Bab 14 🎭🖤

641 61 4
                                    

TIGA bulan telah pun berlalu dan Adam masih menanti jawapan dari Qaylisha. Walaupun hubungan mereka semakin membaik, Qaylisha masih lagi belum beri jawapan. Adam hanya sabar menunggu. Dia faham tidak mudah untuk Qaylisha terima semua ini dalam sekelip mata. Dia akan beri Qaylisha ruang.

"Haiii..." sapa Adam lembut pada Qaylisha yang sedang membancuh air. Qaylisha menoleh sekilas pada Adam dan tersenyum nipis.

"Hai."

"Ilya."

"Yup?"

"Hari ini saya nak request blueberry cheese puff pastry boleh?" pinta Adam dan mengelipkan matanya beberapa kali. Saja mahu tayang wajah comelnya supaya Qaylisha menuruti permintaannya.

"Benda itu lagi? Kan saya dah buat dua hari lepas..."

Wajah Adam terus monyok. Dia memeluk tubuh dan bersandar di island table. Qaylisha sudah tergelak kecil apabila Adam sudah tunjuk tanda-tanda ingin merajuk.

"Yalah yalah... Nanti tengahari saya buat. Awak pergilah sarapan dulu. Nanti saya bawakan susu ini." Terus melebar senyuman Adam. Dia mengangguk kecil sebelum dekatkan bibirnya di telinga Qaylisha.

"Jom teman saya sarapan," bisik Adam dan tersenyum nakal sejurus menerima jelingan maut dari Qaylisha.

"Are you nut? Nanti maid lain nampak habis dia kata saya ini skandal awak."

"Eh apa salahnya? Skandal yang akan saya halalkan lagi," ujar Adam tenang dan tersenyum manis. Habis terserlah lesung pipitnya di pipi.

"Eiii! Gediknya!" Qaylisha bertindak menghadiahkan cubitan berbisanya di lengan Adam dan Adam hanya gelak.

Joshua yang berada di hadapan dapur ditugaskan menjadi 'security guard' di situ atas arahan Adam. Adam tidak benarkan sesiapa masuk ke dalam dapur selagi dia tidak keluar dari dapur. Joshua pekakkan telinga sahaja mendengar gelak tawa tuannya berselang seli dengan tawa Qaylisha. Tidah tahulah apa yang berlaku di dalam dapur itu. Tapi Joshua turut bahagia mendengar tawa pasangan itu. Kedengaran tawa yang bahagia sungguh. Selama setahun Adam duduk di sini tidak pernah pula dia dengar Adam ketawa begitu sekali. Puncanya hanya satu. Qaylisha Ilyana.

"Move," arah Alea yang sedang menatang dulang. Joshua terus menghalang Alea dari masuk ke dalam dapur.

"Tct! Kenapa pula aku tak boleh masuk?"

"Arahan dari Tuan Anderson." Mudah jawapan Joshua. Dahi Alea berkerut sebelum telinganya menangkap bunyi tawa satu pasangan. Terus Alea menjeling ke belakang Joshua dan matanya membulat melihat Adam sedang bergurau senda dengan Qaylisha. Wajah pasangan yang berseri itu membuatkan api cemburu Alea membara. Alea mahu masuk ke dalam dapur tetapi Joshua pantas memegang kasar tangannya dan dia ditolak jauh dari dapur.

"Erghh! Dasar perampas kau betina!" marah Alea dan menjeling tajam ke arah Joshua yang sedang beriak kosong. Dia tahu sekuat mana pun dia, dia tetap kalah dengan Joshua yang berkali ganda besar darinya. Sudahnya Alea mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Dia takut bertambah sakit hatinya mendengar tawa Adam yang sangat merdu apabila dengan Qaylisha.

Joshua menggeleng kepala dengan perangai Alea. Tidak tahulah bagaimana Adam boleh bawa gadis itu ke sini. Perangai tak semenggah langsung!













