Bab 19 🎭🖤

628 54 5
                                    

PRANGGG!

Pengawal peribadi dan pembantu rumah hanya diam menunduk memandang lantai. Dari tadi mereka mendengar bunyi kaca-kaca pecah di ruang tamu itu dan tambah lagi dengan tangisan Alea. Pengawal peribadi dan pembantu rumah mampu diam sahaja membiarkan Tuan Anderson mereka mengamuk tak henti-henti di ruang tamu selepas pulang ke rumah.

"Kau memang cabar aku betina!" Adam menarik rambut Alea tanpa pedulikan jeritan dari Alea.

"Nathan, sakit!"

"Aku tak pedulilah dengan sakit kau! Oh! Sakit kau, kau fikir! Sakit orang lain? Kau dah buat Lisha tinggalkan aku! Kau dah hancurkan kepercayaan Lisha pada aku! Kau memang patut mampus lah betina sundal!" Rambut Alea dilepaskan dengan kasar lalu satu lagi pasu bunga kaca diambil dan dihempaskan tepat di sebelah Alea.

Dada Adam turun naik dengan kasar. Habis merah wajahnya dan timbul urat hijau di lengan dan lehernya. Segala syaitan yang berada di dalam dirinya keluar dan mengamuk tanpa henti.

"Oi! Pandang muka aku ini! Aku nak kau tengok muka aku! Ingat muka ini yang akan tarik nyawa kau!" bentak Adam seraya memagut kasar dagu Alea. Mata Alea yang sudah berair dan merah itu direnung tajam ibarat bilah pedang.

"Max, porta di sopra il mio fioretto da scherma," arah Adam pada Max tanpa memandang Max. Mata Adam hanya memandang ke arah Alea. Bila-bila masa dia ingin terkam wanita dihadapannya ini tetapi dia tahan. (Max, ambil fencing foil aku di atas.)

Alea yang mendengar arahan itu langsung memandang Adam. Dia menggeleng kepala laju dengan air mata yang mengalir.

"No! No! Nathan please! Forgive me!" rayu Alea bersama tangisan. Dia menyembah Adam dengan tubuh yang menggigil. Dia berharap sangat hati Adam bakal luluh dengan rayuannya tetapi nyatanya Adam hanya buat bodoh.

"Nathan please! Don't kill me! I'm begging you! I promise I'll never make a trouble!" rayu Alea lagi namun Adam masih menayang wajah bekunya. Air mata Alea langsung tidak dapat meluluhkan hatinya. Dia sama sekali tidak peduli dengan rayuan dan air mata Alea.

Dan selepas beberapa minit, Max kembali bersama fencing foil di tangannya. Fencing foil itu diletakkan di atas kedua belah tangannya lalu dihulurkan pada Adam. Seraya itu dia bongkokkan tubuhnya tanda hormat.

Adam sigap memegang pemegang fencing foil itu lalu diletakkan di leher Alea. Yang lain terkejut bukan main apabila Adam kelihatan tekad ingin mengambil nyawa Alea.

"Qualche ultima parola?" (Any last words?)

"Nathan please..." Suara Alea mengecil. Matanya sembab memandang mata hitam Adam yang sangat membunuh.

"Nathaniel Hadrey Anderson."

"What?!"

"This is not the way to solve the problem," ujar Joshua tegas. Setelah bertahun-tahun dia duduk di sini. Dia menjadi saksi dengan setiap apa yang berlaku dalam rumah ini. Tidak pernah lagi berlakunya pertumpahan darah yang berlaku dalam rumah ini. Dia tidak mahu Adam membuat sejarah hitam di dalam rumah ini.

Fencing foil yang berada di tangan Adam dirampas lalu dihempas kuat di atas lantai. Terhinjut bahu Alea apabila pedang itu sipi-sipi terhempas di tepinya.

"Tidak pernah lagi berlakunya pertumpahan darah di rumah ini. Anderson tidak mengambil jalan mudah dengan mencabut nyawa orang."

"Then let me be the first one who takes people life. Let me broke Anderson's rules. Perempuan sundal ini memang sengaja cari pasal dengan aku. Dia ingat aku main-main dengan setiap perkataan aku. Aku tak akan berdiam diri lagi. Aku tak akan biarkan orang hancurkan kebahagiaan aku lagi!" Suara Adam memetir di seluruh ruang tamu itu. Alea telan air liur yang terasa pasir. Gerun dengan sikap panas baran Adam.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now