga tergendala niatnya ingin masuk.

"Joshua... I don't want to get in!"

"Come on signora... He's not a monster. Just come in," pujuk Joshua dengan suara yang sedikit lembut. Qaylisha berdecit kecil. Huh! Pandai pula Joshua ini pujuk dia. Maklumlah... Dia seorang yang mudah dipujuk.

Joshua mengetuk dahulu pintu bilik kerja itu dan selang berapa saat mereka menerima keizinan dari Adam. Terus Joshua membuka pintu itu dan membiarkan Qaylisha masuk dahulu sebelum dia turut masuk.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now