Bab 29 🎭🖤

623 46 6
                                    

"ASSALAMUALAIKUM."

"Waalaikummusalam." Qaylisha langsung menoleh usai menjawab salam. Kelihatan Adam sedang tersenyum manis sambil menayang kotak yang berada di tangan.

Kini wanita itu sedang duduk di kerusi panjang yang berada di halaman rumah. Tempat yang selalu menjadi pilihannya.

Qaylisha biarkan saja apabila Adam melabuhkan punggungnya di sebelahnya. Namun lihat akan Adam duduk betul-betul di hujung kerusi membuatkan Qaylisha sedikit berjauh hati. Adam jijik dengan dia ke? Soalan itu hanya dipendam di dalam hati.

"Awak! Saya ada bawakan awak cheese tart! Mummy buat untuk awak. Dia minta maaf sebab tak dapat lawat awak selama empat hari awak duduk di hospital," ujar Adam dan tersenyum manis. Kalau ikutkan hati dia tidak mahulah ada jarak diantara mereka tetapi dia perlu memikirkan perasaan Qaylisha. Qaylisha mungkin tidak berapa selesa dengan lelaki apatah lagi sekarang ini mereka tidak punya ikatan yang sah lagi.

"Dan... Jeng! Jeng! Jeng! Saya ada bawa bunga ros untuk awak!" Adam mengeluarkan sekuntum bunga ros yang dia petik dari rumah. Bibir masih lagi dengan senyuman dan bunga ros pink itu dihulurkan pada Qaylisha.

Qaylisha memandang bunga itu dan wajah Adam bersilih ganti. Qaylisha ragu-ragu ingin mengambilnya. Namun lihat akan senyuman mahal Adam, Qaylisha lambat-lambat mengambil bunga ros itu.

"Saya nak beri awak bunga peony tetapi hari ini banyak kedai florist tutup. So... Saya petik bunga ros mummy. Awak jangan report dekat dia macam dulu pula tau?" soal Adam terselit peringatan untuk Qaylisha. Kata-kata Adam sedikit sebanyak membuat Qaylisha tersenyum.

Qaylisha ralit merenung bunga ros berwarna pink itu. Dia rasa... Dia ingat bunga ros mummy yang satu ini. Tak silap bunga ini adalah bunga yang dia dan Adam pernah tanam di halaman rumah Puan Natrah. Entah ya atau tidak, Qaylisha sendiri tidak tahu. Tapi tak akanlah kut! Entah-entah bunga ros yang dia dan Adam tanam sudah mati sebab mereka berdua bukannya ada bakat pun bercucuk tanam ini. Masa itu mereka berdua sedang membantu Puan Natrah untuk menguruskan bunga-bunganya.

Oh tidak lupa juga tentang apa yang Adam katakan tadi! Semasa mereka sedang membantu Puan Natrah menanam pokok bunga di pasu, masa itulah tangan Adam gatal memetik satu bunga lalu diselitkan dicelah telinganya. Jiwa mengusik Qaylisha membangun saat itu dan Qaylisha langsung melaporkannya pada Puan Natrah. Habis Adam dimarahi oleh Puan Natrah gara-gara memetik bunga ros kesayangannya.

"Nah! Saya suap awak!" Entah bila Adam membuka kotak berisi cheese tart itu dan cheese tart itu disuakan ke arah Qaylisha.

"Saya boleh makan sendirilah," ujar Qaylisha ingin mengambil cheese tart itu dari tangan Adam dan Adam pula cepat saja menjauhkan tangannya dari Qaylisha.

"No! Saya suap!" Adam berkeras ingin menyuap Qaylisha. Semakin Qaylisha membantah, enggan disuap, semakin Adam berdegil ingin menyuap Qaylisha. Dan pada akhirnya, Qaylisha pasrah sahaja.

Usai melafadzkan Bismillah, Adam menyuap cheese tart ke dalam mulut Qaylisha. Dan hingga ke tiga gigitan, cheese tart itu akhirnya habis. Adam pandang cheese tart, terliur pula dia lihat cheese tart itu. Tanpa sedar tangannya sudah mengambil sebiji cheese tart dan disuapkan ke dalam mulut sendiri. Qaylisha tidak mengatakan apa-apa dan membiarkan sahaja Adam memakan cheese tart yang sebetulnya untuk dia.

Mata Qaylisha jatuh pada tanah. Suasana menjadi sunyi apabila Adam lahap memakan cheese tart tanpa memikirkan Qaylisha disebelah. Tidak tahulah siapa yang hantu cheese tart sebenarnya.

Dan apabila Qaylisha angkat kepala memandang Adam, mata Qaylisha spontan jatuh pada kotak yang berada di atas riba Adam. Kotak itu sudah... Kosong.

"Awak bawa cheese tart itu untuk awak ke saya sebenarnya?" Qaylisha akhirnya bersuara sebelum sempat Adam menyuapkan cheese tart ke dalam mulut sendiri. Cheese tart itu sudah tinggal separuh.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now