Bab 38 🎭🖤

466 56 6
                                    

"DADDY..."

"Hm?" Emir memandang anaknya yang tiba-tiba menempel di tepinya. Tambahan dengan suara yang comel itu, Emir pasti ada sesuatu yang anaknya inginkan. Sebelah kening dijongketkan.

"Yayad nak pinjam tepon daddy boleh?" Mata dikelipkan beberapa kali. Senyumannya yang comel juga ditayangkan supaya daddy nya cair. Emir jongketkan sebelah keningnya saat mendengar permintaan anaknya.

"Yayad nak buat apa?" soal Emir ingin tahu. Jarang-jarang anaknya minta telefonnya. Adam apa-apa ke ni?

"Ala... Plishh daddy...!" rayu Eiyad. Emir hanya menjeling anaknya sebelum menghulurkan telefon pintarnya pada Eiyad. Bibir Eiyad langsung mengukir senyuman lebarnya apabila telefon daddynya sudah selamat berada di tangan. Telefon itu dibuka dan perkara pertama yang menyaji pandangannya ialah gambar nikah daddy dan mummy nya. Dari dulu sehingga sekarang tidak pernah tukar.

Eiyad terus meleretkan skrin ke atas dan wajahnya pula muncul di home screen. Eiyad mencari aplikasi Whatsapp. Tidak tanduk anak kecil itu diperhatikan oleh Emir. Emir harus perhatian anaknya kerana takut anak kecil itu bakal menekan benda-benda yang mengarut.

"Ermm... Daddy, mana satu papa Qay?" soal Eiyad polos. Dari tadi dia cari kontak papa Qay nya tapi tetap tidak jumpa. Telefon bertukar tangan, Emir mencari kontak Qayish dan apabila dia sudah jumpa, dia terus menyerahkan kembali telefonnya kepada Eiyad.

Eiyad terus berlari keluar dari bilik Emir selepas mendapat kontak Qayish. Emir geleng kepala dengan kelakuan anaknya. Entah apalah yang anak dia nak dengan Qayish.

Eiyad berlari masuk ke dalam biliknya dan duduk di atas katil. Selimutnya dicapai lalu dia menutup dirinya dengan selimut. Tidak mahu sesiapa dengar perbualannya dengan papa Qay. Oh no! Pembetulan! Dengan Qayl Arshan!

Eiyad terus menekan butang call dan menunggu Qayish menjawab panggilannya.

Tut Tut Tut...

"Assalamualaikum, Emir?" Suara garau dicorong telefon membuatkan Eiyad tersenyum lebar. Papa Qay!

"Waalaikummucalam papa Qay!"

"Yayad?" Qayish sudah berkerut dahi apabila Eiyad menelfonnya secara tiba-tiba.

"Papa Qay... Yayad nak cakap dengan Ashan boyeh?" pinta Eiyad dan mengelipkan matanya beberapa kali walaupun Qayish tidak dapat melihat wajahnya.

"Sekejap papa Qay panggil Ashan," ujar Qayish. Dia terus melangkah masuk ke bilik anaknya lalu menghulurkan telefon kepada anaknya. Tanpa sempat dia kata apa-apa, Arshan terus merampas telefonnya bersama senyuman lebar.

"Heyyo Yayad!"

"Ashan!"

"Yayad..." Kata-kata Arshan mati saat matanya bertaut dengan mata papanya. Renungan papanya itu seolah-olah ingin tahu tujuan mereka melakukan panggilan kerana sebelum ini mereka tidak pernah menelfon satu sama lain.
Qayish peluk tubuh dan menjongketkan sebelah keningnya. Qayish diam mahu mendengar perbualan anaknya tetapi boleh pula anak kecil itu menghalaunya dengan isyarat tangan. Qayish mengecilkan matanya sebelum keluar dari bilik Arshan. Turut saja kata-kata anaknya. Lantak korang lah nak berbual sampai pagi pun.

"Yayad... Kita kena ajak Ayie sekali. Setejap otey?"

"Oteyy!"

Wajah Arshan berkerut serius sambil jari comelnya bermain di skrin. Namun sebelum itu Arshan terlebih dahulu menukar mod panggilan kepada panggilan video.

Tut tut tut...

"Qay? Emir?"

"Pak long!"

"Ayah Qal!"

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now