Bab 26 🎭🖤

589 52 10
                                    

ADAM memandang risau rumah Qayish dari luar. Dari tadi hati dia tidak tenang memikirkan Qaylisha sehingga dia sanggup patah balik semula ke rumah Encik Qash. Dan selepas Isyak, dia lihat kereta Qaylisha tiba-tiba keluar dari perkarangan rumah. Adam tanpa berfikir apa-apa terus mengekori kereta Qaylisha.

Sampai di rumah Qayish, Adam memarkir keretanya tidak jauh dari rumah Qayish. Adam hanya pandang sosok Qaylisha masuk ke dalam rumah. Saat itu hatinya bertambah tidak tenang. Lihat akan suasana rumah Qayish yang begitu sunyi dan gelap membuatkan Adam tidak sedap hati.

"Patut ke aku masuk?" Akhirnya terbit soalan itu dari bibirnya. Tetapi kalau dia masuk, tak manis jika jiran-jiran lihat. Nanti difitnah pula.

Sudahnya Adam hanya memandang luar rumah Qayish sehinggakan tangannya bergerak sendiri membuka pintu kereta lalu berjalan ke pagar rumah. Tangan Adam langsung menekan butang loceng yang berada di tepi pagar. Saat itu juga kedengaran bunyi benda yang terjatuh.

"Ilya?" Adam disaluti rasa risau apabila terdengar bunyi benda yang terjatuh. Baik-baik sajakah Qaylisha di dalam itu? Tanpa berfikir apa-apa terus membuka pagar lalu melangkah ke pintu utama dan merempuh masuk ke dalam rumah itu.

Suis lampu dibuka dan Adam tersentak melihat Qaylisha terbaring di atas lantai dalam keadaan yang serabut. Tudung entah di campak ke mana dan bahu wanita itu sedikit terdedah kerana terdapat koyakan di bajunya.

"Allahuakhbar! Ilya!" Adam sigap berlari ke arah Qaylisha dan membantu Qaylisha bersandar di sofa. Mata Adam melilau mencari sesuatu yang boleh menutupi tubuh Qaylisha namun tiada sehingga dia terburu-buru membuka butang baju sendiri lalu kemejanya itu diberikan pada Qaylisha.

Hati Adam menjadi sakit mendengar esakan Qaylisha.

"Ilya! Pandang saya! Siapa yang buat awak macam ini?" soal Adam gusar. Mata hazel yang tidak berhenti mengeluarkan air mata itu direnung dalam.

"S-saya takut..."

"Shhh... Saya ada, jangan risau saya ada."
















"JANGAN.... Jangan! Jangan!" Yang lain tersentak apabila Qaylisha tiba-tiba meracau dan meronta-ronta. Puan Elvira langsung menyentuh bahu anaknya mahu mengejutkan wanita itu.

"Adik!"

"Jangan sentuh aku! Jangan sentuh aku!" Qaylisha tidak berhenti meronta-ronta di atas katil dalam keadaan mata yang tertutup. Adam memandang sayu wajah Qaylisha. Dia marah akan diri sendiri yang tidak mampu membuat apa-apa apabila Qaylisha menghadap mimpi buruk itu.

"Adik, bangun adik!" Tubuh Qaylisha digoncangkan sedikit ingin menyedarkan anaknya itu dari meracau.

Terus Qaylisha membuka kelopak matanya. Dia memandang cuak Puan Elvira kerana sangkakan gerangan yang menyentuhnya itu adalah gerangan yang sama pada malam itu.

"Umi..."

Puan Elvira terus menarik Qaylisha masuk ke dalam pelukan. Belakang tubuh Qaylisha diusap lembut dan serentak itu tangisan Qaylisha mula pecah.

"Umi... Adik takut," bisik Qaylisha halus namun masih dapat didengari semua orang yang berada di dalam wad itu. Qayish memandang sayu adiknya. Lihat akan keadaan adiknya yang jelas tidak baik dan masih lagi dihantui memori pahit itu membuatkan hatinya sakit.

"Shhh... Jangan risau! Semua orang ada di sini. Umi ada di sini. Umi, abi, along, angah dan... Adam. Nasib baik Adam ada. Dia yang tolong adik," ujar Puan Elvira lembut. Tidak seperti kebiasaannya yang agak kasar apabila dia bercakap dengan anak perempuannya.

Qaylisha pula lantas melarikan matanya ke arah Adam yang berada di belakang Puan Elvira. Mata mereka bertaut sebentar sebelum Qaylisha melarikan matanya dari memandang Adam. Qaylisha pejam rapat matanya dan membiarkan air matanya mengalir. Qaylisha rasa sesuatu apabila matanya bertaut dengan mata sayu Adam tadi.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now