Bab 23 🎭🖤

625 44 3
                                    

"ASSALAMUALAIKUM."

"Waalaikummusalam."

Qaylisha tersentak melihat wajah sosok itu. Wajah yang sudah bertahun dia tidak jumpa. Setelah sekian lama dia bersua muka kembali dengan jejaka itu. Dulu mungkin ya masih ada terselit rasa sayang dan cinta namun sekarang sudah tiada.

"Eh Adam! Adam dah balik Malaysia? Tak beritahu umi pun?" soal Puan Elvira lembut dan tersenyum pada Adam yang baru tiba. Qaylisha terus saja tarik muka dengan layanan lembut uminya terhadap Adam. Umi ini tak akan tak tahu apa yang Adam dah buat pada dia tiga tahun yang lepas! Boleh pula umi layan Adam baik-baik selepas Adam ceraikan dia.

"Baru aje balik umi," jawab Adam dan mengukir senyum buat bekas mak mertuanya. Tangan Puan Elvira disalam dengan penuh hormat.

"Dah lama umi tak jumpa Adam. Makin segak ya?" seloroh Puan Elvira membuatkan Adam tergelak kecil. Qaylisha terus membuang mukanya dari melihat layanan mesra uminya terhadap Adam.

"Biasa-biasa jelah umi."

"Eh! Umi rasa banyak lagi benda nak kena prepare dekat dalam itu. Umi masuk dulu lah ya? Adik layan Adam eh?" Puan Elvira terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Qaylisha dan Adam.

Qaylisha masih lagi tidak memandang Adam walaupun mata Adam tidak lepas dari memandangnya. Apa yang umi katakan tadi memang benar pun. Adam nampak sudah berubah. Dari segi tubuh dan rupa. Tubuh Adam semakin tegap dan tampak maskulin. Wajahnya juga kelihatan lebih matang berbanding dua tahun yang lalu.

"Awak sihat?" Adam menyoal lembut dan merenung hangat wajah manis Qaylisha. Wajah yang sangat dia rindukan selama dua tahun ini. Akhirnya dia punya keberanian untuk pulang ke Malaysia. Semuanya kerana Qaylisha Ilyana. Dia mahu perbetulkan hubungan mereka.

"Kenapa awak datang sini?" Soalan dibalas soalan. Wajah Qaylisha datar dan kini mata hazel itu beralih pada wajah Adam. Wajah Adam ditatap dingin.

"Abang Qal ada jemput saya," jawab Adam mudah.

"Lepas apa yang awak dah buat. Awak masih berani datang sini dan tunjuk muka tak malu awak itu?"

"Ilya, saya-"

"Jangan panggil saya Ilya. Pergilah masuk. Buat apa lagi terpacak dekat sini?" Suara Qaylisha kasar. Lebih kasar dari sebelum ini. Pintu masuk dijeling seperti memberi arahan supaya Adam masuk. Qaylisha tidak kuasa mahu tatap wajah itu lama-lama.

"Saya cuma nak minta maaf. Tolong beri saya peluang untuk jelaskan semuanya. Apa yang awak nampak dua tahun lepas itu-"

"Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam," jawab Qaylisha lalu melemparkan pandangan pada sosok yang baru muncul di antara mereka. Serta merta bibir Qaylisha melorek senyum pada sosok yang baru tiba itu.

"Haziq."

"Lisha. Maaflah saya lambat. Jalan jem tadi," beri tahu Haziq lalu tersengih malu. Qaylisha hanya geleng kepala dan tersenyum kecil. Adam mula terasa diabaikan apabila Haziq muncul lalu berdiri di sebelahnya. Wajah Haziq dijeling tajam. Tanpa sedar dia mengepal kuat tangannya.

"Tak apalah. Lagi pun belum potong kek lagi. Jomlah kita masuk. Mesti semua orang dah tunggu," ajak Qaylisha dan menerima anggukan kecil dari Haziq. Mereka berdua masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Adam sendiri. Adam mengetap kuat rahangnya melihat layanan lembut Qaylisha terhadap Haziq.

Kepala Adam mula bermain dengan kata-katanya abang iparnya semalam.

"Esok Qal ada buat birthday celebration anak dia. Datanglah," ajak Emir tiba-tiba tanpa memandang Adam. Emir tekun menyuap nasi goreng ke dalam mulut anaknya.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now