PADA tengahari, Qaylisha betul-betul membuat blueberry cheese puff pastry untuk Adam. Satu pinggan yang berada di tangan Qaylisha, dipenuhi dengan tiga blueberry cheese puff pastry. Qaylisha tersenyum melihat hasil air tangannya sebelum keluar dari rumah dan menuju ke taman di halaman rumah agam itu. Di tempat Adam sedang bersantai.

Sampai di tempat Adam, Qaylisha letakkan pinggan itu di atas meja kaca lut sinar yang berbingkai hitam dengan berhati-hati.

"Here your dessert, Signor Anderson."

"Thank you, my little peony." Adam senyum nipis dan menutup bukunya. Buku yang berada di tangan diletakkan atas meja. Matanya tidak lepas memandang pencuci mulut yang dibuat oleh Qaylisha. Arghhh! Sungguh menyelerakan!

"My little pony? Awak ingat saya budak-budak ke nak panggil my little pony?"

"Peony lah barbie doll... Bunga favorite awak. Last awak korek telinga bila?" usik Adam. Qaylisha menjulingkan matanya ke atas.

"Apa-apa jelah! Saya nak masuk dalam. Ada banyak lagi kerja yang tak siap." Baru saja ingin melangkah pergi tetapi Adam terlebih dahulu bersuara.

"Eh sekejap!"

"Apa lagi Tuan Anderson ku..."

"Tak payahlah buat kerja dekat dalam itu. Awak itu bakal jadi isteri Anderson. Daripada awak buat kerja baik awak teman saya di sini," ujar Adam tenang dan menjuih bibir pada kerusi di sebelahnya. Qaylisha mengecilkan matanya sebelum melabuhkan punggung di iron chair yang berwarna putih.

"Sejak bila ya saya ini bakal isteri awak? Saya belum beri jawapan lagi. Jangan nak syok sendiri. Buat malu keturunan Anderson aje," ujar Qaylisha selamba.

"Saya yakin awak akan terima saya. Awak cuma nak jual mahal. Dan saya tak kisah untuk semua itu. Saya akan terus menerus pikat janda saya," ujar Adam tenang dan mengenyitkan sebelah matanya. Adam tergelak kecil apabila Qaylisha menjulingkan mata ke atas.

"Apa-apa jelah... Asalkan awak bahagia."

"Kebahagiaan saya adalah awak. Ilya... Nak suap." Adam dekatkan jarak mereka dan menjeling pencuci mulut yang dibawa Qaylisha. Qaylisha geleng kepala dan menurut saja dengan permintaan Adam.

"Bismillah dulu!"

Adam menurut dan membacakan Bismillah serta doa makan. Qaylisha senyum dan menyuapkan blueberry cheese puff pastry yang sudah dipotong dan disuap masuk ke dalam mulut Adam. Adam mengunyah pastry itu dengan tertib dan tersenyum manis.

"Sedap!"

"Awak tak cakap pun saya dah tahu rasa dia sedap."

Adam senyum dan mencuit hidung Qaylisha. Confident betul janda dia ini!

"Awakkk... Kan saya dah cakap. Jangan sentuh saya," ujar Qaylisha cuba untuk ingatkan Adam kembali. Mereka masih belum ada ikatan sah. Tidak boleh sentuh sembarangan. Adam senyum tipis sebelum minta maaf atas ketelanjurannya.

"Sorry. Tak sengaja. Awaklah comel sangat. Geram saya!" Qaylisha mengecilkan matanya dan menunjuk wajah garang. Semakin besar tawa Adam melihat wajah garang Qaylisha. Pada mata Adam tidaklah garang mana, comel adalah!

Tanpa mereka sedar, mereka berdua diperhatikan oleh Alea dari jauh. Alea mengetap giginya dan mengepal kuat tangannya. Cemburu. Itulah yang dia rasakan apabila menjadi penonton adegan romantis itu.

"Nathan milik aku. Dia selamanya milik aku. Tiada siapa yang boleh rampas dia!"

























Guysss! Nampaknya penyondol dah nak take action!

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now